Penghuni Ghaib

penghuni ghaib, cerita seram, cerita seram di uia gombak, gangguan, mistik


Cerita hantu, cerita seram memang di mana-mana tempat pasti ada ceritanya sendiri. Lebih-lebih lagi bila tinggal di hostel ni, memang seribu satu cerita mistik yang ada kan. Dan jangan tak tahu, dalam kalangan budak-budak hostel dan universiti ni ada pantang larang dia contohnya jangan ke tandas sorang-sorang waktu jam dah lebih 12 tengah malam, jangan sesekali stay-up sampai ke subuh ke sorang-sorang dan jangan jalan sorang lebih-lebih lagi kalau discussion habis pukul 2-3-4 pagi. Tapi benda yang ramai takut itu lah yang Ainaa buat sebab siapa-siapa saja yang kenal Ainaa, memang tahu Ainaa bukan jenis penakut atau cepat melatah. Kononnnya. Tipu kalau cakap tak takut langsung, sudah tentu la ada rasa takut tapi Ainaa berani buat. Selalu je pergi tandas pukul 2-3 pagi dan time asasi dulu selalu je balik sorang-sorang pukul 3-4 pagi dari Kuliyyah ke bilik atau dari mahallah (hostel) kawan ke mahallah Ainaa. Ainaa jenis bila nampak kelibat ke bunyi apa-apa ke memang buat tak tahu dan tak ambik tahu, jenis tak kesah. Tapi tak tahu kenapa sejak masuk ke Uia Gombak ni, memang macam ada la rasa 'benda' tu. Dan yang tak bestnya 'benda' tu ada dalam bilik Ainaa. Menjadi penghuni ghaib.

Masa mula-mula masuk bilik ni, memang dapat rasa macam ada 'benda' tapi kita orang sebilik buat tak tahu je. Tapi.... sejak cuti mid-sem habis, macam-macam yang ganggu dan Ainaa la yang kerap kena. Malah, seminggu sejak habis cuti mid-sem tu, SETIAP HARI pasti akan bunyi apa-apa dalam bilik ni dan nampak kelibat. Orang kata, tuan punya bilik sendiri tak merasa tapi Ainaa dapat rasa. Benda tu memang ada dalam bilik ni, dalam compartment Ainaa. Dulu Ainaa buat tak tahu je tapi tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni bila dengar je something atau nampak kelibat terus Ainaa akan ingat 'benda' tu. Lepastu memang rasa takut sangat-sangat sampai tidur pun tak lena dan nak perhatikan sekeliling bilik ni pun rasa takut. Bila bagitahu family, siap nangis-nangis kut sebab sedih.... kenapa boleh jadi selemah ni? Mana keberanian yang dulu, yang buat tak kisah walau apa-apa bunyi dan kelibat yang datang. Aku tak nak jadi selemah ini lah!! TOLONG LAH JANGAN GANGGU!! Stress pun ada bila kita dah tak seberani dulu dan asyik fikir 'benda' tu saja, si penghuni ghaib.Baru seminggu tapi dah jadi selemah ini? Heh.

Kau orang ada apa-apa tips tak macam mana Ainaa nak buat tak tahu dengan 'benda' ni dan macam mana nak elakkan dari terus berfikir pelik-pelik? Tak suka la bila jadi lemah macam ni, rasa tak selamat, rasa sentiasa dalam ketakutan.... Buat tu buat ni, ingat 'benda' tu. pergi sana pergi sini, ingat 'benda' tu. Duduk diam-diam pun ingat 'benda' tu! Ya Allah... rasa tak kuat sangat. Orang kata kena baca Qur'an dan memang hari-hari lepas maghrib tak pernah tinggal tapi macam mana boleh kena lagi? Sekarang Ainaa ikut nasihat makcik Ainaa, suruh pasang surah Al-Baqarah hari-hari sambil semua tingkap terbukak dan baca ayat kursi setiap kali masuk dan keluar bilik. Ikthiar untuk Ainaa buat 'benda' tu keluar dari bilik ni atau pun nak duduk pun duduk lah tapi jangan ganggu aku! Semoga selepas ini si penghuni ghaib akan duduk diam'diam je, tak ganggu kami dan paling penting jangan munculkan diri!

Istimewanya Surprise Box Lazada


Hari itu Ainaa ada update entry pasal 'surprise box dari Lazada' kan, dan hari ini pula Ainaa nak review makanan-makanan yang Ainaa dapat ni. Seperti yang dilihat, makanan yang Ainaa dapat adalah produk Nestle dan Maggi. Lazada ni macam tahu-tahu je keluarga Ainaa suka makan dan bila dapat surprise box ni, eh semuanya makanan lah. Wah, ini yang kita orang suka ni dan boleh la jimat duit dari beli makanan sampingan pagi dan malam.

Sudah tentu dua maggi Hot Meals perisa kari dan laksa ayam itu sudah habis dimakan sampai Ainaa tak sempat pun nak makan, tengok-tengok dah ghaib dari kabinet. Rupa-rupanya abah dan abang Ainaa yang makan. Jadi bila Ainaa tanya macam mana Maggi kali ini, dia orang cakap Maggi yang dalam bekas ni lain dari yang biasa, maggi tu rasa lebih lembut dan kecil-kecil tapi sedap di makan. Kalau Omega Plus yang dicampur dengan oats tu, mak Ainaa suka minum waktu pagi dan Nestum Banana pula baru cuba sekali malam tu. 

Nampak tak Cheerios tu, alah macam cornflakes tapi yang ni lain sebab ianya adalah gabungan oat flakes dan crisp oat cheerios. Disebabkan Ainaa lupa nak beli susu segar dan nak kelur rumah pulak malas lah musim panas-panas macam ni jadi Ainaa makan macam tu buat macam jajan. Sedap dan tawar, tapi sudah tentu la tawar kalau dah sepatutnya makan oat ni dengan susu kan. Boleh saja makan macam tu, elok sangat untuk kesihatan.

Kalau rasa nak cuba makanan dari Nestle dan Maggi ni jugak, boleh rujuk gambar di bawah ini dan boleh klik terus senarai di bawah ini untuk shopping di LAZADA.




2) MAGGI Hot Meals CurryLaksa Bowl


3) NESTUM 3in1 Banana Caramel



4) NESTLE OMEGA PLUS MILK With Oats


5) CHEERIOS Oat Crisp



SEPHORA: Tampil Elegan Dengan Lancôme Paris


WANITA dan KECANTIKAN. Tiada perpisahan sama sekali tidak kira yang remaja mahupun dewasa. Wanita, tak suka pakai makeup macam mana pun pasti ingin tampil cantik, elegan dan menawan kan. Wanita mana pun pasti sukakan make up dan kalau ya tak suka, kahwin nanti mesti pakai juga. Sebab itu Ainaa kata wanita dan kecantikan, wanita dan makeup tak akan berpisah. Kita ni, diciptakan sebagai makhluk yang semula jadi cantik dan bila kenakan makeup, tentu la lagi lawa! Tapi nak tahu tak apa yang membuatkan kita lagi nampak menyerlah? Okey, mari-mari semua wanita cantik yang tengah baca tu, Ainaa nak bagitahu rahsianya.


