ASSALAMUALAIKUM!


Lagi dua hari bakal berlalunya tahun 2013 dan bakal tibanya tahun 2014. 
Pelbagai yang berlaku dalam masa yang setahun ini dan saya rasa tak perlu buat 
entry khas untuk kenangan-kenangan 2013. Biarlah ianya menjadi kenangan abadiku.... 

Cewah! Hehe Siapa nak tahu apa yang terjadi sepanjang 2013 ini korang tengok baliklah
 entry-entry yang lepas. Tupun kalau korang rajin nak baca entry berbillion
 yang ada pada tahun 2013. HAHA!

Okey, okey! Disebabkan tahun depan adalah tahun yang paling mengerikan bagi
 batch 97. SPM bep! Ya, tahun depan kami bakal menduduki SPM. 
Jadi, untuk elakkan blog kesayanganku ini menjadi sunyi sepi. Dalam kepala otak ni 
dah ada list aktiviti di blog untuk tahun 2014.


#1 : Review Blog Korang Setiap Bulan 

Yup! Patik mahu revie blog teman-teman blogger patik sekalian. Hee Saya akan review  
blog sesiapa sahaja yang ada kat 'Nuffnangers Who Recently Viewed Your Blog' 
yang ada kat Nuffnang tu. Tapi kalau masa saya nak review tu, kat nuffnangers viewed tu
 hanya ada beberapa kerat orang jea atau tiada langsung, saya akan review blog
 korang secara random.

#2 : Giveaway/Segmen Sekurang-Kurangnya 1 Kali 3 Bulan

Saya akan cuba untuk adakan masa buat GA/Segmen di blog. Harap ada yang mahu
sponsor untuk GA/Segmen saya. Kalau nak sponsor boleh PM saya kat SINI ya. Hehe
Nak cari sponsor awal-awal lah. Baru tak kelam kabut.

#3 : Menjadi Sponsor Untuk GA Blogger Lain

InsyaAllah, saya akan buka 'kaunter' kepada siapa yang sedang mencari sponsor.
 Hehe bukan sekaranglah. Mungkin saya akan cari blogger mana yang sedang mencari sponsor
atau pun senang cerita saya buat entry khas untuk menjadi sponsor jea. Tengoklah nanti.
Yang pasti, dalam sebulan tu... InsyaAllah saya akan sponsor GA sesiapa.


#4 : Blogwalking Blogger Yang Tinggalkan Komen

Yang ini... dah dua kali saya buat. Yang entry 'Drop Your Link And I'll BW Yours' tu.
Saya akan buat entry begitu untuk sekali sebulan. Siapa yang tinggalkan link blog dia kat
 entry tu, InsyaAllah saya akan BW dan tinggalkan sepatah dua kata sebagai jejak.

.............................

Itulah dulu aktiviti yang saya akan buat sepanjang 2014.
Harap-harap sempatlah nak buat semua tu.....

5 Comments

  1. Wah bestnya ada plan!!
    Hm qila follow the flow je lah ahahahah ;D
    Thanks. Post ni bagi inspirasi gitu dkt qila eeheheh

    ReplyDelete
  2. Semoga apa yang dihajati tu berjaya dilaksanakan :)

    ReplyDelete
  3. Rajin betul buat plan! Hehe. Saya tak taulah saya boleh plan ke tak, sebab saya duduk asrama, jadi plan saya, cuma blogging bila balik jelah. Ehehe.. :)

    ReplyDelete