Dari dulu memang Ainaa google je Responsive Templates untuk blog yang boleh download secara percuma. Ada juga teringin nak upah orang design template kita tapi tak reti dan takut pula kalau Ainaa komen itu ini tengok-tengok kena beratus. Mati oi mana nak cekau duit. Hari itu lagi Ainaa tercari-cari free template dan bila jumpa.... tak boleh upload dalam blog! ERROR.



Tak tahu la kenapa tapi ni nak kena tanya pakar ni. Dah lama dah pun blog ni terbiar bila nak aktif balik banyak pula yang menggangu. Kita nak tukar template nak dapat 'mood' baru, semangat sikit nak update blog hari-hari.

Apa pun, seperti yang kau orang tengok template Ainaa dah betukar baru. Dari semalam Ainaa search macam mana nak tukar template yang asyik error je ni so sekarang dah jadi. Kalau ada yang error macam Ainaa juga boleh la cuba ikut step bawah ni:

1) CARI TEMPLATE IDAMAN DI https://gooyaabitemplates.com/blogger-templates/responsive/

2) DOWNLOAD TEMPLATE (nanti automatic save WinRAR zip) ==> RIGHT CLICK FILE ZIP ==> EXTRACT FILES


3) SELEPAS ITU AKAN KELUAR SATU FILE TEMPLATE TADI, OPEN FILE ITU, DAN CARI DOCUMENT XML (OPEN WITH NOTEPAD/WORDPAD/ETC)


4) COPY DOCUMENT XML

5) LOG IN BLOGGER DASHBOARD => TEMPLATE => EDIT HTML => SELECT ALL & DELETE => PASTE NEW TEMPLATE => SAVE

*SEBELUM DELETE HTML YANG SEDIA ADA TU, PASTIKAN BACKUP DULU YA*


Itu je yang Ainaa tahu, harap dapat membantu bagi sesiapa yang ada masalah error bila nak download template. Sedikit perkongsian dari Ainaa, responsive templates ni untuk meringatkan blog (loading cepat) dan SEO friendly. Senang kata, responsive and seo template adalah SANGAT PENTING untuk blog bagi mempermudahkan search engine/orang search apa-apa yang berkaitan blog kita pun akan keluar.

Ainaa faham sikit-sikit je benda ni hasil perkongsian dari blogger group EFG atau sekarang dah tukar jadi AFB (Auto Feed Blog). Hehe Terima kasih semua blogger EFG/AFB membantu Ainaa selama ni.

2 Comments