Anda pernah dengar tak SEPHORA? Dulu-dulu Ainaa mampu lalu je depan kedai SEPHORA dan jeling-jeling sikit, jadi mana pernah beli produk kecantikan dari SEPHORA. Apa yang Ainaa tahu, SEPHORA memang famous dan mana-mana foreigner, dari Korea terutamanya pasti akan cari kedai SEPHORA untuk beli barang-barang makeup. Ini berdasarkan apa yang Ainaa tengok vlog orang Korea yang datang ke Malaysia la. Dulu lalu je depan kedai, sekarang? Yeay, Ainaa dapat merasa shopping produk Lancôme Paris di SEPHORA bila Ainaa dapat baucer tunai dari SEPHORA! Sudah tentu dengan sepantas mungkin Ainaa order makeup Lancôme, siapa je tak excited kan kalau dah dapat baucer tunai atau lebih tepat lagi percuma. 


Tadaa! Inilah hasil shopping guna baucer yang Ainaa dapat tu. Susah betul nak buat keputusan nak beli barang makeup apa dari Lancôme sebab Ainaa rasa semuanya Ainaa nak! Semua produk buat rambang mata je tapi akhirnya Ainaa beli makeup yang basic iaitu lipstick L'Absolu Rouge dan bedak Blanc Expert Cushion Compact SPF 23/PA ++ Duo Refill. Terbeliat lidah nak sebut tapi pakai je bedak dan gincu ni terus rasa diri ini sangat elegan! Memang berbeza dengan apa yang dipakai sebelum-sebelum ini dan produk dari Lancôme mampu memikat hati siapa-siapa saja termasuk Ainaa sendiri.




Perbezaan makeup dari Lancôme Paris dan makeup dari jenama lain, bila kita pakai je bedak compact tu warna cream bedak tu lain dari yang lain dan bila pakai di muka, nampak seperti natural beauty gitu. Lipstick Lancôme pula warna sangat menawan lagi-lagi bila pakai di bibir, nampak sangat menyerlah. Elegan! Rasa bertuah sangat bila dapat merasa pakai produk dari Lancôme Paris ni, kalau tak sebab SEPHORA beri baucer tunai tu... Memang tak akan pernah merasa la jawabnya. Maklum la Ainaa masih belajar dan belum kerja. Tapi lain kali kalau anda nak beli make up, Ainaa syorkan beli makeup Lancôme Paris di SEPHORA. Ada banyak lagi pilihan barang-barang makeup di SEPHORA dan boleh beli terus di SINI. Apa pun, terima kasih SEPHORA beri peluang untuk Ainaa merasai menjadi elegan dengan Lancôme Paris.

Lazada 5th Anniversary Sale [22-24 March]

http://invl.co/ixcb

SALE! SALE! SALE! Siapa-siapa saja yang nampak perkataan 'S.A.L.E' pasti akan teruja dan perasaan curious dalam diri tu membuak-buak, betul tak? Eleh tipu la kalau ada yang cakap tak tertarik dengan empat huruf tersebut sebab kita ni manusia biasa, human beings, semuanya sama saja dan sudah lumrah hidup kita memang mudah tertarik dengan empa huruf SALE ini. Jadi, hari ini.... malam ini... Ainaa nak buat kau orang semua teruja malah akan terlebih teruja.

Kepada sesiapa yang suka shopping online dan suka shopping di Lazada tu, boleh lah bergembira ha-ha-ha laa-laa-laa sekarang SEBABNYA, PROMOSI HEBAT DI LAZADA bakal berlangsung beberapa detik saja lagi! Haa! Akak-akak, abang-abang kalau tak shopping sepuas-puasnya di Lazada sempena Lazada 5th Anniversary Sale ini memang rugi seruginya lah jawabnya. Paling penting, ada SURPRISE!!! Kalau nak tahu surprise apa yang Lazada nak bagi kepada kau orang semua tu, kena lah tunggu detik jam 12 malam ini dan bila saja tarikh bertukar ke 22 Mac 2017, sila laju-laju ke WEB LAZADA dan SHOPPING DI SINI.


LAZADA 5TH ANNIVERSARY SALE [22-24 MARCH 2017]

TRAVELOKA SALE-ABRATION: Diskaun Hebat Untuk Hotel Dan Penerbangan!

Selamat bercuti semua! Apa yang Ainaa tahu, cuti persekolahan sudah bermula pada hari ini dan begitu juga pelajar universiti., ada yang bercuti kerana ‘study week’ dan ada juga yang bercuti sebab ‘mid-sem break’. Kalau yang cuti study week tentu-tentu sibuk buat persediaan peperiksaan yang bakal berlangsung selapas tamat je cuti study week kan. Sama je dengan Ainaa, nama je mid sem break tapi tak sempat nak melancong kalau assignment dah bertimbun. Senang kata, walau pun ramai yang bercuti selama seminggu ini sudah tentu ramai juga yang tak dapat pergi melancong kan. Cuti seminggu itu hanya sempat untuk pulang ke kampung dan kalau ya boleh pergi bercuti, tempat dekat-dekat saja yang sempat, jalan-jalan dalam negeri saja boleh la.

Tapi tak apa, jangan risau semua. Kalau cuti bulan tiga ini kita tak dapat manfaatkannya, apa kata kita buat plan awal-awal untuk cuti yang akan datang ini iaitu cuti pertengahan tahun bagi pelajar sekolah selama dua minggu dan cuti semester bagi pelajar universiti selama tiga bulan! Wah, lama tu cuti yang ada dan sangat rugi kalau kita tak plan dari sekarang. Mak ayah dah boleh fikir nak bawak anak-anak bercuti kemana dan Ainaa sendiri dalam kepala ni sudah rangka percutian bersama keluarga dan bersama rakan-rakan. Cuti tiga bulan, memang banyak tempat nak pergi.


Kenapa mesti plan cuti awal-awal? Banyak manfaatnya kalau kita dah merancang dari sekarang dan antaranya sudah tentu kita akan dapat tiket penerbangan dan hotel yang murah! Tapi kali ini, dengan TRAVELOKA SALE-ABRATION, kita dapat menikmati diskaun yang lebih hebat dari biasa! Eh, betul ke? Sudah tentu YA dan promosi hebat ini memang sedang berlangsung jadi sesiapa yang tak nak ambil peluang ini memang rugi. Nak bercuti ke mana? Bandar Ho Chi Minh, Jakarta, Bangkok atau Shanghai? Sebut ke mana saja anda mahu pergi, boleh terbang dengan promosi bersama TRAVELOKA SALE-ABRATION!

APA ITU TRAVELOKA?

·                    Traveloka adalah satu platform bagi sesiapa yang ingin menempah tiket flight dan hotel domestic atau pun antarabangsa
·                    Sebarang tempahan flight dan hotel boleh dibuat menggunakan aplikasi Traveloka atau di laman web
·                    Anda akan dapat mencari flight dan hotel yang terbaik disamping dapat memaparkan harga yang rendah dan berpatutan!

