Japan, 2017


Hi, assalamualaikum semua kaki travel! Sebelum tu Ainaa nak ucapkan terima kasih bagi yang sudi baca article Travel: 18 Days in Japan (Part 1) dan tertunggu-tunggu untuk part 2 ini. Seperti yang disebut pada hari pertama Ainaa sampai di Jepun, Ainaa menginap dulu di Kobe. Di entry yang lepas ada beberapa perkara penting yang Ainaa lupa nak mention jadi sebelum masuk cerita di Kagoshima, Ainaa sambung dulu cerita di Kobe.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Kansai International Airport (KIX)

Sanomiya Station 

Apabila sampai di Osaka Airport (KIX) tu, nak ke Kobe perlu naik train jadi kau orang boleh la ikut signboard dan pergi ke kaunter tiket yang terdapat di KIX. Boleh pilih mana-mana train nak ke Osaka, berapa harga tu jangan tanya sis lupa. Perjalanan dari Osaka Airport tu nak ke Kobe Station atau dikenali sebagai Sanomiya Station ada la dalam satu jam dan kau orang tak perlu risau, train dia orang sangat selesa dan tak perlu bersesak-sesak. Cuma kau orang kena pandai-pandai tanya kat information center biar dia orang beri arah kat mana nak naik train tu sebab nak ke train tu perlu naik turun tangga ke bangunan lain. Nak cakap pun tak reti sebab kami pun sesat.

Bila dah sampai ke Kobe tu, kau orang boleh beli Hanshin Tourist Pass 1 Day berharga 1030 yen jadi dengan 1 Day Pass ni boleh la naik Kobe City Bus atau Kobe Municipal Subway. Memang Ainaa beli juga tiket tu tapi tak guna sebab kami naik teksi dan naik City Loop Bus (660 yen) memandangkan abang dan kakak Ainaa tak boleh beli Hanshin Tourist Pass tu, dia orang residents jepun. Paling suka naik City Loop Bus ini sebab design bas dia orang unik dan nampak comel. Cuma terpaksa bersesak laa kat dalam tu dah nama pun bas untuk pelancong pusing-pusing Kobe jadi memang ramai orang. Bus tersebut juga bila lalu kat kawasan tarikan pelancong nanti dia orang akan berhenti dan boleh la kau orang turun kejap ambil gambar dan dalam bas pun akan ada sorang jurucakap yang akan terangkan sejarah tempat-tempat menarik di kawasan Kobe. Dengan menaiki City Loop Bus ni boleh dikatakan hampir seluruh bandar Kobe anda berjaya lawati.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Hanshin Tourist Pass 1 Day

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Tiket ni 100% dalam bahasa Jepun
18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
City Loop Bus (sumber: Google)

Kagoshima, Japan

Itu sahaja tambahan cerita di Kobe untuk petikan Travel: 18 Days in Japan (Part 1). Sekarang kita boleh fokus cara nak ke Kagoshima dan bagi sesiapa yang rancang nak jalan-jalan ke Kagoshima, boleh baca sampai habis. Sebelum tu, mesti ramai kan yang tak tahu apa yang menariknya di Kagoshima memandangkan sebelum ini ramai yang datang ke Jepun tapi selalunya ke Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hokkaido. Sesiapa yang inginkan kelainan atau suka kan alam semula jadi boleh la datang ke Kagoshima bila bercuti di Jepun. Kagoshima ni tak seperti Tokyo yang bangunan tinggi gah disekeliling atau bangunan dan mercu unik yang berada di sana. Kagoshima hanya la kawasan kampung cuma kampung mereka bukan la seperti di Malaysia. Senang kata, yang sukakan alam semula jadi, yang suka tengok gunung-ganang atau pun suka kan kedamaian, Ainaa syorkan ke Kagoshima. Cara nak ke sana, boleh tengok artikel ini, "Macam Mana Cara Nak Sampai Ke Kagoshima". Klik je text yang berwarna kuning tu, jangan risau bukan spam.


