january 2017, first january, first day, hari pertama 2017, 2017, happy new year, selamat tahun baru


Hari pertama 2017! Ramai ya yang wish tepat tengah malam semalam dan Ainaa pula malas nak ucap apa-apa melainkan semoga tahun ini lebih banyak amalan baik yang dilakukan dan semoga dapat baiki diri kita yang mana patut diperbetulkan. Kau orang buat apa hari pertama tahun 2017 ini? Yang sebelah Kelantan tak cuti dan tentu hari pertama 2017 ramai rakyat Kelantan ke sekolah dan kerja. Tapi Ainaa tak. Hari pertama pagi-pagi lagi dah jejak kaki ke mall dengan abang yang balik bercuti dan rasa macam mall tu milik kita orang je sebab tak ramai orang. Macam mana pula dengan tahun baru kau orang? Jangan kata lupa yang sekarang ni kita dah tinggalkan 2016. Eh, kata kat diri sendiri sebenarnya. Setiap awal tahun pasti Ainaa akan lupa bahawa kita sudah berada di tahun lain dan tahun 2017 ini.... bermakna secara tak rasmi Ainaa masuk umur 20-an. Adeh, sayangnya nak tinggalkan sweet 19 tapi nasib baik bulan 8 nanti baru official 20. Nanti kalau orang tanya nak cakap 19 tahun lagi lah. Hehe.

Ainaa tak tahu la apa yang Ainaa dah capai pada tahun lepas tapi target Ainaa untuk ada kereta sendiri pada umur 20 mungkin tak dapat nak dirialisasikan memandangkan awal tahun lepas Ainaa stop blogging dan business. Itu yang menyebabkan Ainaa malas nak buat wishlist ke azam ke sebab terasa macam loser sangat bila umur 17 Ainaa tak dapat capai impian nak terbit buku sendiri, umur 19 dah ada pendapatan sendiri (walaupun sekarang Ainaa ada juga side income) dan umur 20 miliki kereta. Rasa macam malu dengan diri sendiri bila tak dapat laksanakan. Apa pun untuk tahun ini Ainaa tak ada azam apa-apa, semuanya hanya spontan je tapi.... Ainaa ada azam untuk menunaikan haji sekeluarga dan memiliki rumah sendiri pada umur 25 tahun. Doakan ya semoga Ainaa ada rezeki laksanakan kedua azam yang tu.

5 Comments

  1. Insyallah smoga d pmudahkn Adam awk..amin. Happy new year =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam pun boleh. hehehe terima kasih sis jun zie ^_^

      Delete
  2. Hari ni Nas jumpe Mark Adam dengan Tomok kat Istana Budaya~ Ada event 'Doa Untukmu Rohingya'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah mark adam. bestnya dapat join event2 camtu ada retiss lagi

      Delete