THE traveloka SALE-ABRATION



·                     Nikmatilah tawaran penerbangan untuk pelbagai destinasi  DAN tak lupa juga tawaran hotel yang akan buat anda rambang mata!

·                     BUKAN ITU JE, Diskaun tambahan 8% sehingga RM40 untuk tempahan anda, dengan menggunakan kod kupon DEALFLY (sah digunakan hingga 19 Mac 2017) di halaman pembayaran.
·                     Tempah dari: 10 - 31 Mac 2017

*UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH LAYARI https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration*


Dah tengok promosi hebat penerbangan dan hotel yang ditawarkan Traveloka? Memang rambang mata dan rasa semua tempat je nak pergi. Promosi ini lah yang kita kena rebut dan tempat dari sekarang sebelum tarikh tamat tempahan Traveloka sale-abration ini. Ainaa sendiri pun dah senaraikan tempat-tempat yang Ainaa nak pergi dan sekali dengan hotel yang ditawarkan. Senang sangat nak merancang percutian dengan Traveloka dan Ainaa suka!


KENAPA ANDA TIDAK BOLEH LEPASKAN PELUANG TRAVEL BERSAMA TRAVELOKA SALE-ABRATION?

(MANFAAT MENGGUNAKAN TRAVELOKA)

Transaksi dalam talian yang selamat
Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. E-tiket atau baucar hotel akan diterima secara terus dalam emel anda.

 Hasil carian yang paling meluas
Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah dengan mudah. Cari hotel terbaik dari yang bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tigerair, Firefly, AirAsia dan banyak lagi.

Kad Saya, penempahan pantas, pembayaran selamat
Jimat masa dengan mendaftar butiran kad anda sekali sahaja untuk tempahan akan datang dan maklumat kad akan dilindungi sepenuhnya.

Khidmat Pelanggan 24/7
Perlu bantuan? Hubungi kami pada bila-bila masa melalui emel, telefon atau perbualan langsung.

Urus tempahan dalam talian anda
Log masuk untuk mengakses e-tiket/baucar hotel pada semua peranti anda, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.



Eh, kenapa masih termenung lagi? Jom kita plan cuti kita sekarang dan jangan sesekali lepaskan peluang ini. Promosi hebat seperti TRAVELOKA SALE-ABRATION ini susah tau nak jumpa. TEMPAH TIKET PENERBANGAN ANDA SEKARANG! Hanya di atas talian: https://www.traveloka.com/en-my/

Surprise Box Dari Lazada!

surprise box dari lazada, lazada suprise box, lazada 5th anniversary sale, lazada malaysia, lazada.com.my

Surprise Box Dari Lazada!

Semalam tepat pukul 2 pagi Ainaa baru je sampai rumah di Kelantan dan hari sebelum-belumnya Ainaa memang dah risau bila dapat tahu Lazada sudah pos SURPRISE BOX ke kampung memandangkan Ainaa beri alamat rumah. Kalau nak bagi alamat hostel takut pula tak sampai atau hilang. Tapi nasib baik tengah hari tadi ada posmen hantar parcel dan bila tengok kotak besar tu Ainaa dah dapat agak mesti dari Lazada. Fuhh, nasib baik Ainaa sempat balik dulu kan jadi boleh la terima surprise box dengan riang ribenanya! Hehe

Yalah, siapa saja pasti suka kan kalau dapat surprise dan apatah lagi kalau barang tersebut adalah percuma! Ainaa pun tadi dengan tak sabarnya gigih buka parcel tu kat tangga sambil ditemani mak Ainaa, memang tak menyempat dah nak bawa naik bilik. Mak Ainaa pun terlebih excited pulak lagi-lagi bila Ainaa dah buka surprise box tu. Dan bila buka, haaa! Surprise!

BARANG-BARANG DALAM SURPRISE BOX

surprise box dari lazada, lazada suprise box, lazada 5th anniversary sale, lazada malaysia, lazada.com.my

  1. NESTLE NESTUM BANANA CARAMEL (SPECIAL EDITION)
  2.  NESTLE OMEGA PLUS
  3. NESTLE CHEERIOS OAT CRISP
  4. MAGGI HOT MEALZ (KARI KARI KAW)
  5. MAGGI HOT MEALZ (KARI LAKSA AYAM)

Fuhh, Lazada ni tahu-tahu je Ainaa suka makan, nanti boleh lah Ainaa cuba kesemuanya dan kalau tak silap Ainaa la produk yang Ainaa dapat ni ada yang perisa baru atau lain dari shopping mall. Mami dan Abah Ainaa pun dah siap-siap cop nak yang mana dan nak cuba jugak. Okey, sabar-sabar. Nanti malam dan esok pagi-pagi kita cuba semuanya dan kalau nak tahu sedap ke tidak, tunggu Ainaa up entry pasal produk makanan-makanan ni semua ya.

Kau orang pun jangan lupa shopping di Lazada sempena ulang tahu Lazada yang ke-5 ini yang akan berlangsung pada 22 MAC HINGGA 24 MAC 2017. JOM SHOPPING DI LAZADA!

Reaksi Sepatutnya Ibu Bapa Bila Anak Mendapat Keputusan Peperiksaan



Seperti yang dihebahkan dua hari lepas adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar bagi yang lahir tahun 1999. Generasi terakhir budak-budak 90-an, lepasni generasi 90-an semuanya dah tua, tak ada dah gelaran kanak-kanak. Cakap pasal SPM ni kan, Ainaa ingat lagi kita orang dulu-dulu panggil tarikh tu sebagai tarikh 'maut' seolah-olah 'tarikh mati' untuk pelajar. Memang lah keputusan SPM sangat menakutkan kerana ramai yang kata itu adalah penentuan masa hadapan kita. Betul atau tidak itu terserah kau orang la. Tapi bagi Ainaa masuk IPTA atau tak itu rezeki masing-masing.

Jangan ingat keputusan rendah tak dapat IPTA dan jangan ingat yang tak dapat keputusan cemerlang tu tak ada masa hadapan. Itu semua dusta. SPM bukan la penentuan tetapi permulaan. Jadi untuk adik-adik yang bersedih dengan keputusan SPM jangan la sedih lama-lama, jangan putus asa, panjang lagi perjalanan nak ke menara gading tu. Bila-bila masa je kau boleh bangkit dan terus menuju puncak dik oi. SPM mungkin gagal, tapi masa depan kelak entah-entah kau yang paling berjaya berbanding yang dapat cemerlang. Jangan sesedih, okey.  Pesanan ni memang cliché tapi Ainaa nak tulis jugak sebagai sokongan untuk pelajar SPM 2016 ini.


