Assalamualaikum!
Setiap orang pasti ada cita-cita atau angan-angan kan?
Heh. Soalan macam nak jawab exam budak sekolah rendah. hehe
Apa-apa aje lah. Cuma nak kongsi, saya pun ada cita-cita yang tinggi melangit!


- I WANT TO BE A LECTURER -


Dari dulu lagi, memang teringin sangat-sangat menjadi pensyarah.
Itu cita-cita saya. Dan inspirasi saya ialah ibu saudara saya dan dialah yang membuatkan
saya berminat mengikut jejak langkahnya. Ingin menjadi orang berjaya sepertinya.
InsyaAllah! Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan jika Allah izinkan.


- BMW S 1000 RR -


Disebabkan saya ini pencinta superbike inilah jadinya. Memang asyik berangan
naik dan miliki superbikelah. Tengok tu.... Fuhh! Power bepp!! Dahlah semua
warna favourite saya ada. Putih hitam merah! Perfect!!


- PENTHOUSE APARTMENT -


Penthouse atau saya dengan kawan saya panggil 'rumah kaca' sebab
penthouse menggunakan dinding kaca. Saya mula mengenali penthouse ni apabila
baca novel M.A.I.D - Suri Ryana. Sejak itulah saya tertarik dengan penthouse.
Mahu miliki penthouse!


- TRAVEL THE WORLD -


Merantau satu dunia. Semua tempat yang ada di dunia ini ingin dilawati.
Mahu melihat dunia luar. Mahukan experience dan adventure  yang lebih banyak.
Tenpat yang paling saya nak pergi ialah Jepun, Rusia, Perancis dan Italy. Semuanya!


Agak-agak dapat tak capai angan-angan ini semua 9 tahun akan datang?
InsyaAllah kalau diusahakan pasti tercapai juga. 
Tapi bagaimana kalau apa yang diangan-angankan tidak dapat dicapai?
 Soalan ini mengingatkan saya pada artikel yang saya share di FB.

[klik untuk kanta pembesaran]


YES! EXACTLY !!
Kalau apa yang diangankan tidak tercapai tidak semestinya
Allah tidak sayang kita. Mungkin apa yang kita nak tidak elok untuk kita dan
mungkin Allah nak bagi yang lebih lagi dari apa yang kita nak.
ALLAH LEBIH TAHU. KITA TIDAK TAHU.

 [TAPI SEMUA INI HANYALAH DUNIAWI. YANG AKHIRAT TIADA TANDINGANNYA.]

3 Comments