Ainaa nak share itinerary Ainaa ke Sabah pada 4 Julai hingga 7 Julai 2018 bersamaan 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu dan Kundasang. Kalau tahun lepas tarikh ni Ainaa ada kat Jepun tapi tahun ini Ainaa di Sabah dengan kawan-kawan, seramai 5 orang termasuk dengan Ainaa. Jadi itinerary yang Ainaa akan kongsikan ni 'TOTAL PRICE' adalah untuk harga 5 orang dewasa manakala 'PER PERSON PRICE' harga yang dibahagi dengan lima orang. Kami ke Sabah plan sendiri, tak ambil mana-mana pakej. Itinerary di bawah ini adalah itinerary yang Ainaa edit disebabkan kami tak dapat pergi banyak tempat lebih-lebih lagi pada hari terakhir disebabkan oleh cuaca hujan lebat dan ribut yang melanda Kundasang. 



Hari terakhir sepatutnya kami pergi Poring Hot Spring, Poring Canopy Walk dan Sabah Tea Garden tapi memandangkan malam terakhir kami di Kinabalu Valley Homestay tu ribut dari malam sampai ke pagi jadi kami ambil keputusan untuk tidak ke Poring dan ladang teh. Bukan itu saja tau, masa pergi ke Polumpung Melangkap View Camp Site pun nasib kita orang tak berapa baik bila ada berlaku tanah runtuh jadi air di Polumpung bertukar warna, jadi tak boleh la mandi. Sayang betul la, agaknya kami pergi tak kena tarikh. Jawab dia memang kena repeat sabah lagi la. Apa pun siapa plan nak ke Sabah boleh tengok details, itinerary dan review penginapan di bawah ini ya.


KK & KUNDASANG ITINERARY [04/07/ - 07/07]


Flight Air Asia  :
- KL-KK-KL : RM219.20
- KB-KL : RM71
- Kl-KB : RM91.84

 Total 3 nights accommodation : RM69/person
- 1 night at kk HOTEL ISKANDAR RM110/night (RM22) 
- 1 night at POLUMPUNG MELANGKAP VIEW CAMP SITE RM105/night (RM21) 
- 1 night at kundasang KINABALU HOMESTAY VALLEY RM130/night (RM26)

 Alza 3 days RM420 (RM84/person) 
Rayyan Car Rental : 013-8777156

Fuel RM100/4days (RM20/person)
Minyak boleh kurangkan lagi sebab masa pulangkan kereta ada 5 bar dan tak boleh claim

TOTAL INC FLIGHT : RM558.04
TOTAL SPEND : RM328.50 
TOTAL ALL 4D3N SABAH : RM887.54

'Total inc flight' adalah jumlah harga penginapan, pengangkutan, tiket masuk dan pakej pulau. 'Total spend' pula makan dan minum di Sabah dan juga cenderahati yang Ainaa beli. Jadi 'total all' tu memang dah jumlah duit hangus sepanjang 4 hari dan 3 malam di Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah.


04 JULY 2018, WEDNESDAY

TIME

PLACE

DETAIL

PRICE (TOTAL)

       PRICE
(PER PERSON)


4:30 PM

ARRIVED AT BKI

- FLIGHT AIR ASIA

-

RM219.20




5:00 PM



PICK-UP CAR


- ALZA RAYYAN CAR RENTAL
- DONE DEPOSIT RM100 BY AINAA
- PAY MORE RM320
-FUEL RM100



RM420
+ RM100(FUEL)


RM84
+
RM20(FUEL)


5:15 PM

CHECK-IN HOTEL

- HOTEL ISKANDAR : 2 QUEEN BED
- 15 MINUTES FROM BKI



RM110


RM22


6:20 PM


FILIPINO MARKET


- WALK 15 MINUTES FROM HOTEL ISKANDAR




-


-

9:20 PM

*MARLIN STATUE/TODAK WATERFRONT

- WALK 20 MINUTES FROM HOTEL ISKANDAR



-


-

11:00 PM

REST

- RM6 FOR 8 SEATERS GRAB FROM TODAK WATERFRONT TO HOTEL ISKANDAR

-

-






05 JULY 2018, THURSDAY

TIME

PLACE

DETAIL

PRICE (TOTAL)

       PRICE
(PER PERSON)



7:00 AM


JESSELTON POINT

- CHECK-OUT HOTEL
- 8 MINUTES FROM HOTEL ISKANDAR


-

-



7:30 AM


TUNKU ABDUL RAHMAN PARK


- PACKAGE 4 ISLANDS + 3 SNORKELING LIFE JACKET & SNORKLING SET (RM60)



-


RM60



8:00 AM


SAPI ISLAND : TUNKU ABDUL RAHMAN PARK



- 15 MINUTES FROM JESSELTON POINT
- CONSERVATION FEE (RM5)




-



RM5

12:45 PM

ARRIVED AT
JESSELTON POINT


- LUNCH

-

-


1:15 PM


SABAH STATE MOSQUE

- 16 MINUTES FROM JESSELTON POINT
- SOLAT & REST!