NASIHAT KEPADA IBU BAPA :

Kepada mak ayah yang ada anak SPM dan mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan, tolong jangan pulaukan anak anda. Ainaa sedih betul bila tengok ada pelajar yang kena pukul dan maki oleh ibu bapa mereka sebabnya keputusan peperiksaan SPM mereka teruk atau gagal. Paling kesian bila kita tanya, budak tu ada je dapat 'A' dan mungkin bukan straight 'A'... Boleh pula mak ayah maki-maki anak tu di sekolah tu jugak, depan-depan orang ramai. Ya Allah, kesian la anak awak tu. Seteruk mana keputusan yang anak kita dapat, jangan sesekali lakukan perkara-perkara ini:

1) Maki atau marah anak tak kira di tempat awam atau di rumah
Pedih hati anak tu kalau mak ayah marah-marah dia. Sudah la kecewa dengan keputusan peperiksaan yang dia telah usahakan, tambah kecewa bila keluarga tak beri sokongan malah dimarahnya budak tu. Alahai, makcik pakcik tolong jangan jadi kejam. Tolong jangan lakukan mental abuse terhadap anak-anak. Dan kalau ya nak marah sayang (membebel) tu jangan di sekolah atau di tempat awam. Bukan setakat anak kita yang malu, dengan makcik pakcik sekali orang akan kata. Orang kata anak kita dapat keputusan SPM teruk tak apa, jangan orang kata kita ibu bapa yang tak berhati perut.

2) Bandingkan keputusan anak dengan orang lain
Ini pun dikira mental abuse. Jika mak ayah selalu mengungkit dan bandingkan keputusan peperiksaan anak yang tak memuaskan dengan keputusan peperiksaan orang lain yang cemerlang, tak kira sama ada adik-beradik dia sendiri, sepupu-sepapat atau anak orang lain... JANGAN! Stress budaknya nanti. Silap-silap budak tu boleh jadi pedendam. Jangan nak buat perbandingan anak kita dengan orang lain sebab setiap anak ada kelebihan yang tersendiri. Mungkin akademik anak kita gagal, tapi mana tahu bidang lain dia mahir. Kita sebagai ibu bapa yang main peranan cari kelebihan anak kita, cungkil bakat yang tersembunyi. Jangan ingat bodoh dalam akademik maka bodoh dalam segala hal. SALAH SAMA SEKALI! Tolong la ubah pemikiran tu.



Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkannya suka marah-marah anak bila dapat keputusan buruk dan ianya bukan tindakan yang betul. Ya, Ainaa tahu sebagai ibu bapa mesti la nak anak dapat keputusan yang cemerlang kan tapi kalau dah anak tu dah usaha cuma bila time exam adalah tu dia tersalah buat ke apa, dan bila keluar result tu jangan la maki anak tu. Sebagai orang tua kita patut boleh fikir rasional dan lebih bertenang terima apa saja malah orang tua yang patut mainkan peranan besar untuk beri sokongan walau result teruk.

Ainaa ingat lagi time Ainaa nak SPM tahun 2014, Ainaa bukan main pulun belajar dan target tinggi mana yang Ainaa rasa boleh dapat... Sekali hari pertama exam SPM Ainaa jatuh sakit teruk dan boleh dikatakan sepanjang peperiksaan SPM tu Ainaa terganggu. Bila kita sakit, nak jawab exam pun terganggu dan bukan fizikal je terjejas, mental pun terkena tempias. Sepanjang SPM tu kerja Ainaa fikir negatif dan menangis je. Hati pun asyik sensitif.

 Nasib baik mami abah yang banyak beri sokongan, yang kata "jangan risau apa-apa sebab Ainaa dah usaha. Kalau tak boleh nak buat macam mana. Usaha pun dah.". Ainaa pun bila mami abah kata macam tu, Ainaa tawakal dan pesan siap-siap jangan taruh harapan dengan result nanti. Tapi, bila keputusan peperiksaan SPM keluar.... Alhamdulillah syukur sangat walau tak dapat yang target tapi masih ada dan jauh menyimpang dari sangkaan Ainaa yang ingat Ainaa akan gagal. Tapi tak banyak la yang dapat dan abah masih boleh senyum sambil melawak cakap "banyak dah tu 'A' nak banyak-banyak sangat buat apa". Haha Abah memang sempoi dan Ainaa syukur bila dapat mami abah yang selalu bagi sokongan kat anak-anak. Tambah bersyukur bila dapat panggilan ke UIA dan sudah tentu orang yang paling gembira adalah mami abah. 



Rezeki yang tak dijangka-dijangka kita tidak tahu. Jadi jangan cepat mengalah, jangan kata diri kita tak berguna, jangan kata kita tak ada harapan. Eh, dik, makcik pakcik, SPM tu bukan penentuan hidup laa. Gagal sekarang tak semestinya akan gagal selamanya. Berjaya sekarang tak semesti akan terus berjaya. Be positive, okay.

BE ZALORA’S FASHION BLOGGER FOR ZCOOP MAGAZINE

zalora, zalora malaysia, magazine writer, fashion blogger, zcoop magazine, be zalora's fashion blogger for zcoop magazine

Hello, guys! Today I would like to introduce to all of my readers about fashion and Zalora. Deep down inside, I know all girls love fashion and they all want to be beautiful but it depends on individual on how they want express it. So I think some of you might interest with fashion magazine, right?

For those who have been planning on how to grow as a writer and dream of providing your ideas to a magazine, you are definitely at the right place now as ZALORA is opening up new slots for any passionate individuals out there who are looking for a platform to share their amazing article ideas on various topics. You will have the chance to participate as ZALORA’s Malaysia magazine as a contributing fashion blogger or known as contributing writer and share your fascinating stories with our wide reader base.


Furthermore, you can choose to write in any category from beauty, fashion, travel, lifestyle, career, recipes, health, relationships and more. Be discovered by being part of the creative team as ZALORA has over 3.7 million visitors since March 2015 which will definitely give your stories the broadest exposure you can get by participating in this project. Sound good, right? Okay guys, keep reading if you want to know more about this.


zalora, zalora malaysia, magazine writer, fashion blogger, zcoop magazine, be zalora's fashion blogger for zcoop magazine


Are you interested in becoming a part of the ZCOOP ZALORA Magazine family as a writer? If yes, here is how you do it! Simply drop us an email and your sample article to ZALORA ZCOOP Digital Magazine Editor-in-Chief, Aini Shah at nurul.aini@my.zalora.com . Send in your best article for review and introduce yourself.  The best thing is you can choose to write whether fully Bahasa or English for the digital magazine. How awesome is that?


zalora, zalora malaysia, magazine writer, fashion blogger, zcoop magazine, be zalora's fashion blogger for zcoop magazine


Follow this stated format for the subject line: [COUNTRY] [CATEGORY] - [TITLE] – [AUTHOR NAME]. Besides that, write to us a brief description of your article idea (e.g. “400-word article on travel) in the body of your email and also send along a couple of writing samples (if you have any). We will evaluate from there and get back to you as soon as possible. We invite all the individuals who live to write and who love fashion. Grab this chance now!

