Pengguna Xiaomi Redmi Note 3

Kalau ada yang ingat, dulu-dulu Ainaa ada duk survey hanset itulah, inilah... Masa tu Ainaa pakai Lenovo yang jenis bateri tahan lama. Lenovo series berapa tu tak ingat tapi yang lama punya la. Cukup setahun abang Ainaa hadiahkan hanset Lenovo tu terus rosak, tak boleh nak masuk cas. Ainaa tahan lagi guna hanset lama-lama yang lain tapi nama pun hanset lama kan... Jahanam semuanya.  Bukan kedekut nak beli baru tapi niatnya nak masuk degree baru beli yang baru.

Seminggu dua jugak laa Ainaa tak pakai handphone. Nak call parents pun pinjam roommate punya. Last-last, masa tu balik Kelantan cuti raya puasa.... Puas pujuk ayah Ainaa minta belikan handphone tapi ayah Ainaa buat dek je. Haha. Pujukan tak jalan jadi terpaksa keluarkan duit elaun yang Ainaa kumpul sepanjang asasi tu untuk beli hanset Xiaomi Redmi Note 3 sehari sebelum raya. Kenapa Ainaa beli Redmi Note 3 ni? Sebab harga murah tapi dia punya features tu sama dengan smartphone yang mahal-mahal.

Xiaomi Redmi Note 3 Ainaa beli yang Malaysia di Celcom centre dengan harga RM800 above. Telan air liur juga la nak keluarkan duit tu sebab bagi pelajar macam Ainaa jumlah tu besar jugak. Ada je harga murah lagi tapi yang overseas punya. Dengan 3GB/32GB, battery 4050mAh, fingerprint sensor, 16mp rear camera dan 5mp secondary camera. 


gambar sumber google



So, sekarang dah 4 bulan Ainaa pakai Xioami Redmi Note 3 dan setakat ni memang puas hati. Space yang besar boleh install macam-macam dan paling penting tak 'hang'. Camera pun cantik, puas hati kalau ambil gambar dengan Redmi Note 3.

Ini smartphone pertama yang Ainaa beli dengan duit Ainaa, sebelum-sebelum ni abang-abang je yang bagi dan biasanya handset tersebut hanya mampu bertahan selama setahun. Lepas tu terus k,o! Harap la Redmi Note 3 ni mampu bertahan lama, den tak mampu woi nak beli lagi. Kena tunggu lama sikit nak kumpul duit tu. Kalau asyik setahun pakai tukar botak kepala ni. Kena cari laki kaya macam tu baru boleh nak tiap-tiap bulan tukar pun tak apa. HAHA!

#Nuffnang: Tinggal Kenangan

Dulu Ainaa aktif blogging dan boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti ada cek dari Nuffnang walau ciput je nilainya tapi sekurangnya ada juga. Tapi sejak masuk Asasi Uia ni Ainaa dah tak aktif dan bermaksud earning dari Nuffnang pun susah nak dapat. Sedihnya. Dulu ingat dengan earning yang dapat dari Nuffnang Ainaa nak kumpul dan nak pergi travel tempat idaman Ainaa tapi bila dah tak aktif, semuanya hanya tinggal kenangan... Huhu. Kalau nak tahu, duit yang Ainaa dapat dari Nuffnang tu Ainaa tak pernah sentuh sesen pun! Nampak tak kesungguhan nak gi travel tu? Dapat pergi travel satu tempat pun jadilah.


Bestnya lahai bila tengok bloggers lain yang sekali cash out beribu-ribu. Bila agaknya Ainaa nak cash out beribu-beribu tu. Heee. Harap ianya bukan angan-angan kosong. Seperti trademark Ainaa dari dulu, BIARKAN MIMPI MENJADI KENYATAAN!

Strawmallow Cicah Coklat

Apa itu strawmallow? Strawmallow tu gabungan buah Strawberry dan Marshmallow. Hehe pandai-pandai je Ainaa cipta nama baru. Sesiapa saja yang datang ke Cameron memang tak akan tinggal buah strawberry untuk dimakan tapi kalau macam tu pun tak 'uuumm'. So untuk menikmati strawberry ni lebih sedap kalau dimakan dengan marshmallow dan dicicah dengan coklat panas. Emm nyumm-nyumm Tapi sesetengah orang dia tak berani nak beli marshmallow sebab takut tak halal kan. Kalau dah korang syubhah dengan marshmallow tu jadinya tak payah makan. Makan je strawberry cicah coklat tu sedap jugak.



