Tabung Syria Sasaran RM50K Sebelum 10 Januari 2017

muslim volunteer malaysia, tabung kecemasan misi kemanusiaan syria


JANGAN ABAIKAN POST INI SEHINGGALAH ANDA DAH "SHARE" MENGENAI "TABUNG KECEMASAN MISI KEMANUSIAAN SYRIA INI!

Presiden @muslimvolunteermalaysia, Muhammad bin Jantan telah mengadakan perjumpaan tergempar bersama Presiden Malaysia Lifeline for Syria (MLLFS), Tuan Syahrir Azfar pada 19 Disember yang lepas.

Kata sepakat telah dicapai di mana pihak @muslimvolunteermalaysia akan mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk disalurkan ke kempen Misi Musim Sejuk 4.0 yang dijangka akan dihantar pada awal januari 2017.

Presiden MVM bersama unit Media MVM sendiri akan turut bersama-sama team MLLFS untuk turun padang bagi menghantar sendiri dana bantuan tersebut.


MISI BANTUAN MUSIM SEJUK 4.0

Sasaran : RM50,000
1 Tajaan : RM50 untuk kit musim sejuk
Jumlah sasaran : 1000 orang x RM50 = RM50,000


Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
CIMB Islamik (8602 5378 07)
Email : untukmusyria.mvm@gmail.com


Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut:

---> https://www.billplz.com/SyriaMVM

URGENT!
URGENT!
URGENT!

ADAKAH ANDA SANGGUP MELIHAT SAHAJA?

BANTU KAMI SEBARKAN SEKARANG.


Tarikh tutup bantuan 10 Januari 2017 , kita hanya ada masa beberapa hari sahaja lagi sebelum bantuan dihantar.

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Maklumat lanjut: https://mvm.org.my/tabung-kecemasan-misi-kemanusiaan-syria

#muslimvolunteermalaysia #untukmusyria

muslim volunteer malaysia, tabung kecemasan misi kemanusiaan syria

Sengsara Makan Seafood

makanan laut, alergik makanan laut


Nak update blog pun tak ada mood bila mata sebelah kiri ni bengkak dan asyik berair disebabkan makan seafood! Sabtu malam haritu Ainaa keluar makan maggie ketam dengan family. Ya, sebelum-sebelum ni pun walau Ainaa tahu ada alergik dengan makanan laut, biasanya kalau makan jugak gatal-gatal je di bahagian muka. Habis-habis bengkak bibir tu pun kejap. Ini tiba-tiba boleh bengkak mata dan semakin lama semakin sakit! Mungkin laa, sebelum makan maggie ketam tu Ainaa ada masak nasi goreng letak ikan bilis banyak-banyak..... Lepastu makan maggie ketam dan pagi esoknya makan nasi goreng udang. Itu sebabnya kut mata jadi bengkak. Sebelum ni mana pernah mata bengkak sebab seafood.

Kelmarin tak ada lah bengkak sangat tapi hari ini semakin bengkak dan semakin sembab sampai kalau nak tunduk pun rasa macam nak tercabut mata ni hah. Tidur pun asyik terjaga-jaga sebab sakit sangat kat mata kiri. Kalau yang ada alergik seafood macam Ainaa ni tahu lah macam mana, walau tak boleh makan tapi degil nak makan jugak. Memang kebanyakannya macam tu, lepastu tanggung sendiri je la sengsaranya kan.

Sikap Fattah Amin Terhadap Peminat

sikap sebenar fattah amin, sikap fattah amin terhadap peminat, perangai sebenar artis

Wanita Ini Tegur Seorang Artis Lelaki Untuk Berselfie & Respon Diterima Sangat Tak Disangka!


Baru-baru ini drama lakonan pelakon ini memang trending no 1 di twitter. Selepas drama itu menjadi sebutan netizen, nama pelakon ini juga semakin melonjak naik. Dan semalam seorang peminat tiba-tiba tegur pelakon ini dan mahu berselfie ketika terserempak di depan salah sebuah butik tudung di Petaling Jaya.

sikap sebenar fattah amin, sikap fattah amin terhadap peminat, perangai sebenar artis

Dan respon diterima? Memang tak disangka-sangka. Dia sanggup berhenti, parking motor dan layan peminat berselfie. Siapa artis tu agaknya??