Lecturer Yang Cemburu

Hari ini hari Khamis dan rasanya jiwa Ainaa sudah terbang balik Kelantan. Al-maklum la tak sabar nak cuti mid-sem yang akan bermula esok tapi cuti Ainaa hari ni pun dah bermula bila lecturer cancel kelas. Hehe Itu yang rasa dua tiga menjak ni aktif dan gembira semacam je, ada meeting sampai tengah malam pun masih bertenaga sebab hati tengah berbunga-bunga. Apa ingat orang bercinta je hati boleh berbunga? Eh Ainaa sebut je cuti terus kembang setaman hati pun senang, yang lembik dengan meeting, assignment dan kelas pun boleh terus aktif dan bertenaga jadinya. Alaa Ainaa tahu la kau orang semua pun sama kan, kan.

lecturer yang cemburu, lecturer, mid semester, mid sem, mid term, uia, uia gombak, iium,


Sebab hati tengah tak sabar nak tunggu keluarga Ainaa datang jemput itu yang rajin up satu entry padahal depan mata penuh kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Cakap pasal kerja assignment ni kan... Haish, dengki betul la lecturer ni. Pantang kita ada cuti, pantang nampak semua dah tak sabar nak balik kampung, dan-dan tu juga semua lecturer nak bagi assignment. Dan yang paling 'BEST' bila semua assignment, presentation, quiz untuk kelima subjek yang Ainaa ambil tu nak selepas cuti mid-sem. Maksudnya cuti seminggu ni tak ada maknanya cuti. Lecturer ni memang kan, cemburu dengan kita.

Yang mana lecturer dah awal-awal 'dera' students dia sebelum cuti mid-sem bermula ni memang untung la sebab boleh bercuti seminggu ni sepuas-puasnya. Memang la terseksa tapi berbaloi sebab selepasnya dapat la top up balik tidur yang tak cukup tu untuk seminggu. Tapi tak apa lah ya, pandai-pandai kita bahagikan masa cuti ni supaya nanti balik hostel semula tu dah dapat siapkan semua assignment dan get ready untuk presentation yang akan datang bertubi-tubi pada hari yang sama dan minggu yang sama. Kita redha je bila lecturer yang cemburu.

Hujung Minggu Di Bukit Broga

Assalamualaikum dan hai semua. Seminggu tak sempat nak update entry tapi hari ini Ainaa rajinkan diri dan curi-curi taip sambil mata intai notes nak mid-term minggu hadapan ni. Yang mana dah lama ikut blog Ainaa, mungkin tahu la yang Ainaa memang suka hiking sejak 2014 lagi. Last Ainaa dapat hiking adalah tahun lepas di Gunung Stong dan itu kali kedua Ainaa panjat Gunung Stong, Kelantan. Itu lah yang terakhir sebelum sibuk depan final sem dan final exam asasi dan lepas tu masih tak boleh hiking disebabkan musim hujan. Banyak betul halangan padahal hati ni dah meronta-ronta nak redah hutan dan menghayati kenindahan alam semula jadi.

Jadi bila kelab yang Ainaa join ni ada buat trip ke Bukit Broga, apa lagi... Kita join jela walau mula-mula tu ragu nak sertai. Yalah, nak exam kan. Tapi itu lah bila fikir balik apa salah beriadah panjat Broga biar badan sihat dan minda pun cergas. Lagi senang nak baca dan hafal untuk exam mid-term nanti kan. Lagipun Ainaa dah baca kesemua chapter yang akan masuk exam cuma nak buat revision je dan ingat yang mana tak ingat tu.

hiking, hiker malaysia, bukit broga, broga hill, hujung minggu di bukit broga, broga,


hiking, hiker malaysia, bukit broga, broga hill, hujung minggu di bukit broga, broga,


hiking, hiker malaysia, bukit broga, broga hill, hujung minggu di bukit broga, broga,


Dulu Ainaa datang Broga dengan abang-abang Ainaa, tahun 2015 dan sayangnya panjat tak sampai puncak Broga disebabkan masalah kesihatan. Nama pun Broga, masa daki bukit tu bukan dikelilingi pokok-pokok sangat dan tanah pun berdebu jadi yang ada asma macam Ainaa memang kena pakai mask. Nasib baik pagi tadi Ainaa pakai instant shawl jadi boleh buat macam pakai purdah, macam mask. Tak adalah semput lagi. Pukul 6.30 pagi kita orang dah berkumpul tapi bertolak dari UIA Gombak jam 7.30 pagi (TERIMA KASIH SANGAT KEPADA YANG JANJI MELAYU TU). Dari Gombak nak ke Broga, Semenyih tu dalam sejam saja dan kami mula mendaki pukul 9 pagi. Haa yang ni Ainaa sakit hati gila bila sampai je tempat parking kereta bawah kaki bukit tu ada amoi-amoi yang cekik darah jaga tandas kat situ, dan bila nak masuk? SERINGGIT! Amboi, manyak licik punya amoi mencekik darah orang.  Hish, geram pula bila ingat balik muka amoi-amoi tu. Okey, lupakan amoi cekik darah tu kita sambung cerita best.

Ainaa lupa la pukul berapa sampai puncak lagi pun Ainaa banyak berehat ambil gambar dan sambil tu nak legakan perut sebu plus pening kepala disebabkan pagi tu sarapan roti saja. Nasib baik la datang kekuatan yang tersembunyi ni untuk sampai ke puncak dah alang-alang datang kan. Sudah laa yang first time dulu naik Broga tak sampai puncak jadi tak akan la kali ni pun nak mengalah? NO WAY lah, bro. Rugi sangat-sangat kalau tak guna peluang yang ada untuk melihat dunia dari atas, tengok keindahannya.... SubhanaAllah, memang cantik sangat view dari puncak. Tak kira la Gunung Stong ke Bukit Broga ke Bukit Gasing atau mana-mana bukit dan gunung, ianya sangat indah tahu. Pemandangan yang kau orang tak akan dapat merasainya kalau tak nak cuba aktiviti lasak ini.

hiking, hiker malaysia, bukit broga, broga hill, hujung minggu di bukit broga, broga,


hiking, hiker malaysia, bukit broga, broga hill, hujung minggu di bukit broga, broga,


hiking, hiker malaysia, bukit broga, broga hill, hujung minggu di bukit broga, broga,



Boleh cuba naik Broga ni kepada yang nak mencuba/newbie. Bukan nak kata tak mencabar, kalau tak mencabar tak akan la tangan Ainaa sampai terkoyak kulit sebab terkena tali time turun tu. Mencabar juga dan setiap bukit dan gunung ada cabarannya tersendiri. Cuma Bukit Broga ni tak setinggi bukit dan gunung yang lain, tak perlu guide dan sesuai untuk newbie.


Melawat Ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang


Dari zaman sekolah lagi Ainaa berminat sangat nak join aktiviti social macam ni dan akhirnya tercapai juga bila assignment Ainaa untuk satu subjek ni, kita orang perlu buat kerja amal di rumah orang tua. Jadi kumpulan Ainaa seramai lapan orang pun pilih Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang untuk beramah-mesra dengan orang tua-tua memandangkan kita orang semua tak pernah lagi join aktiviti amal macam ni. Bertarikh kelmarin, 6 Mac 2017, kita orang pun sewa kereta dan pergi ke sana. Mula-mula itu agak janggal la dan tak tahu nak buat macam mana. Lagipun kebanyakkan makcik-pakcik di Pusat Jagaan Al-Fikrah adalah orang tua-tua yang terlantar sakit, ada yang berkerusi roda, ada yang OKU dan tak ramai makcik-pakcik yang boleh berjalan. Jadi kami agak kelam-kabut bila kumpulan kita orang lapan orang je dan semuanya perempuan sedangkan penghuni Al-Fikrah lebih kurang 70 orang semuanya.