17°C di Cameron Highland

Pagi yang sejuk di Cameron Highland. Duk bawah selimut tebal tanpa kipas dan aircond pun masih sejuk. Ainaa yang tak berapa sihat ni pun dah semput plus batuk-batuk sebab sejuk sangat. Nampak sangat kan tak boleh pergi overseas musim salji. Ada hati nak main salji padahal tuan badan tak tahan sejuk.


Ainaa tak tahu lah ini sejuk normal Cameron ke atau memang musim-musim hujan ni sejuk tu sejuk lain macam. Siang hari pun sejuk jugak tapi sebab kita berjalan kan, so tak rasa sangat. Elok la datang ke Cameron ni kalau nak merasa sejuk ala-ala di overseas. Walau tak lah sesejuk di luar negara tapi sekurangnya ada la juga tempat sejuk di Malaysia ni. Boleh sekadar nak sejukkan hati awak tu. Hehe

Tanah Rata Cameron Highland - Zermatt Hotel

Assalamualaikum bloggers! Dah lama sebenarnya Ainaa nak datang ke Cameron Highland ni untuk hiking di Mossy Forest. Tapi tak ada rezeki nak merasa panjat Gunung Berinchang tu. Sekarang ni pun walau Ainaa tengah bercuti kat Cameron, Mossy Forest dah ditutup sehingga bulan Mac tak silap sebab musim tengkujuh. Jadinya datang bercuti memang betul-betul berehat je tak ada sebarang aktiviti lasak. InsyaAllah tahun depan kena laksanakan niat nak hiking kat Cameron ni.

Ni Ainaa nak review hotel yang Ainaa menginap sebenarnya. Hotel yang terletak di Tanah Rata betul-betul bersebelahan pejabat pos. Zermatt Hotel, hotel kecik je tapi puas hati sebab bilik sangat selesa.

gambar sumber google





Gambar Ainaa ambil dari inchik google tapi memang betul sama dengan bilik yang kami menginap. Ainaa datang empat orang jadi ambil Family Deluxe yang ada dua bilik/dua ruang. Satu ruang ada katil size king bed dan ruang satu lagi ada dua katil single. Paling best dua-dua ruang ada tv dan paling penting bathroom besar dan sangat bersih! Memang selesa lah Zermatt Hotel ni dan harga pula sangat berpatutan. Dengan bilik Family Deluxe ni satu malam hanya RM180.

Kalau pasal makanan ke tak perlu risau, Tanah Rata ni kecik je, Hehe Turun je dari Zermatt Hotel terus kiri kanan ada deretan restoran dan kedai serbaneka. MarryBrown, Starbucks pun ada. Dan kalau nak ke pasar malam boleh jalan sikit dekat kawasan Maybank. 

Okey itu jelah Ainaa nak review Zermatt Hotel di Tanah Rata ni. Penat den seharian berjalan. Hehe

POWERCAT - Run & Save The Cats 2016

Berita baik kepada PENCINTA KUCING!! Kepada yang suka sangat dengan binatang kesayangan Nabi kita ni boleh join event POWERCAT - Run & Save The Cats 2016 pada 24 Disember di Putrajaya. Ainaa pun excited nak join memandangkan semua peminat kucing berkumpul dan join acara larian, atau tak nak lari jalan je boleh! Tapi sayang Ainaa dah balik Kelantan dan nak pergi Putrajaya untuk join event meow ni susah sikit. Harap-harap adalah peluang untuk join.



Untuk acara Running Event, siap ada baju meow lagi tau. Bukan untuk si bulus yang pakai tapi untuk kita. Paling tak tahan.... sesiapa sahaja yang berjaya ke garisan penamat akan mendapat medal bentuk kucing! Ya Allah, sis cannot la... >__<  comel sangat medalnya. Rugi sanga-sangat kalau tak join event ni.





Tunggu apa lagi? Cepat-cepat daftat tiket larian di  | https://goo.gl/cWS1tL | Tarikh tamat pendaftaran hingga 5 Disember.

Aku Yang Tertewas

Macam tajuk novel limited yang tengah hot sekarang tu kan... Tapi bukan nak cerita pasal novel L.E ideakreatif tu tapi Ainaa yang tertewas. Tertewas dengan kelemahan diri setelah sekian lama tak menyerang. Dekat dua tahun jugak dah tak kena tapi kali ni memang Ainaa tertewas!



Sejak bercuti sebulan yang lalu balik je rumah terus kena serangan ASTHMA atau LELAH. Mula-mula kena okey sikit-sikit je tak turuk sekadar boleh guna inhaler. Tapi tiga empat hari lepas memang kena teruk jugak walau tak seteruk dulu yang kena masuk emergency... Last-last terpaksa akur yang inhaler dah tak dapat tampung, pergi la klinik jawabnya. Kira dah lega sikit walau ada batuk-batuk lagi. 