WEEK 1 | 05 JULY - 08 JULY 2017

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Cuaca mendung di Kagoshima

Summer Tapi Mendung Dan Hujan
Minggu pertama di rumah abang, tak banyak tempat yang boleh kami pergi sebabnya minggu tu memang asyik hujan je. Boleh dikatakan hari-hari mendung dan hujan sampai aktiviti kami nak melawat tempat yang cantik-cantik pun terpaksa ditunda. Jadi memang minggu pertama tu masa banyak dihabiskan di shopping mall dan restoran masakan Jepun. Minggu pertama yang Ainaa ingat abang bawa pergi Mangasoko, sejenis mall juga cuma kat situ jual barangan bundle dan ada juga yang baru. Kalau siapa nak merasa pergi disko pergi la Mangasoko. Okey, gurau je. Bukan apa, Mangasoko ni mula-mula kalau masuk memang rasa bingit je telinga sebab bunyi musik seakan berada di disko. Dan perkara yang kau orang akan nampak di depan pintu masuk ialah mesin judi. Alah mesin yang macam kat Malaysia ni.... Yang kita masukkan je coin dalam mesin tu dan kena pandai kontrol sendiri ambil patung mainan mana yang kita nak. Kalau dapat tangkap dapat la, kalau tak melayang saja duit. Nama mesin apa tak tahu tapi ramai je yang tak tahu tu boleh dikatakan berjudi walau dipandangan mata kita hanya mesin mainan biasa.


Mangasoko, Kedai Bundle di Jepun
Yang bezanya di Mangasoko ni, mesin dia orang lagi canggih dari kita dan bukan setakat patung mainan je, ada transformers, ada bantal bentuk anime bentuk daging, ada mesin dalamnya ada jam tangan, ada powerbank dan ada juga mesin yang dalam tu ada mainan anime yang budak laki selalu main game tu... haa jangan kata tak tahu. Semua ada! Kau orang kalau nak berniaga perfume ke, handbag dan jam tangan berjenama boleh la datang Mangasoko. Rambang mata Ainaa dibuatnya, rasa nak beli semua. Tapi nasihat Ainaa awal-awal, kalau yang ada anak kecil yang akan mengamuk kalau nak mainan tu jangan la dibawa ke situ sebabnya level 1 di Mangasoko tu memang penuh dengan mainan dan anime! Semua tu kan asal Jepun jadi memang banyak giler, Ainaa sendiri tertarik dengan mainan kat situ. Yang jenis kaki gamer tu boleh la luangkan masa berjam-jam pilih CD game pun ada, mainan macam transformer atau One Peace tu lagi la banyak.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Mangosoko di Kagoshima

Cuma yang tak banyaknya Shin Chan sebab kalau Shin Chan ni di Malaysia memang ramai yang suka tengok termasuk Ainaa sendiri tapi di Jepun..... Ramai ibu bapa yang boikot Shin Chan dan tak benarkan anak-anak tengok sebab cerita Shin Chan memberi negatif kepada anak-anak. Shin Chan kan perwatakannya nakal, degil dan jenis lawan cakap sedangkan orang-orang Jepun sangat la menitik berat tentang adab sopan santun mereka. Yang ni memang sebelum ke Jepun lagi Ainaa selalu disogok dengan cerita orang Jepun sangat sopan dan bila Ainaa sendiri yang jejak ke sana dan berada dalam kalangan mereka, memang dia orang lagi bagus dari rakyat Malaysia. Seribu kali ganda bagus dia orang sampai balik Malaysia je mesti Ainaa akan bandingan sikap orang kita dengan sikap orang Jepun.

Yang tu kejap lagi kita bebel, sekarang ni nak cerita apa lagi yang ada di Mangasoko. Bahagian level 2 di Mangasoko pula, siapa-siapa yang suka kan hiking atau memancing Ainaa rasa boleh jadi gila kut sebab memang banyak barangan hiking dan memancing kat situ, memang ada tempat khas. Ainaa pun memang suka hiking, tapi Ainaa lebih tertarik dengan tempat sebelah dia. Komik! Komik atau manga memang sangat sinonim dengan Jepun dan memandangkan Ainaa memang dari tingkatan satu lagi dah baca manga online dalam bahasa Inggeris, jadi bila ke sana gila la jawab dia. Jadi 'agerssif' lain macam, mata bersinar-sinar tengok komik-komik kat situ lebih lagi bila Ainaa jumpa banyak komik yang Ainaa dah baca secara online malah komik favourite yang duk ulang lebih 10 kali baca tu pun jumpa. Nasib baik komik tu semuanya dalam bahasa Jepun..... Kalau tak memang duit Ainaa habis kat situ jugak. Betul jadi 'gila' atau tak, kau orang tengok sendiri la gambar-gambar di Mangasoko.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Manga... Komik-Komik Jepun

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Tak ke gila bila banyak macam ni

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Siapa pernah tengok movie ni kita geng

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Pantang jumpa cermin, selfie satu!

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Belakang depan, kiri kanan semua mainan
18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Jangan lupa masuk mesin Hikari ni, boleh edit secomel mungkin
18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Penat-penar round Mangasoko, boleh beli aiskrim tembikai. Oishi!


