Hari itu saya sudah update entry BIRTHDAY saya.
Dan ada saya nyatakan hadiah-hadiah yang saya dapat kan?
Tapi hadiah semakin bertambah. Yeaaa!!  =)

Entah apalah yang special tahun ni sampai ramai orang tersayang
yang bagi hadiah. Sebelum ni hanya mak ayah saya dan kakak ipar saya dan
kadang-kadang kakak angkat saya aje yang bagi. 
Tapi kali ini bertambah sedikit hadiah dan yang paling penting semua hadiah
yang dapat apa yang saya suka dan cinta.

First and foremost, orang pertama yang bagi hadiah kepada saya adalah
kakak ipar saya. Kakak ipar tersayang masakkan chicken chop dan beli kek
Red Velvet. Wah, my favourite. Memang kalau makan kat luar, saya akan order chicken chop.
Sodaaaap!!

Hadiah kedua yang saya dapat, abang saya kedua yang selama ini tak pernah-pernah
nak bagi hadiah birthday tiba-tiba aje belanja Pizza Hut special punya.
Dia cakap siap-siap dah pizza tu untuk birthday saya. muehmueh.

Hadiah ketiga saya dapat benda yang memang saya suka sangat. Iaitu novel !!!
hehe. Novel tu hadiah daripada abang ketiga saya dan kawannya.
Novel tu bertajuk Terima Kasih Cinta terbitan Kaki Novel.



Hadiah keempat ialah bantal comel bewarna merah! My favourite colour!
Hadiah ini daripada kakak angkat saya. hehe



Dan hadiah seterusnya yang saya baru dapat petang tadi.
Adalah....


hahaha petang tadi mak saudara saya datang.
Dia heret saya kat kotak ni dan suruh buka. Lepas tu saya sentuh
kotak tu, nak buka. Tapi kotak tu bergerak. Bergoncang! Terus tak jadi buka.
Takut pula. Tanya mak saudara apa ada kat dalam, dia tak nak bagitau.
Sepupu saya pula dah tersengih-sengih.

Lepas tu dengan perasaan teruja dan tertanya-tanya, saya buka kotak tu dan......

(gambar setelah saya letak dalam kandang. gambar arnab dalan kotak
tak ada)

Ada dua ekor ARNAB !! Hahaha
Besar sungguh arnab tu! Sampai saya takut nak pegang.
Saya memang minat haiwan-haiwan comel ni tapi belum pernah pelihara arnab.
Biasa pegang arnab tapi arnab yang pernah saya pegang kecil. Masih anak lagi.

Tapi yang ni bapak arnab! huhu
Dua-dua warna putih tapi warna telinga dan mata lain.
Seekor warna telinga kelabu dan mata hitam. Yang seekor lagi
telinga warna pink dan warna matanya merah! Eeee.... Comel!  >_<

Alhamdulillah! Rezeki tahun ini.
^_^

5 Comments

  1. kesian arnab2 tue kena bungkus dalam kotak..hehe

    ReplyDelete
  2. seronoknye dapat hadiah birthday jealous :D

    ReplyDelete
  3. @ismi amnah haha tulaarh. terkejut den. tapi kotak tu ad lubang kt tepi so arnab tu masih boleh bernyawa. hehe

    @shakirapathi hehe masih budk2 lg ni dapatlah. *perasan budk. hehe* esk lusa dah besar xde org nk bagi daah. ngee

    ReplyDelete
  4. Nik ainaa..did enjoy reading tkc?harap2 sis suka yaaa! Happy belated besday dear! ♥♡♥

    ReplyDelete
  5. @lya zara - enjoy! best sgt! hehe :d

    ReplyDelete