Assalamualaikum uolls! Entry yang INI ada Ainaa tulis kata nak pergi makan angin. Dan makan anginnya di Langkawi..... Hik. Dah lama kut tak jejak kaki kat sana. Haritu, pergi sana pun semata-mata nak beli coklat sebab dah lama tak makan coklat-coklat. Asyik makan cadbury yang kejap halal, kejap haram kemudian halal balik. T__T

Tapi entry ni tak ada nak cerita tempat-tempat cantik kat sana ke tempat yang syokk ke..... Hanya nak cerita kedai mana yang paling murah jual coklat di Langkawi! 




Orang kita, kalau sebut je nak beli coklat di Langkawi.... H.I.G atau Haji Ismail Group lah yang akan dicari, kan. Sama dengan family Ainaa. Jadi sebelum pergi shopping coklat dan benda lain, konon-kononnya dah berpakat dengan parents nak survey harga je dulu. Tapi biasalah. Kalau dah rambang mata akhirnya tumpas jua. HAHA Dengan rakus Ainaa and my mum ambil coklat tu, ambil coklat ni, ambil tu ambil ni. Tapi bukan kat HIG!


 

 ps: gambar tak clear sebab snap curi-curi. nak snap depan-depan, malu pulak. muahaha


Memang AGAK MAHAL lah bagi kami mula-mula tengok harga kat HIG. Macam tak percaya je. Harga dia... makk aihh. Mencekik! Masa pergi HIG ni, tahan lagi godaan. Beli sikit-sikit untuk bekal makan dalam hotel je. Lepas tu kita orang pergi lah ke Coco Valley di Pantai Chenang sebab ada terbaca yang orang kata beli kat Coco Valley lagi murah. Tapi pergi je, harga lebih kurang walau ada yang murah sikit dan ada yang mahal sikit. =__="

Kat bawah ni, Ainaa catat perbezaan harga, tempat berlainan yang Ainaa beli. Tapi yang mana harga ketara je catat kat sini.


BELIAN DI COCO VALLEY, PANTAI CHENANG :

 Ferrero Rocher = RM70 (3x)
Kinder Bueno = RM20.90 (Big Box)
Pepero Almond, Nude, Oreo = RM20.90 (Big Box)


Masa nilah, kita orang satu family rakus membeli. Tak toleh kiri kanan dah terus rembat bawak pergi kaunter. Tapi, esoknya.... Kami pergi jalan-jalan ke Pekan Pandak Mayah, Kuah. Dan.... serius, haku rasa nak hantuk kepala ke bantal je!! Ya Allah!! Geram gilos tengok harga kat sana!


BELIAN DI COCO VALLEY, PANDAK MAYAH :

Ferrero Rocher = RM63.90 (3x)
Kinder Bueno = RM19.90 (Big Box)

*Pepero lupa pula kedai mana yang harga murah sikit berbanding HIG & Coco Valley*


 Coco Valley di Pekan Pandak Mayah


Ayoyo. Manyak murah maaaa!! Manyak beza harganya. Lebih-lebih lagi FR yang menjadi kegemaran Ainaa. Hisy! Geram betul. Banyak pulak tu beza. Kalau kinder bueno tu, beza seringgit pun... Tetap duit. Kedekut tak kedukut dengan sehinggit haku dah boleh beli gula-gula kat anak saudara, tahu!

Natijahnya, sebelum nak borong apa-apa benda tu.... kena survey harga kat banyak tempat. Kalau tak, meroyan macam kami sekeluarga. Eh, Ainaa sorang je sebenarnya. Hukhuk. Itu nasib baik berjaya pujuk abah Ainaa borong jugak kat Pekan Pandak Mayah tu. Rasanya kalau tak borong kat sana, ada juga yang balik Kelantan dengan tak puas hati dan terus boikot tak nak pergi sana lagi. huhu


Nota ikhlas lagi tulus daripada Ainaa, kalau pergi Langkawi lebih baik beli atau borong coklat-coklat kat kedai kecil-kecil. Bukan kedai besar-besar yang dah famous seperti H.I.G atau Coco Valley di Pantai Chenang. Itu bagi kau orang yang nak harga lebih murah lah walau beza beberapa hinggit je. Yang banyak pulus tu boleh lah teruskan pembelian di HIG dan lain-lain tempat. ^__^