-


-

3:00 PM

DEPART TO POLUMPUNG

- 1HOUR 29MINUTES FROM SABAH STATE MOSQUE


-

-



4:30 PM


ARRIVED AT POLUMPUNG

-ENTRANCE FEE (RM5)
- KHEMAH (RM30)
- SLEEPING BAG (RM5)
- CANOPY (RM15)



RM105


RM21



06 JULY 2018, FRIDAY

TIME

PLACE

DETAIL

PRICE (TOTAL)

       PRICE
(PER PERSON)



5:00 AM


POLUMPUNG

-SUNRISE
-TAKE PICTURES
- BREAKFAST



-


-


9:00 AM

KINABALU PARK

-

-

RM3

11:30 PM

DESA CATTLE DAIRY FARM

-

-

RM5

2:45 PM

MESILAU CAT VILLAGE

- 10 MINUTES FROM DAIRY FARM


-

RM5


4:00 PM


CHECK-IN HOMESTAY

- LUNCH
- KINABALU VALLEY HOMESTAY
-SOLAT & REST



RM130


RM26




07 JULY 2018, SATURDAY

TIME

PLACE

DETAIL

PRICE (TOTAL)

       PRICE
(PER PERSON)



8:00 AM


DEPART TO PEKAN NABALU

- SHOPPING
- TAKE PICTURES



-


-

10:30 PM

DEPART TO KOTA KINABALU

- 1HOUR 42MINUTES FROM KUNDASANG

-

-

12:30 PM

BKI

- RETURN THE CAR
- CHECK-IN FLIGHT

-

-


 REVIEW

RAYYAN CAR RENTAL
Mula-mula Ainaa sewa kereta Axia tapi bila sampai sana runner dia orang yang bernama Atan tu terkejut sebab kami lima orang dan lagi-lagi bila dia dapat tahu kami nak ke Kundasang. Bro Atan tu kata Axia tak padan kalau nak ke Kundasang sebab kereta 1.0 je jadi dia suggest kami tukar Alza. Jadi, malamnya kami pun hubungi boss Atan kata nak tukar kereta. Setakat ni bila Ainaa baca review dan itinerary orang lain, Rayyan Car Rental ni yang paling murah. Servis puas hati, kita orang baru landing Sabah Atan dah call kata kereta dah ada dekat airport. Cuma yang tak boleh nak claim minyak itu lah spoil sikit.

HOTEL ISKANDAR
Hotel Iskandar tau bukan Hotel Sri Iskandar. Tapi dia orang cakap Hotel Sri Iskandar tu pun dia orang punya juga, di bawah company yang sama. Bilik hotel memang lawa, pemandangan mengadap jalan, bilik air kat dalam dan ada water heater, tuala dan TV ada dalam bilik. Kami pilih yang Family Room, ada dua katil queen. Bila nak tidur kami rapatkan katil tu, luas la untuk 5 orang. Lokasi hotel pun strategik dekat saja dengan Filipino Market dengan Todak Waterfornt, sebelah hotel ada 7Eleven dan kedai-kedai makan, dan ada bank berdekatan in case nak keluarkan duit kan. Cuma Hotel Iskandar ni tak ada lif, kena pula bilik di tingkat paling atas jadi memang memanjat jawabnya. Seterika pun hanya ada satu di ruangan lobi di tingkat 1. Bukan ground floor ya.... Ground floor hanya ada kaunter hotel. Disebabkan seterika di tingkat 1 dan kami di tingkat 4, jadi Ainaa bagi 4/5 bintang je la. Yang lain-lain memang puas hati.


POLUMPUNG MELANGKAP VIEW CAMP SITE
Bagi Ainaa harga bermalam di Polumpung Malangkap ni memang murah. Dapat pula view yang cantik kan lebih-lebih lagi waktu sunrise, memang lawa habis. Kami pergi hari Khamis jadi tak ramai orang yang ada, tak adalah serabut mata tengok banyak khemah dan sampai berebut tandas. Paling penting kami dapat view cantik, betul-betul depan sungai. Tandas, ruang solat, tempat charge pun disediakan cuma kalau ramai orang kena tunggu giliran la. Kalau rasa lapar pun, jangan risau di camp site ni ada sedia kedai makan kecil satu. Boleh la kalau kau korang rasa lapar-lapar nak order nasi goreng ke maggi goreng ke nak air panas je untuk masak maggi pun boleh. Tapi kedai makan hanya dibuka sampai pukul 10 malam ke 11 malam macam tu, jadi sila pastikan ambil air panas untuk makan maggi sebelum aunty tu tutup kedai ya. Kalau tak jadi macam Ainaa, berlapar semalaman tu sebab kedai dah tutup. Kebersihan pula memang terjaga! Tapi ada banyak anjing yang berkeliaran... Nasib baik anjing-anjing tu semua baik tak kacau orang. Oh ya, untuk girls.... Sila iron baju dan tudung anda siap-siap ya sebelum datang sini, sebab iron tak disediakan.

