Buat peminat drama korea, jepun, thailand, taiwan dan philippine... Kalau ada yang masih belum tahu, sebenarnya kau orang tak perlu susah-susah nak download drama negara lain yang kau orang minat. Boleh tengok secara online selain di youtube. Ada juga yang suka download kan. Kalau download, nanti boleh tengok bila-bila dan boleh ulang tayang. Tapi yang Ainaa tahu, biasanya nak download sekali dengan english subtitle tu ada yang susah nak cari. 

Ainaa pula lebih suka untuk tengok online apa-apa cerita pun berbanding tengok kat tv. Lebih kepada malas nak download. HAHA. Tapi yang mana nak tengok drama-drama online ni, kenalah ada line internet yang laju dan stabil. Kalau tak, buat sakit hati je kalau internet slow dan tak stabil. Kat rumah Ainaa ni pula internet dah laju tapi tak stabil pulak. Huh. Nasib baik setiap kali nak tengok movie ke drama ke, tak ada lagi tersekat lama-lama. Laju je. Terbaik. ^___^

Nak tahu Ainaa selalu tengok kat mana? Nak join? Mari, mari kita tengok berjemaah di VIKI.COM !!




Boleh dikatakan laman web Viki ada semua drama dan movie dari seluruh negara dan ada pelbagai subtitle yang boleh pilih mengikut bahasa yang kau orang faham. Seronok kan? Ainaa selalu tengok J-Drama kat Viki ini lah. Tak pun kadang-kadang rasa teringin nak layan korea, Viki juga yang dipilih.

Kalau nak tahu lagi, kau orang semua boleh install Viki ini dalam handphone kau orang! Best kan. Lepas ni nak pergi mana-mana pun dah boleh tengok kat hanset. Tak perlu susah-susah nak buka laptop. Asalkan ada data internet yang banyak dan secukupnya dah lah. Cara nak installnya macam biasa, pergi kat playstore, lepas tu taip je Viki nanti dia keluarlah tak pun kau orang search yang seperti screenshot kat bawah ni. Lepas tu boleh lah berpuas-puas tengok sampai habis data.




Masa mula-mula lepas SPM, sebab bosan sangat tak ada buat apa... sanggup kut install Viki ni dalam handphone. Tapi lama-lama uninstall semula sebab Ainaa jarang tengok layan drama dan movie. Kalau betul-betul rasa bosan je layan. Kita lebih suka layan cerita kartun. HAHA =P

6 Comments

  1. Viki.com memang best pun!

    Pilihan subtitle yang pelbagai. Tapi tak semua drama atau filem ada complete subtitle dalam bahasa yang kita nak. Tapi alhamdulillah, English subtitle sentiasa ada even tak 100% completed pun. =)

    Biasa marathon drama dan movir time final exam. Rasa release sikit tension ;)

    ReplyDelete
  2. yeaayy nanti nak chek it out!!!

    ReplyDelete
  3. tapi sye xleh tgk la... blank je... gelap.. ngape ek?

    ReplyDelete
  4. Citer filipine xde pun.. nak tgk citer a second chance..mmm

    ReplyDelete