Jumpa Pelanduk Lagi

Dulu Ainaa pernah update entry "Aku Ramai Pelanduk Agaknya" yang ramai orang kat UIA Petaling Jaya tu cakap muka Ainaa sama dengan someone yang diorang kenal. Sampai lecturer Ainaa sendiri yang tegur. Tapi kali ini, hari sabtu lepas Ainaa singgah kampung ada majlis kahwin. Kat kampung la, ada yang tiba-tiba panggil Ainaa dan cakap muka Ainaa hampir sama dengan kawan dia. Siap mintak nak bergambar lagi. Ku redha jela. Dia ada jugak tunjuk gambar kawan dia tapi Ainaa tengok jauh beza je muka. Nak kata sama sipi-sipi pun rasa tak. 

Entahlah. Haih macam-macam. Ainaa rasa dah cukup laa tujuh pelanduk Ainaa. Tak perlu susah-susah cari kat luar negara di seluruh pelusuk dunia.... Dalam Malaysia ni pun dah banyak yang ada. Ainaa jumpa dan tengok sendiri tu tak adalaa. Tapi orang-orang yang tegur sampai ada yang tersalah sapa ingat Ainaa ni kawan dia. Huhu.


Drive Sendiri Balik Kelantan

Macam poyo je tajuk entry kali ini tapi itulah..... Ainaa memang boleh drive kereta tapi tak pernah bawa kereta malam-malam atau masa hujan sebabnya masalah mata yang kurang jelas penglihatannya. Tapi balik cuti Raya Cina kali ini, Ainaa balik dengan mak saudara dan anak-beranak dia. Nak jadi cerita, suami makcik Ainaa ni sakit jadi tak boleh drive, yang bawa keretanya makcik Ainaa la. Kita orang bertolak dari Shah Alam pukul 1 pagi, sudah tentu laa akan cepat je rasa mengantuk tambah pulak jalan jammed! Sepanjang jalan mak saudara bawak memang Ainaa tidur walau banyak kali terjaga dan bila sampai kat kawasan Raub tahap makcik Ainaa memang tak tahan, mengantuk sangat. Kebetulan masa tu Ainaa terjaga sepenuhnya walau ikutkan hati memang nak sambung tidur lagi.... Tapi kesian dengan makcik jadi bertukar shift la kami, Ainaa pulak yang drive.

Boleh bayangkan tak macam mana berdebar gilernya Ainaa masa tu dengan tak pernah bawak kereta malam-malam tambah dengan jalan memang gelap dan berliku-liku? Lagi takut sebab kita yang jadi pemandu dan penumpangnya satu keluarga makcik Ainaa. Habis semua bacaan keluar kat mulut. Nasib baik hujan renyai-renyai dan kejap-kejap je. Ainaa drive dari Raub sampai ke Gua Musang berhenti untuk solat Subuh. Makan masa 2 jam lebih jugak Ainaa drive. Fuhh. First time ni. Paling Ainaa risau masa drive kat highway baru yang kat Pahang tu..... Jalannya memang la straight je tak ada liku-liku tapi itu yang buat sampai Ainaa rasa mengantuk tiba-tiba. Tapi Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa.

Tapi sangat bahaya memandu masa mengantuk. Perjalanan pulang ke Kelantan hari Sabtu jam 1 hingga 9 pagi itu pun banyak aksiden yang berlaku. Yang highway Pahang jalan straight je tu pun ada kemalangan! 

Inilah pengalaman Ainaa memandu sejauh ni, drive sendiri nak balik Kelantan. Takut tu memang takut tapi kena beranikan diri. Kalau takut-takut tak boleh, berani sangat pun tak boleh. Paling penting bawak berhemah. Jangan mentang-mentang bawak kereta malam-malam tak banyak sangat kereta, kita boleh bawak laju-laju. Ok, bagi nasihat kat orang pulak kita ni. Haha.

#FirstTrip - Gunung Ledang, Johor

Dari dulu lagi berangan nak ada trip dengan kawan-kawan. Konon lepas SPM berangan nak trip dalam Malaysia, nanti dah habis round Malaysia baru nak trip ke luar negara. Kononnya. Tapi tak sangka, Ainaa dengan kawan-kawan sebilik dah pergi untuk first trip kita orang iaitu ke Johor pada bulan sebelas yang lepas. Sebenarnya ini semua plan last minute. Last minute kawan-kawan Ainaa ajak pergi Johor memandangkan roommates ramai yang tinggal kat Johor so nak save budget penginapan dengan kenderaan, kita orang tumpang tidur kat rumah dia orang yang ada kat Tangkak dan Bukit Kepong. Plan awal yang bukan main rancang nak pergi Pulau Tioman tu tak menjadi pula. Itulah dah kata plan last minute nak bercuti selalu menjadi! Lagipun dalam Malaysia ni selain sabah dan sarawak, Johor la satu-satunya negeri yang Ainaa tak pernah jejak lagi masa tu. Kira lepas pujuk abah dan dapat greenlight dari big boss, dan yeay! Dapatla pengalaman menjadi anak Johor kejap.