Ada seorang makcik tegur nak selfie

sikap sebenar fattah amin, sikap fattah amin terhadap peminat, perangai sebenar artis


I took this pic from inside of the boutique.. He already on his bike … Then a “makcik stopped him and wanna took selfie” So immediately he took off his helmet and theý took a selfie… so i apa lagi trus approached him la dgn muke x malu.. i ckp la nak selfie.. die terus grab politely my phone n we took a selfie too.. #fattahaminz #lofattah

Fattah parking semula motor

sikap sebenar fattah amin, sikap fattah amin terhadap peminat, perangai sebenar artis

Ok semua mesti tertanya2 kan.. apa la si fabrickreate ni crite pasal post sebelum ni.. hah ni la makcik yg berani n first one stalled fattah nak wefie… Im the second one ok.. then ramai2 lagi…Tgk x position moto die n momentum die dh tolak motor ke belakang nak gerak n helmet still intact.. kerana makcik tu la die tolak balik moto ke dalam n bukak helmet.. To me : thats what we called “RESPECT & APPRECIATION” Let the pictures talk!!! #fattahaminz #lofattah #teamlofattah #naelofar #fattahamin

Dan layan peminat berselfie!

sikap sebenar fattah amin, sikap fattah amin terhadap peminat, perangai sebenar artis


sikap sebenar fattah amin, sikap fattah amin terhadap peminat, perangai sebenar artis




credit to : http://www.ohbulan.com/wanita-ini-tegur-seorang-artis-lelaki-untuk-berselfie-respon-diterima-sangat-tak-disangka/

Penerbit Running Man Dedah Perangai Sebenar Kim Jong Kook

running man, kim jong kook, perangai sebenar kim jong kook,


PERANGAI SEBENAR KIM JONG KOOK



Oleh: Aimi Nordin Sumber: Koreaboo

Kim Jong Kook boleh dikatakan agak senior dalam industri hiburan di Korea kerana dia menjadi penyanyi sudah hampir 20 tahun. Sejak dari 1995, dia membuat penampilan dalam kumpulan Turbo dan sejak itu dia sudah membuat ramai kawan dan juga musuh dalam industri. 
Berikut apa yang dikatakan orang-orang yang sudah pernah bekerja dengannya. 

Cha Taehyun
"Anda tidak pernah melihat Jong Kook menangis bukan? Saya dah lihat banyak kali, dia memang suka menangis."

Gary
"Semasa rakaman pertama Running Man, saya amat gementar. Walau bagaimanapun, Kim Jongkook menepuk belakang saya dan memberikan saya keyakinan. "


MC Mong
"Anda tidak boleh terangkan bagaimana Kim Jong Kook tanpa perkataan kesetiaan" 
"Dia terlalu baik. Walaupun dia suka mempermainkan saya depan kamera, sebaik sahaja kamera tutup dia akan berlari ke arah saya, untuk meminta maaf. "

Running Man PD:
"Kim Jongkook tahu tentang semua perkara buruk yang haters katakan tentangnya tapi dia cuba yang terbaikk untuk tak terlalu memikirkanya."
"Dia mempunyai keinginan yang kuat dan semangat yang menakjubkan, dia bekerja keras."


Credit to http://era.fm/mobile/zon-interaktif/interaktif/gosip-mossip-mak-jemah-gmmj/kim-jong-kook-(1)

Petua Orang Tua

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua


Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.


Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.


Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.


Menyerikan Wajah

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.


Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.


Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.


Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.


Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


Melentikkan Bulu Mata

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.


Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.


Awet Muda

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.


Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.


Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.


Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.


Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.


Mengempiskan Perut

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.


Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.


Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .


Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.


Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.


Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.


Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.


Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.


Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal


Menghilangkan Parut di Kulit

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.


Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.


Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.


Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.


Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.


Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.


Menurunkan Berat Badan

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.


Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Awet Muda

1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.


Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.


Meluruskan Rambut Kerinting

ikut petua orang tua, jaga kecantikan ikut petua orang tua

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.


Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.


Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.


Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.


Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.


Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.


Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.


Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.


Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.


Selamat mengamalkan. Niatkan kerana Allah sesuatu itu mujarab dan berkesan. Credit to Pakar Diari Hati

Wanita Elak Rasa Kecewa Dicurangi Suami

kecewa dicurangi pasangan, skandal selepas kahwin, cara mengelakkan rasa kecewa bila dicurangi pasangan


Sejak akhir-akhir ni semakin hangat kan cerita skandal antara King Coco dan Captain Azrin. Masyarakat mengatakan @captazrin bersikap curang terhadap isterinya,@zura241 dan mempunya skandal dengan seorang gadis litar berumur 19 tahun, lebih dikenali sebagai @k1ngcoco_1 di instagram. Ainaa tak pasti kisah dia orang ni memang kisah "lelaki pangkot dato' paduka membayar skandalnya untuk tinggal tunang (tunang si coco)" itu adalah kisah benar atau tak bila kedua-dua pihak asyik memberitahu dunia yang dia orang tak bersalah. Entah lah, malas nak ikut kisah curang suami-isteri-skandal apa ni buat sakit hati je.