Boleh dikatakan sejak kena sebulan lalu tiap-tiap hari terpaksa sedut sampai naik pening sebab overdose dan pagi tadi lepas pergi sedut kat klinik balik je terus parkinson! Alahai. Ketar satu badan. Nak pegang hanset pun menggigil. Mungkin sebab dah lama Allah bagi Ainaa nikmat sihat dan sekarang dia nak bagi merasai nikmat sakit. Boleh tebus dosa-dosa kecil kat bahu kiri ni jugak. Tak apalah. Kita sakit tak seteruk mana nak mengeluh... kat luar sana ramai lagi yang suffer lebih teruk dari kita kan.


Asasi? Dah Habis Daa



Alhamdulillah... Setelah 1 tahun setengah belajar di Pusat Asasi Uia Petaling Jaya, akhirnya habis jugak. Dah sebulan sebenarnya Ainaa start cuti tapi sebab dah lama tinggal blog jadi malas nak update. Hehe ni pun tiba-tiba je datang angin nak update blog. Kalau perasan sejak Ainaa masuk asasi memang jarang ada entry baru kan.. busy mengalahkan PM. Whops!

Macam-macam dugaan sebenarnya nak 'graduate' asasi ni. Tapi diharungi dengan penat lelah, sabar dan air mata >__< akhirnya lepas jugak stage pra-university. Baru tadika... hehe Belum lagi degree. Sekarang ni kita berhuha-huha dulu sementara tunggu surat tawaran bulan 12 ni. Harap ada lah kerajinan untuk update entry dan blogwalking.

Cakap pasal blogwalking... sambil-sambil SINGGAH plus KOMEN kat entry ni boleh lah tinggalkan sekali link blog awak ye = )

Hiking Bukit Gasing

Cerita panjat Bukit Gasing ni dah lama sebenarnya tapi tak ada lah lama sangat. Bulan lepas je pun. Nak jadi cerita 16/04/16 yang lepas, Ainaa dengan yang lain pergi hiking. Aktiviti asrama. Padahal ni bukan aktiviti mahallah/asrama yang Ainaa tinggal tapi saja suka-suka nak join memandangkan Ainaa pun suka join aktiviti panjat memanjat bukit gunung ni.

Dari tempat Ainaa nak ke Bukit Gasing tu kejap je, pegangkutan pun free. Naik bas hijau yang percuma tu dari Seksyen 16 dan berhenti kat taman perumahan Taman Jaya. Jalan kaki 10-15 minit macam tu, dah sampai. 







Tak sempat nak penat eeh eh dah sampai. Hammoii, berlagak. Tapi bukit Gasing memang tak tinggi pun. Setengah jam dah sampai. Ke tak sampai setengah jam pun... Entahlah. Tak sempat nak ukur masa. Tapi kat atas puncak tu panas dia Ya Allah... panas terik nak terbakar rasanya. Kesannya, balik je tengok-tengok muka dah gelap. Tu baru kejap duk berposing-posing atas tu dah jadi hitam macam tu.

Tapi nak bandingkan bukit Gasing dengan bukit Broga, Ainaa lebih suka bukit Gasing. Bukit Broga panas, berdebu. Sepanjang hiking track dia tu pun panas. Bukit Gasing sekurang-kurangnya track terlindung jugak dengan pokok-pokok. Hmm.... Nak kena cuba bukit lain pulak. Ada cadangan?

Domain dot com Tamat

Bimillah.... Fuhhh fuhhh. Nak halau hantu-hantu yang tergantung kat blog ni sebab dah lama ditinggalkan. Tergerak jugak hati nak sign in blog. Bukan setakat tak buka blog, account pun dah lama tak sign in. Apa punya malas tahap dia nauzubillah. Sampai tak sedar e-mail peringatan untuk perbaharui domain yang telah tamat. Dan akhirnya,  nikainaa.com hanya tinggal kenangan. Sekarang dah kembali semula ke blogspot.

Buat masa sekarang tak nak sambung lagi domain dot com memandangkan Ainaa pun jarang buka blog dan tak aktif macam dulu. Maklumlah nak tumpukan pada asasi yang dah lama nak habis. InshaAllah kalau tak ada repeat paper dan english pun dah exempted, bulan 10 ni tamat la asasi di UIA PJ tu. Lepastu baru fikir nak buat apa dengan blog ni.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.