Nasib baik juga pada hari yang sama ada pelajar-pelajar politeknik dari Nilai yang datang ke sana dan mereka pula majoriti lelaki, kita orang lapan tu semua perempuan. Jadi lagi meriah bila gabungkan dan kita orang pun dapat layan semua pakcik-makcik tanpa ada yang terasa hati. Yang Ainaa cerita kalut tu, sebab mula-mula datang kami berlapan dan ada lah kumpulan Ainaa buat sandwich untuk makcik-pakcik... Masa itu lah agak kelam-kabut bila seorang pakcik ni panggil, baru jalan nak pergi kat pakcik tu.... Pakcik yang lain pula yang cuit duk panggil-panggil. Haa, sampai tak tahu nak tunaikan perminat pakcik-makcik yang mana dulu.

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang
Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang


Tapi kejap je kita orang kelam-kabut. Yalah, mula-mula kan. Selepas itu? Seronok sangat! Dapat bawa makcik-pakcik pergi kebun untuk sembang-sembang sementara kita orang pula berkebun, dapat borak-borak dengan pakcik-makcik dan main teka-teki, layan pakcik-makcik karaoke lagu-lagu lama dan dapat suap makanan kat mereka. Pengalaman yang kita orang tak pernah rasa, memang digunakan sehabis-habisnya untuk kutip pengalaman tu. Sebelum ni biasanya mereput dalam bilik, tapi kali ini kita guna tenaga dan kasih-sayang kepada pakcik-makcik. Seronok tahu layan pakcik-makcik berborak. Dia orang semua pandai buat lawak dan kita pun bila dapat hiburkan pakcik-makcik, rasa bahagia je.

Jadi sesiapa yang nak rasai pengalaman ke rumah orang tua-tua, boleh la pergi Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang. Atau yang mana sibuk, tak sempat nak ke sana tapi mampu dari segi kewangan, boleh salurkan bantuan ke Al-Fikrah. Lagipun mereka memang hanya bergantung sepenuhnya pada sumbangan orang ramai. Jadi di alu-alukan siapa saja yang nak beramal boleh layari facebook, PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA.

Jangan Mengeluh! - "Aku Penat Sangat"



Bermulanya bulan tiga ini, tiba-tiba je rasa semua kerja datang serentak. Biasa lah kan di pertengahan semester memang macam tu lebih-lebih lagi kalau kita ada terlibat dengan kelab, sibuk kita tu sampai bayang roommates sendiri pun tak sempat nak tengok. Pagi-pagi dah keluar pergi kelas balik dah maghrib lepas itu keluar semula ada meeting atau discussion dan bila balik bilik terus cari bantal. Itu lah yang Ainaa rasa untuk minggu ini. Kadang-kadang tu rasa serba salah sebab tak sempat nak tegur kawan-kawan sebilik, bila dia orang ajak makan sama-sama pun kita tak boleh nak ikut tetapi nak buat macam mana kan.... Student life memang macam tu. Tambah pula Ainaa sekarang busy dengan kelab Ainaa yang akan sertai ekspo minggu hadapan. Haa yang tu lagi lah, minggu ekspo lagi, mana nak hadap kuiz dan assignment. Oh, Ainaa bukan nak mengeluh. Tahu diri kita ni mana nak layak mengeluh hanya sebab itu kan.

Ainaa cakap Ainaa busy dengan ekspo yang akan datang minggu depan, sebagai balasan Ainaa dapat ilmu dan pengalaman. Untuk ekspo itu Ainaa jadi program manager buat kali pertama dan Ainaa dapat ilmu cara nak buat proposal walaupun bukan sepenuhnya yang Ainaa buat - Terima kasih president Social Entrepreneurship Club dan terutamanya Tasnim dan Syafaf yang tolong Ainaa buat proposal itu sampai jam satu pagi. Nampak tak kat situ? Buat apa mengeluh kita sibuk, penat sedangkan kita hanya korban sedikit masa rehat dan masa berhibur demi untuk dapatkan ilmu dan pengalaman. Kalau Ainaa tak join kelab ini dan tak sertai pun jadi mainboard club... Ainaa tak rasa Ainaa akan dapat ilmu perniagaan dan pengalaman kecuali la kalau Ainaa join mana-mana program usahawan macam Dr.Azizan ke itu lain la. Ini kita sendiri yang praktis, kita sendiri yang merasainya. Betul tak?


Be A Better Muslim

To be a better muslim, how to be a better muslim, muslim, muhasabah, be a better muslim


Dari hari ke hari berlalu, tak sangka kan sekarang kita sudah masuki bulan ke tiga dari dua belas bulan. Rasa seperti ambang tahun baru 2017 baru je dirasai tapi rupa-rupanya sudah dua bulan berlalu. Sepanjang dua bulan ini apa saja yang kita buat, yang kita lakukan? Dua bulan berlalu, ada ke perbuatan kita yang menyenangkan mak ayah dan menjaga mereka dengan kasih sayang? Dalam tempoh yang singkat ini, sebanyak mana ilmu yang kita peroleh? Tak kisah la ilmu dunia atau ilmu akhirat, apa saja yang kita dapat? Dua bulan ini, ada kita perbaiki diri menjadi yang lebih baik? Sikit pun jadi lah. ADA KE?

Ayat yang selalu orang guna, 'cepatnya masa berlalu', 'eh, pejam celik pejam celik je'. Cakap saja boleh, tapi di mana usaha kita selama tempoh yang berlalu pergi? Fikir balik apa yang kita telah lakukan sepanjang dua bulan tahun 2017 yang telah berlalu ini. MUHASABAH DIRI. Sesekali kena 'sentap' kan diri sendiri sebab bila kita tak muhasabah, sampai bila-bila kita duduk di takuk yang sama. Nak jadi mujahid-mujahidah kena sentiasa perbaiki diri dan terus istiqamah untuk menjadi 'a better muslim'. Tak perlu lakukan perubahan secara drastik, perlahan-lahan juga boleh selagi mana kita kuat untuk lawan nafsu, hasutan dan dugaan.


"O Allah, I need Your help to be a better muslim. I know I make it hard on myself and don't try as hard as I should but please don't give up on me."

