Oh yeah!
Bagi yang dah baca novel ni
tentu tak sabar menanti kemunculan drama ini kan?
Saya pun dah baca dan memang best, tak rugi....

Drama Teduhan Kasih bakal ditayangkan di Slot Akasia selepas
tamatnya drama Sedetik Cinta. Drama ini berkemungkinan bakal ditayangkan
pada 15 Mei 2013 iaitu hari Rabu.

Antara pelakon-pelakon yang bakal memegang watak dalam novel
ini ialah :
 
ADI PUTRA sebagai EHSAN | SHERRY IBRAHIM sebagai IFFA

 SHAH ISKANDAR sebagai RYZAL | NABILA HUDA sebagai AYU

Amacam? Sesuai tak diorang memegang watak dalam novel?
Bagi saya memang dah sesuai. Serasi sangat.
Camni lah orang nak. Sebab salah satu faktor drama adaptasi tak best
ialah pelakon-pelakon yang tidak sesuai. Betul tak?

Yang belum baca novel ni bolehlah baca. Nasib baik kebanyakkan
drama adaptasi sekarang yang saya dah baca. Jadi dah boleh agak apa yang
bakal berlaku dan kalau skip drama tu pun tak menyesal sangat. hehe

Tapi drama SSID tak boleh skip. Sweet sangat ceritanya pun.
Haha ^_^ tak sabar tunggu malam esok.


Sinopsis novel Teduhan Kasih - Marissa



 HARGA : RM22 (-RM3 jika beli online di SINI)

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

15 Comments

  1. ada lg tak novel tuh

    ReplyDelete
  2. @Anonymous kat bookstore masih ada. tapi klau nk seng, order online jea kt karyaseni.my less RM3

    ReplyDelete
  3. macam best je..
    btw anda ditag :)

    http://nidajiwakosong.blogspot.com/2013/05/11-things-about-me_21.html

    ReplyDelete
  4. Saya rasa watak effa yg paling sesuai adalah rita,nora danish atau pun tiq zakiah

    ReplyDelete
  5. siapa siapa tahu tak what is the endingnya

    ReplyDelete
  6. nak order dkt mana ? n macam mana ? still ade stock ker ?

    ReplyDelete
  7. @Anonymous no komen. hehe sebab cerita pun dah ditayanngkan. kita xboleh buat apa2. pengarah cerita yg menentukan segala2nya

    ReplyDelete
  8. @Anonymous saya tahu sebab sy dah baca novelnya. klau nak tahu bcalah novel dia takpun tunggu ending cerita. hehe yang pasti, happy ending. ;D

    ReplyDelete
  9. order dekat sini. siap ada diskaun rm3 lagi. adalah kut stok lagi

    www.karyaseni.my . lepas tu klik BELI ONLINE kemudian klik GAMBAR tu. lepas tu carilah novel TEDUHAN KASIH.

    ps: sy xleh nk bgi link teduhan kasih terus. jdi xleh nak komen sbb html xleh diterima

    cara2nya boleh tengok kat laman web tu. klik TERKINI dan pilih CARA MELANGGAN

    ReplyDelete
  10. Ade jual tak novel ni di Singapura?

    ReplyDelete
  11. @Anonymous saya tak tahu. tapi nak mudah beli online. cepat dan pantas

    ReplyDelete
  12. mak tiri dia kena potong kaki, kaklong dia kena cerai, ryzal mati, ayu jadi gila...iffa dan ehsan bahagia

    ReplyDelete
  13. @Anonymous alah, dh bagitau. biarlah kita senyap2. biar diorang tengk sdiri. hehe ;D

    ReplyDelete
  14. i like jenny, what's her real name pls..

    ReplyDelete