Beza Adab Orang Jepun Dan Orang Malaysia
Sebab cerita di Mangasoko dah habis, Ainaa nak sambung bebel tadi. Malu tak bila kita Islam tetapi perangai langsung tak Islam, adab entah ke mana.... Patut kita mencontohi adab Jepun. Mereka sangat berdisiplin dalam segala hal, Ainaa bagi contoh mudah yang semua orang nampak, memandu. Di Malaysia kalau kita naik kereta nak pula atas highway, takut bos. Orang kita bawak kereta semua gila-gila, hon sana sini, bawa lebih had laju, lampu kuning tekan minyak habis-habisan, yang mabuk pun selamba pandu atas highway. Tak payah cakap highway la, jalan kampung jalan kecil ni pun ramai je pemandu gila yang tak ikut peraturan. Memang tak selamat langsung dan setiap kali naik kereta risiko untuk aksiden itu memang sentiasa ada malah berisiko tinggi. Sedangkan di Jepun, kalau had laju tulis 40km/h memang kelajuan 40km/h tu la yang mereka pandu! Nak tengok kereta bawa laju-laju, maaf, bukan di Jepun. Semua pandu kereta memang sopan dan berdisiplin, kalau lampu kuning sedangkan dah nak sampai garisan depan tu, dia orang akan berhenti! Memang jauh beza sangat disiplin orang kita dengan disiplin orang Jepun.

Selain ke Mangasoko, tempat-tempat lain Ainaa gi minggu tu hanya la pusat beli-belah seperti Aeon Mall jadi tak banyak benda yang boleh diceritakan. Tak kisah pun walau minggu pertama tu cuaca tak mengizinkan sebab Ainaa ada masa 18 hari kan di Jepun. Aeon Mall dia orang sama je dengan tempat kita tapi berbeza. Aeon kat sana ada satu kedai kacang ni, segala jenis kacang ada memang kalau yang jenis hantu kacang seronok la borong situ nak pula bila nak masuk kedai kacang tu dia siap hidangkan kacang untuk kita makan sambil membeli. Sedap-sedap kacang kat situ. Tapi tak tahu kenapa bila pergi Aeon kat Kagoshima ni rasa lebih murah dari tempat kita..... Ke perasaan je? Boleh pula tu Ainaa pergi beli baju kat sana padahal boleh je dapat tempat kita, cuma beli tu sebab harga murah gila dalam RM20 je boleh pakai gi jalan-jalan.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
jumpa cermin lagi

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
dan lagi! kali ni heret anak buah sekali
Marine Port, Kagoshima
Nasib baik ada juga hari yang cerah untuk kami buat aktiviti luar jadi kami buat keputusan untuk ke Marine Port. Mungkin kalau tempat kita kawasan port kan bukan la secantik mana pemandangan kecuali yang di kawasan pulau. Tempat ini wajib untuk kau orang pergi kalau ke Kagoshima sebab pemandangan kat sana memang tersangat la cantik dan kalau nak buat photoshoot pun sesuai sangat. Yang istimewanya, dari Marine Port kita boleh tengok Sakurajima iaitu salah satu gunung berapi yang paling aktif di Jepun. Sayangnya waktu Ainaa pergi tu memang hari cerah tapi disebabkan hari-hari sebelumnya hujan dan ramalan cuaca Jepun untuk hari mendatang pun hujan, tak dapat tengok la puncak Sakurajima tu. Marine Port ni memang kawasan tarikan pelancong dan penduduk tempatan sendiri pun petang-petang memang akan bersiar-siar di situ. Best la kawasan luas, disekelilingi laut biru, boleh tangkap gambar dengan pemandangan belakang nampak laut dan juga Sakurajima, awan-awan tebal yang cantik dan tak lupa juga ada kolam mandi untuk kanak-kanak. Senang kata kalau pergi Marine Port memang setiap sudut nak tangkap gambar.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
perjalanan ke Marine Port

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
kawasan yang sangat luas

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
view Sakurajima dan laut biru

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
credit baju harga RM20 beli di Aeon Kagoshima

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Penduduk tempatan bawak anjing bersiar-siar. Lagi tiga anak beranak tu abang Ainaa

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
bentuk awan yang sangat menarik

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Gaya entah apa-apa

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Sayang sekali tak nampak puncak Sakurajima