Makanan Yang Patut Dicuba Di Kelantan

kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


Negeri Pantai Timur ini memang kaya dengan pelbagai makanan tradisi turun-temurun dan antaranya sudah tentu lah Nasi Kerabu dan Budu. Uish, sedapnya. Memang kegemaran Ainaa la tu makan budu, tak ada kuah pun tak apa letak je budu depan mata tiga kali tambah nasi jawabnya. Nak pula kalau dalam budu tu letak sekali dengan lada tiga-empat biji dan buah pauh.... MashaAllah rasa nikmat sangat-sangat bagi peminat budu macam Ainaa. Yang bukan orang Kelantan mungkin tertanya-tanya apa lah yang disedapkan sangat dengan budu tu tapi bagi kami seumpama kau makan makanan hotel lima bintang. Haha Hiperbola pulak tapi ada je orang Kelantan sendiri yang tak makan budu atau tak berapa gemar. Okey kita berhenti cakap pasal budu, sekarang ni siapa-siapa yang datang Kelantan sebab bercuti ke, ada kenduri kahwin atau apa-apa saja lah... Kalau datang Kelantan WAJIB cuba makanan-makanan yang disenaraikan di bawah ini. Sedap atau tak itu terserah lidah kau orang lah, tapi makanan-makanan yang ni memang femes di Kelantan.



MAKANAN YANG PATUT DI CUBA DI KELANTAN:


1) NASI KERABU DAN AYAM PERCIK
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Nasi kerabu ni best kalau makan dengan daging bakar atau ayam bakar madu. Nak makan nasi kerabu ni tak perlu ada masa, nak makan waktu pagi ke tengah hari ke malam boleh saja tapi kebiasaanya orang makan nasi kerabu pagi dan malam. Nak lagi sedap makan sekali dengan solok lada dan telur masin, itu bagi siapa yang suka makan solok lada dan telur masin la. Kalau Ainaa tak minat sangat. Dan sudah tentu nasi kerabu Kelantan jauh lebih sedap dari nasi kerabu di tempat lain. Sebab itu kena cuba kalau datang Kelantang, original punya lagi sedap.


2) KUIH-MUIH KELANTAN
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Sejujurnya walaupun Ainaa anak jati Kelantan, tapi Ainaa tak tahu jenis-jenis kuih Kelantan. Memang tak tahu langsung sebab kuih tradisional Kelantan banyak sangat jenisnya dan Ainaa pun bukan minat sangat kuih-muih ini walaupun sedap. Tapi kau orang kalau datang memang kena cuba makan kuih-muih Kelantan. Ainaa bawa kawan-kawan dari Johor dan Selangor pun dia orang semua pakat nak beli dan cuba sedangkan Ainaa Kelantanese sendiri tak makan.


3) GEARBOX SOUP/KARI & TEA BENG JEBOK (TEH AIS)
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Yang ni WAJIB! Sedap sangat-sangat wei kalau datang Kelantan tak cuba ni memang sia-sia je. Gearbox soup ni kalau makan dengan nasi tapi ada juga kari gearbox yang sedap dimakan dengan roti canai. Memang sedap tapi kau orang kena pandai pilih tempat lah. Malam-malam rasa nak makan roti canai cicah pula kari gearbox, pergh nikmat bak hang! Makan tengah hari pula makan nasi dan sup gearbox panas-panas. Itu bukan setakat jilat tangan, dengan tulang gearbox tu sekali kau nak sedut!


4) NASI TUMPANG
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Jangan tanya Ainaa kenapa nama dia 'Nasi Tumpang' tapi dalam golongan makcik-pakcik memang femes nasi tumpang ni dan ada je orang belia yang suka makan (yang pasti, bukan Ainaa). Seperti dalam gambar nasi tumpang dibungkus cara siput bergulung macam tu dan intinya pula nasi, serunding, kuah gulai ikan kuning kalau tak silap.


5) NASI KAK WOOK
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Zaman Ainaa sekolah dulu-dulu, setiap kali balik sekolah atau pun hujung miggu ada kalanya ayah Ainaa bungkuskan nasi Kak Wook ni. Ainaa suka kuah gulai ayam dan ayam gorangnya sebab memang rasa sedap.


6) BABA ICE CREAM
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Ainaa pernah rasa yang di pasar pagi punya je, yang sebenar ada di Rantau Panjang dan dari tempat Ainaa nak ke Rantau Panjang tu sangat jauh. Ainaa tak tahu laah yang Ainaa makan tu sama sedap seperti BABA ICE CREAM tu.


7) GULAI SERATI
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


8) LAKSAM
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


9) COCONUT ICE CREAM
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


10) ROTI TITAB
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


Nampak sedap kan? Nama memang pelik-pelik tapi bila makan best! Tak percaya kena lah pergi Kelantan dan cari makanan tu semua sebab Kelantan banyak makanan yang sedap dan unik. Yang tak boleh dicari di negeri lain dan kalau ada pun memang tak akan sama.


(SEBARANG KOMEN BENTUK POLITIK ATAU RACIST TAK AKAN DIAPPROVE)

Review: Surga Yang Tak Dirindukan

surga yang tak dirindukan, filem indonesia, syurga yang tak dirindukan, indonesia, fedi nurul, cintya bella, review surga yang tak dirindukan


Siapa dah pernah tengok filem indonesia ini? Ainaa tahu kewudujan filem ini pun sebab heboh di laman sosial tentang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang orang-orang kata sedih sampai sepanjang dalam panggung dua jam tu jugak asyik nangis je. Ainaa tak minat sangat cerita-cerita sedih ni itu yang malas nak tengok dan lagipun part 1 punya tak pernah tengok lagi. Tapi terjebak juga sebab roommates Ainaa dia orang rembat Ainaa punya laptop dan tengok Surga Yang Tak Dirindukan secara online. Dengan Ainaa sekali tertengok pula cerita tu tapi bila tengok cerita sedih plus madu ni, memang mulut Ainaa tak berhenti komplain itu ini. Kau orang (roommates) redha je lah ya siapa suruh kacau line aku nak tengok cerita Irie-kun. Apa pun siapa yang nak tengok filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, kena la tengok yang pertama dulu baru tahu macam mana ceritanya sebenar. Untuk itu, Ainaa nak review cerita Surga Tak Dirindukan 1 ini serba sedikit.


REVIEW FILEM SURGA YANG TAK DIRINDUKAN:


Ceritanya kisah pasangan suami isteri yang bahagia, Prasetya (Pra) dan isterinya, Arini. Pada mula-mula cerita Pra dan Arini hidup bahagia dengan anak mereka Nadia dan tambah pula Pria adalah seorang yang penyayang dan setia pada isterinya. Tapi tak lama selepas itu, ada satu kejadian malam tu Pra selamatkan Meirose yang terlibat dalam kemalangan dan bawa ke hospital. Meirose ni belum kahwin tapi sedang mengandung dan time eksiden tu pula doktor terpaksa bedah untuk keluarkan anak Meirose. Entah apa yang gila sangat Meirose ni dia nak terjun bangunan tapi datang la Pra sekali lagi untuk selamatkan Meirose dari bunuh diri dan boleh pula Pra ni pun sengal tawarkan diri kahwin dengan Meirose. Jadi selepas tu Meirose sah jadi isteri kedua Pra dan perkahwinan dia orang ni tanpa pengetahuan Arini, iaitu isteri pertama Pra.