Balik kepada topik, kita ni, perempuan yang memang berkali-kali set dalam minda supaya mencari lelaki sejati dan tak akan menduakan tapi apakan daya.... Masih ramai yang menjadi mangsa akibat lelaki lepas kahwin baru tunjuk belang, mula bosan dengan isteri, cinta konon terbahagi dua tiga empat lah. Macam-macam kisah kehidupan rumah tangga! Nauzubillahiminzalik! Siapa yang nak dicurangi? Lelaki mahupun perempuan semuanya tak nak cinta mereka diduakan. Jadi apa yang patut kita buat sedangkan dicurangi selepas alam perkahwinan itu sukar dielak?

kecewa dicurangi pasangan, skandal selepas kahwin, cara mengelakkan rasa kecewa bila dicurangi pasangan

kecewa dicurangi pasangan, skandal selepas kahwin, cara mengelakkan rasa kecewa bila dicurangi pasangan


JANGAN HARAPKAN HARTA PASANGAN. Terutamanya wanita, cari lah kerjaya kita sendiri sebelum kita rebah bila tempat berpaut sudah reput. Berdiri di atas kedua-dua kaki kita sendiri dan miliki kejayaan dan harta hasil tulang empat kerat kita ini. Memang bukan senang tapi kena usahakan kalau tak nak rebah tanpa sempat bangkit. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. You have to believe in yourself then you can do it!

Kopikat (Coffee Cat)

kopikat, coffee arts, coffee cat


Sanggup ke Minum Kopikat?


I is tak boleh tengok dengan makhluk Allah yang satu ini, geram! Dah lama ternampak ada orang share dari facebook Pen Merah gambar coffee cat ni. Mana-mana peminat kucing mesti tersenyum-senyum kan tengok gambar coffee cat atau Ainaa cipta nama manja 'kopikat'. Sekali baca macam 'kau pikat' tapi lantaklah, ada juga bau-bau belacan dengan coffee cat. 

Kau orang sanggup ke minum kalau dihidangkan kopi yang ada kucing comel menghiasi cawan ni? Kalau Ainaa tentu-tentu tak minum memandangkan Ainaa pun tak minum kopi! Apa pun jom layan gambar-gambar kopikat yang comey lote ni.


kopikat, coffee arts, coffee cat

kopikat, coffee arts, coffee cat

kopikat, coffee arts, coffee cat 

kopikat, coffee arts, coffee cat

kopikat, coffee arts, coffee cat

kopikat, coffee arts, coffee cat

kopikat, coffee arts, coffee cat

coffe cat art, kopikat, peminat kucing,

coffe cat art, kopikat, peminat kucing,

coffe cat art, kopikat, peminat kucing,

coffe cat art, kopikat, peminat kucing,


coffe cat art, kopikat, peminat kucing,

coffe cat art, kopikat, peminat kucing,

coffe cat art, kopikat, peminat kucing,

Kena Tindih Waktu Tidur

Badan Dihempap Makhluk Halus

cara elakkan ditindih waktu tidur, sebab ditindih makhluk halus,

Assalamualaikum. Siapa pernah kena tindih dengan 'makhluk halus' waktu tidur? Sepanjang 19 tahun hidup, Ainaa pernah sekali kena tindih masa sedap-sedap tidur tengah hari. Eh ke tidur petang... Hehe lupa la sebabnya dah lama kena tindih masa umur 17 tahun lagi. Ainaa tak tahu macam mana nak describe bila kena tindih tapi ketika tengah tidur tu tiba-tiba je kita tersedar 'dalam tidur' dan tak boleh bangun. Senang kata memang rasa ada benda besar yang menghempap badan kita sampai nak bersuara pun tak boleh. Walau dah cuba gerakkan badan, cuba celikkan mata tapi tak boleh buat apa-apa sampai la kita cuba untuk menjerit sekuat hati.... Masa tu juga bangun secara mengejut dan berpeluh-peluh. Walau tak ada kesan apa-apa yang Ainaa alami tapi tentu la rasa takut jugak serba sikit dua tiga hari lepas kena tu.

Penyebab Kena Tindih Waktu Tidur

Setakat ini apa yang Ainaa cuba search di internet, semuanya mengatakan tidak ada fakta yang munasabah dan tidak diketahui sebab sebenar kita diganggu ketika tidur. Kalau kata orang-orang tua, mereka cakap sebab kita tidur di siang hari lebih-lebih waktu lepas asar. Tapi kebanyakkan yang kena tindih bila tidur di malam hari jadi teori itu tak boleh dianggap sebagai faktor walau betul, tidur di petang hari tidak elok.  Wallahua'lam, kita tak tahu punca sebenar tapi apa salahnya kita cuba menjauhkan diri dari ditindih makhluk halus ni.

Apa yang perlu buat ditindih waktu tidur?

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panik, setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. Ada beberapa tips untuk kita praktiskan:

1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. Ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih

1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. Membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. Membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. Tidur dilambung kanan

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.