birthday, birthday prank, birthday prank plan, prank, prank birthday kawan, selamat hari jadi, cara nak prank birthday kawan


Kena-mengenakan orang ni kadang-kadang sudah menjadi tradisi orang muda kononnya untuk membuat kejutan pada hari lahir seseorang itu. Zaman sekolah dulu Ainaa mana ada prank apa-apa dan orang pun tak pernah nak buat prank time birthday kita. Macam biasa saja hanya beri ucapan dan sambut dengan keluarga. Simple je kan. Tapi bila saja Ainaa melangkah ke universiti dan roommates pula semua jenis gila-gila, memang siapa birthday dia akan kena prank! Dua tahun lepas Ainaa kena prank sampai nangis-nangis kut dia orang buat. Kalau ingat balik kelakar gila, geram pun ada. Tapi nasib baik Ainaa ni jenis yang 'cepat tangkap' jadi birthday tahun lepas dia orang punya plan nak prank Ainaa tak jadi. Awal-awal lagi Ainaa dah dapat tahu tapi saja buat macam tak tahu apa-apa sebab tak nak rosak kan mood kawan-kawan yang dah susah-susah plan untuk Ainaa.

Itu apa yang roommates prank pada Ainaa. Ini Ainaa nak cerita pula macam mana kami prank salah seorang roommates Ainaa pada hujung minggu yang lepas. Kawan Ainaa yang ni kita orang panggil Rara dan budak ni memang penakut gila-gila lah. Rara ni pun jenis yang cepat je tahu kalau orang nak buat prank kat dia tapi kami gunakan dia punya kelemahan untuk prank. Macam jahat kan prank orang tu guna kelemahannya tapi kita orang buat tak ada lah sampai dia ketakutan gila-gila atau boleh buat dia trauma. Masih berpada-pada dan tak melampau. Kalau tahun lepas, prank dia punya birthday memang gempak sampai ada scene menangis-nangis dan watak itu dipegang oleh Ainaa. Roommates yang lain pun terkejut tengok Ainaa berlakon. Hehe

Hari sabtu lepas, Ainaa dengan kawan sebilik yang lain tinggalkan Rara ni sorang-sorang dalam bilik sampai tengah malam sebab ingatkan nak kejutkan dia tepat jam 12 malam iaitu masuk tarikh hari lahirnya. Mula-mula tu macam biasa je plan tak detail sangat. Setakat buka pintu lepas tu surprise kan, itu plan asal. Tapi last minute sejam sebelum kita orang buat plan tu, kami tukar plan dari A-Z dan plan itu memang teliti lah! Sangat yakin memang plan akan berjaya dan ternyata, yeay. Happy belated birthday, Rara! Kami berjaya prank kau buat kali kedua! Maaf ya Rara kita orang takutkan kau malam tu, tapi kira tak takut sangat sebab ada yang temankan. Ainaa ni sampai sanggup tahu masuk meringkuk bawah katil si Rara ni hanya cuma nak cuit dia punya kaki, konon nak buat dia terkejut tapi memang menjadi.


birthday, birthday prank, birthday prank plan, prank, prank birthday kawan, selamat hari jadi, cara nak prank birthday kawan
sweet tak Ainaa? Tak puas buat prank, siap buat video khas lagi untuk birthday girl.


Selesai first prank untuk tahun ini, kita tunggu pula next turn siapa pulak nanti Ainaa cerikan. Tapi nasihat Ainaa, kalau nak buat prank untuk kawan kita itu biarlah berpada-pada dan jangan sampai memudaratkan. Lagipun dalam Islam kita tak boleh kenakan orang kan, tak baik. Kalau boleh elakkan menggunakan alasan ada yang meninggal ke eksiden ke apa sebab itu macam terlalu sensitif. Takut pula kalau benda itu betul-betul terjadi, nauzubillahiminzalik. Sambil-sambil nak ingatkan diri sendiri supaya tak melebih. Ainaa pun takut juga prank orang ni, jadi sebab itu sebelum buat kita orang akan fikir dulu dia punya pros and cons supaya tidak terjadi benda yang tak sepatutnya.

5 Comments

  1. Saya kan dulu, telur dengan tepung dan air simpanan maggie lama tu memang dah biasa dah... sabar je la... tapi kenangan tu memang seronok tau bila teringat sekarang ni....

    ReplyDelete
  2. Tak pernah kena prank sebab jarang sambut birthday. Heheh.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  3. dayah selalu juga kena prank dengan budak-budak uni dulu..tapi sekarang dah makin jauh, huhu sedih,,rindu zaman gila-gila dulu

    ReplyDelete
  4. tak pernah juga kena prank dari dulu sampai la sekarang. Prank orang lain pun tak pernah hahaha apalah nasib.

    ReplyDelete
  5. ingt zaman belajar.. kena simbah air longkang time birthday :(.. rindu zaman tu..

    ReplyDelete