Nak pendekkan cerita, Arini ni bijak. Cepat je dia dapat tahu yang Pra kahwin lain dan Arini sendiri yang pergi cari Meirose di rumahnya. Okey, dah boleh agak lepas tu? Mesti la dia Arini ni mengamuk dan gaduh-gaduh dengan Pra. Nasib baik tak ada scene tarik-tarik rambut antara Arini dan Meirose ni, sebab Meirose pun baik je dalam cerita tu. Pra keluar dari rumah isteri pertama dia lepas Arini ugut nak lari dari rumah. Tapi lama-lama dia orang berbaik semula sebab anak mereka Nadia dan dalam masa yang sama dah kena tazkirah dah dengan mak Arini. Maka berbaiklah mereka semua, Pra, Arini, Meirose, Nadia dan baby Meirose (lupa nama apa). Tak lama lepas itu Meirose buat keputusan untuk tinggalkan anak dia pada Pra dan Arini, dan Meirose pula bawa diri sebab tak nak kacau rumah tangga Arini. TAMAT.


Haha Memang betul-betul tamat macam tu je. Nak tengok sambungannya kena lah tengok pula SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 di pawagam. Petang tadi kawan Ainaa ajak sebenarnya tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2 tapi sebab kita orang tak nak lah sampai balik malam, jadi lain kali je lah. Tunggu je nanti tengok dalam internet mesti ada punya. Yang nak tengok SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 1 boleh klik link di bawah ini.




Untung Lebih Dengan Menjana Pendapatan Bersama ezbuy.my

Hai semua, mari kita mulakan hari-hari kita dengan senyuman walau pun banyak masalah yang sedang dialami. Sudah menjadi lumrah hidup manusia, setiap orang pasti mempunyai masalah masing-masing tak kira lah masalah dalam segi keluarga, kerja, kesihatan mahupun masalah kewangan. Tetapi, kalau diikutkan zaman sekarang ini memang ramai rakyat yang mengalami masalah kewangan, ditambah lagi dengan tiada peluang pekerjaan dan harga barangan yang naik mendadak. Siapa saja yang tidak susah hati kan kalau harga barang naik dan pendapatan kita pula tidak cukup untuk menampung kehidupan harian atau kita tidak mempunyai langsung pendapatan. Memang berat kepala bila difikirkan dan sebab itu lah kita digalakkan untuk mulakan bisnes sendiri untuk menjana pendapatan.


ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business, menjana pendapatan dengan ezbuy.my, untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business

MENJANA PENDAPATAN DENGAN EZBUY.MY


APA ITU EZBUY.MY ?

Ezbuy adalah pembekal yang menyediakan perkhidmatan membeli-belah di atas talian (online) yang ditubuhkan pada 2010. Ezbuy juga adalah platform membeli-belah terbesar di luar negara dan sangat terkenal pada masa ini. [READ MORE ABOUT ezbuy]. Ezbuy.my ini tidak seperti platform membeli-belah yang lain, pelanggan hanya boleh membeli dengan harga pasaran namun berlainan pula dengan ezbuy, pelanggan dapat membeli dengan harga yang sangat murah iaitu harga borong dan boleh dijual semula kepada orang lain untuk dapatkan untung yang lumayan. Sebagai contoh, kita membeli kasut dari ezbuy.my dengan harga RM8 dan dijual semula dengan harga pasaran, RM39.90.... Memang banyak kan untung yang kita dapat dari menjual barangan di ezbuy.my. Selain dapat menjana pendapatan, kita juga dapat memenuhi kehendak pasaran atau pelanggan dengan menjual barangan tersebut dengan harga murah.


SENARAI BARANGAN YANG BERPOTENSI UNTUK DIJUAL SEMULA 

Terdapat banyak barang dan benda yang yang boleh dijual semula bersama ezbuy.my tetapi senarai di bawah ini adalah barang-barang yang berpotensi untuk dijual semula kerana permintaan yang tinggi. Antaranya,

1) Produk dan Barang-Barang Kecantikan
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business, menjana pendapatan dengan ezbuy.my, untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business

Produk kecantikan ini mendapat permintaan yang tinggi kerana wanita-wanita di luar sana pasti ramai yang ingin membeli produk kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan menawan. Selain itu, seperti yang diketahui ramai produk kecantikan dari Korea memang sangat terkenal dan ramai yang berebut-rebut untuk dapatkan produk kecantikan dari Korea. Jadi produk kecantikan yang dijual di ezbuy.my ini ada potensi untuk dijual semula dan mendapat untung dari menjual produk-produk kecantikan ini.


2) Pakaian Wanita dan Lelaki
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business, menjana pendapatan dengan ezbuy.my, untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business

Pengikut fesyen yang ingin kekal bergaya pasti tercari-cari pakaian yang kelihatan elegant namun dengan harga berpatutan. Ezbuy.my juga pembekal pakaian wanita dan lelaki yang mengikut fesyen terkini.


3) Kasut, Beg dan Aksesori
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business, menjana pendapatan dengan ezbuy.my, untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business

Kasut, beg dan aksesori-aksesori yang dijual di ezbuy.my ini berpotensi untuk dijual semula kerana selain harganya murah, kasut dan beg juga sangat cantik dan sudah tentu dapat menarik minat ramai untuk membelinya. Lebih-lebih lagi sekarang ini beg yang dijual di Internet menjadi buruan remaja di luar sana tak kira lah sama ada purse, beg galas atau handbag. Kesemuanya mendapat permintaan yang tinggi.


4) Aksesori Telefon
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business, menjana pendapatan dengan ezbuy.my, untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business

Aksesori-aksesori gadget juga salah satu barang yang berpotensi untuk dijual semula jika membeli di ezbuy.my. Jika dilihat di Facebook dan Instagram, ramai penjual aksesori telefon yang menjual barangan ini dan kebanyakannya aksesori yang di import dari overseas. Begitu juga dengan ezbuy, kita boleh membeli dan menjualnya semula untuk dapatkan untung yang lebih.


DAFTAR PRIME DAN DAPATKAN MANFAATNYA!

ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business, menjana pendapatan dengan ezbuy.my, untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my
ezbuy.my, ezbuy, ezbuy prime, prime membership, ezbuy business

Selain itu, dengan ezbuy.my juga kita boleh mendaftar Prime dengan harga trial RM18.80 atau RM188 setahun. Jika mendaftar Prime, kita boleh membeli-belah sebanyak mana pun barang (yang bertanda Prime) dengan harga shipping HANYA RM8.80 PER CHECKOUT! Murah sangat-sangat kan. Sangat berbaloi dengan mendaftar Prime untuk menikmati harga shipping RM8.80 per checkout walau banyak mana pun barang Prime yang dibeli dari ezbuy.my.


Sangat rugi kepada siapa yang lepaskan peluang untuk dapatkan untung lebih dengan menjana pendapatan bersama ezbuy.my ini. Peluang sudah berada di hadapan mata, kita hanya perlu bertindak sekarang dan rajin promosi kan produk yang di jual. Jangan lepaskan peluang yang ada dan rebut peluang ini sepantas mungkin. Jangan lupa untuk mendaftar Prime juga jika ingin menikmati harga penghantaran dengan hanya RM8.80 per checkout. Semua mudah, cepat dan untung bersama ezbuy.my.


DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.