KINABALU HOMESTAY VALLEY
Yang ini pun patut dipuji sebab bersih. Walau tandas dan dapur berkongsi tapi memang bersih la macam rumah sendiri. Jangan risau, ada tempat gosok baju juga. Cuma nak ke homestay ni jalan di berlubang-lubang sikit, masa turun boleh la.... Masa naik, kereta Alza yang kami naik tu tak boleh naik walau kami berempat pun turun sekali dari kereta. Sampai berasap-asap tayar kereta, nasib baik akhirnya boleh juga. Pemandangan mengadap gunung, serius sangat cantik! Tapi malam-malam berangin dan nak pula hari kami datang tu ribut, jadi takut juga la dengan bunyi ribut tu. Tambah pula homestay blackout sepanjang malam. Masuk waktu subuh baru tuan dia datang betulkan semula elektrik. Bilik tidur sangat la okey dan tuala pun disediakan.

PAKEJ 4 PULAU SABAH
Bila sampai di Jesselton Point ni, dari tempat parking kereta nak menuju ke bangunan dia, kau orang akan jumpa pintu masuk yang ada kedai-kedai agensi pakej yang ada. Disebabkan kami datang awal, jadi agensi yang dah buka hanya satu iaitu betul-betul di sebelah kanan sekali berdekatan dengan pintu. Mula-mula kami plan nak ambil pakej dua pulau saja memandangkan Ainaa baca review dari blog-blog yang kata dua pulau sudah memadai. Tapi harga dua pulau dengan harga empat pulau tu beza RM10 je, jadi Ainaa dengan kawan-kawan pilih pakej empat pulau. Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Pakej ni sudah termasuk dengan life jacket, snorkeling set untuk 3 kali snorkeling dan pusing-pusing tengok rumah terapung di Pulau Gaya.


Itu saja yang Ainaa nak share di entry ini. Nanti bila-bila Ainaa rajin Ainaa kongsi pula pengalaman dan review tempat-tempat yang Ainaa pergi. Ainaa pergi ke Sabah ni dengan backpack je, jadi Ainaa tak perlukan luggage dan beli barang cenderahati pun sikit-sikit je. Hampir RM900 yang Ainaa habiskan itu pun termasuk dengan makan nasi goreng dua kali, beli maggi dan jajan je. Itu je la yang Ainaa makan sepanjang di Sabah dan selebihnya habiskan duit beli cenderahati. Bukan banyak pun beli.... kuih cincin satu, ikan bilis mata biru 500g, fridge magnet satu, kacing tudung mutiara 5 set, baju kanak-kanak 3 helai, satu helai baju dewasa dan satu beg tangan yang Ainaa terpaksa beli sebab backpack yang Ainaa bawak dah tak muat nak sumbat barang tu semua. 

Sikit la kan? Sebab kawan-kawan yang lain beli lagi banyak. Jadi Ainaa tak tahu nak kata ni percutian bajet ke apa memandangkan orang lain boleh ke Sabah dengan RM600 plus plus. Macam mana la dia orang makan agak-agaknya... Ke tidur masjid? Tapi sepanjang Ainaa ada di Sabah, Masjid Negeri Sabah itu je la yang Ainaa jumpa. Masjid atau surau lain memang tak nampak. Apa pun memang Ainaa kena pergi sekali lagi. Rasa tak puas la pergi empat hari. Semoga ada rezeki di lain hari. Aminn. Kat bawah ini, Ainaa kongsi gambar-gambar sepanjang di Sabah. Enjoy!






































8 Comments

  1. Murahnya tiket KL-KK-KL tu ya.. Ella selalu tak jumpa harga tiket mcm tu walaupun tengah promo 😂

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Subhanallah, cantik pemandangan. Moga ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete
  3. Rindu KK. Akak masa duduk Tawau dulu lama jugak, tapi tak tersampai lagi ke Polumpung. Nak pegi sana balik tapi tiket skrg mahal nau. Ish.

    ReplyDelete
  4. Alaa bestnya. Last pergi Sabah masa umur 10 tahun tu pun pergi KK xD

    ReplyDelete
  5. saya pernah ke KK tapi tak ke polumpang. Kene pergi lagi ni

    ReplyDelete
  6. wELCOME KE sABAH YA..WAH SERONOKNYA..KUCING TU KAT MANA ADA TU, TEMPATNYA LOKASI NAK PERGILAH TENGOK RUMAH KUCING TU

    ReplyDelete