Cantik-cantik kan view di Marine Port. Mula-mula kami sampai tu boleh dikatakan ada dua tiga pengunjung je tapi semakin petang semakin ramai. Penduduk di Kagoshima ni orangnya sangat ramah dan baik-baik. Ada la sorang pakcik ni dia datang tegur Ainaa bila dia nampak Ainaa duduk di bawah pondok dan sebelum-sebelum banyak kali juga terserempak cuma berbalas senyum je. Perangai orang Jepun, dia akan tanya kita dalam bahasa dia orang dan bila kita terpinga-pinga nak jawab sebab tak paham, dia akan terus tanya kita sampai kita jawab. Mula-mula soalan dia tanya "bla bla bla Indonesia" jadi boleh la agak yang dia tanya kita asal Indonesia ke, boleh la Ainaa balas balik "Malaysia" tapi tak sangka dia tanya pula. Haa lepas tu memang habuk tak faham, pakcik tu tanya juga tanya smpai kita serba salah sebab macam sombong tak balas sedangkan tak faham. Apa lagi kalut la duk buat isyarat kat kakak ipar suruh datang tempat kita orang. Sama kes bila pergi Aeon ada makcik dan anaknya yang tegur, nasib baik memang kakak duduk sebelah jadi dia je la yang jawab. Memang peramah tapi kita ni yang tak faham bila mereka tegur dalam bahasa Jepun, nak jawab English kan dia pula tak faham. Kata abang, orang Jepun memang macam tu.... dia orang saja nak test kita boleh cakap Jepun ke tak.

Banyak lagi nak cerita tapi kalau nak tulis sampai habis memang entry kali ini akan jadi sangat panjang memandangkan minggu kedua itu banyak tempat yang kami pergi. Perjalanan musafir kami mungkin nampak menyeronokkan sepanjang 18 hari itu tapi ada pahitnya. Untuk part seterusnya Ainaa akan cerita saat genting dan pengalaman yang tak disangka berlaku di Kagoshima, Jepun. Harap sabar menanti dan terima kasih kerana meluangkan masa baca cerita kami.

18 Comments

  1. seronoknya aina ke jepun. cantik2 semua pemandangan kat sana. bab adab tu setuju sangat, kita kena ubah kebiasaan yang selalu dibuat.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tengok suasana di Jepun. Rupanya ada lagi tempat menarik selain dari Tokyo dan Hokaido.

    ReplyDelete
  3. Peminat komik2 jepun wajib pergi tempat tu

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya aina dah smpai jepun...eskrim tu menggoda lah...

    ReplyDelete
  5. Teringin sangat nak ke Jepun. Tak kesampaian lagi. Hopefully 1 day dapat ke sana.

    ReplyDelete
  6. Syioknya..tgok gambar ni tak sabar dah nk ke Jepun..:)

    ReplyDelete
  7. Japan... walaupun harga mahal. park mahal.. tapi inlove dgn negara mereka yg bersih modern sysyematic dan canggih.. special bila sakura tree flowers tiba.. nangia tepi bucu katil berangan ada sepokok kat umah..

    ReplyDelete
  8. Bestnya travel lama2, aiskrim tu unik nampak sedap :)


    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Dulu masa kecl teringin sangat nak study dekat sana, macam pakcik sendiri...

    Now dah tua nie, teringin nak cari awek sana buat isteri. tapi sudi ke dorang kahwin dengan laki orang...

    ok, tgh plan nak melancong disana.

    ReplyDelete
  10. Yer bila lah nak sampai ker sana tak ada orang nak taja ker hehehe teringin nak tengok teknologi kat sana dan naik kereta api laju mereka.

    ReplyDelete
  11. Cantik view kat marine port tu. Rakyat jepun memang terkenal dengan sikap sopan santun mereka.

    ReplyDelete
  12. teringin nak pi jepon time winter. thanx aina bg banyak panduan ttg jepon. insyaAllah, da rezki sampai ke sane.

    ReplyDelete
  13. Suka sangat tengok awan. Seperti berada di awang-awangan je.

    ReplyDelete
  14. Makin teringin nak ke Jepun lepas asyik baca kat blog ni haha

    ReplyDelete
  15. I love Japan - I just got back from Tokyo and I love everything there - the train lines, the city etc. I want to go back there again.

    ReplyDelete
  16. Bestnyer jalan jalan jepun...terimakasih berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  17. Akak pun pg hokkaido tahun lps, sampai thn ni x hilang rindu lg, over sgt haha.

    ReplyDelete
  18. Alahai, seronoknya. Memang teringin sangat nak ke Jepun. Moga ada rezeki satu hari nanti.

    ReplyDelete