11/11/2015 - Surprise for bithday girl
Kita orang naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan pergi ke Tangkak, Johor dan perjalanan dari TBS itu hanya dua jam lebih. Sampai je ke bandar Tangkak, tunggu ayah kawan Ainaa ambil dan terus ke rumahnya dulu untuk rehatkan badan. Baik betul makcik layan kita orang. Sampai je terus dipelawa makan, paling best kami dihidangkan dengan ketam masak sambal dan sambal udang. Kenyang perut kami. Hehe Lepas habis makan, lepas maghrib.... Kita lancarkan misi kita! Dah jadi kebiasaan kita orang berenam, setiap kali birthday salah seorang dari kami akan kena prank. Ainaa pun kena jadi untuk kali ini kita orang buat prank jahat 'sikit'. Muahaha



Perang baling tepung dan telur! Nampak tak tu birthday girl penuh dengan tepung. Dan tak lupa jugak busuk dengan bau hanyir telur. HAHA kesian betul la. Sampai sekarang tudung yang kawan Ainaa pakai malam tu dah tak boleh pakai hingga ke hari ini, hanya sebab bau telur yang tak hilang. Kuat betul penangan telur ni. Tak apalah, buat kenangan nanti dah besar cakap kat anak "Tudung ni bau hanyir telur sebab prank kawan-kawan mak masa birthday mak muda-muda dulu." Hik. Akan menjadi kenangan buatmu sahabatku. =P



Malam itu juga selepas selesai kita orang prank dan makan burger kat Dataran Tangkak tu, kita orang ambil angin pusing-pusing Tangkak. Betul-betul ambil angin sebab bukak tingkat. Mana taknya dengan bau hanyir tak akan nak buka aircond. Dapat la tengok bandar Tangkak dan dapat tengok rumah paling besar kat Tangkak tu.


12/11/2015 - Berkelah di Gunung Ledang

Kata kawan ayah Ainaa, air terjun yang dia bawa itu tempat yang masih terjaga kebersihannya sebab yang ini sebelah belakang jadi orang pun tak ramai. Kalau tempat ramai orang tu, tempat situ dah kotor. Dan memang betul tempat air terjun yang kita orang pergi ni tak ada orang pun masa kat atas tu. Hanya kami berenam yang ada. Memanglah kita orang selesa sikit macam tu, tak ada nak sesak dengan orang lain. Tapi.... Lagipun bahaya kalau terjadi apa-apa, tak ada orang.... Sendiri fikir lah kan. Tapi sebab kita orang ni dah seronok sangat jadi tak terfikir pula dan tak sangka akan ada pengalaman pahit kami kat Gudung Ledang, Johor ni. Biarlah kami simpan kemas-kemas pengalaman ni, nak dicerita pun memang dah benda nak jadi. Ahaa, misteri tak! Kuakua.


Dah lama Ainaa tak mandi air terjun sebenarnya. Kali terakhir mandi air terjun di Gunung Stong tahun 2014, masa Ainaa join aktiviti mendaki gunung dulu.

Lepas je habis mandi di Gunung Ledang ni, kita orang terus pergi ke destinasi seterusnya iaitu rumah kawan Ainaa di Bukit Kepong, Johor. Ainaa lupa makan masa berapa dari Tangkak ke Bukit Kepong tu. Tapi sempat jugaklah Ainaa terlelap dalam kereta. Sampai je rumah kawan Ainaa kami rehat-rehat dan petangnya... Kita jadi anak kampung round Bukit Kepong dengan motosikal! Wah, merempit kaww.




Haaa Okay. Habis cerita. Penat den cerita panjang. Ada banyak lagi nak diceritakan dalam trip pertama kita orang ni tapi malas pulak nak taip panjang-panjang sebab ini pun dah rasa cukup panjang. Kan berjela sangat tak ada orang pula nak baca.

Lepas ini, trip kedua... Entah bila lagi. Semester tiga minggu depan dah nak masuk. Harap dapat laksanakan trip kedua dan trip ketiga untuk semester tiga selama lima bulan ini.

Rezeki Jalan Di Pasar

Ini alkisah Ainaa dengan mak pergi Pasar Teman di RTC. Yalah sejak cuti sem ni kita jadi driver, mana orang nak pergi kita drive je. Ainaa pun sebab kat rumah duk melayan cerita Jepun-Korea-Thailand je, sesekali tu nak jugak keluar walau sekadar hanya ke pasar. Cuci mata je mampu.... Duit elaun belum masuk. Hik.



Ok nak jadi cerita masa tengah beli ayam tiba-tiba je mak Ainaa sapa seseorang. Kita tak pakai spec, entah siapalah yang mak Ainaa tegur. Tapi bila orang tu datang dekat, eh eh macam kukenal tapi dimana ya. Haha Rupa-rupanya itu kawan lama mak Ainaa. Memang patut la Ainaa dah tak cam sebab makcik dah semakin muda! Fuhh. Sejak jadi 'mak datin' ni semakin muda pulak. Kalau jumpa tepi jalan ni confirm orang ingat kakak-kakak. Nasib baik juga dia kenal dan masih ingat Ainaa, kalau tak keras kejung Ainaa kat situ dengar 'makcik-makcik' bercakap. Hehe. 

Tapi serius lah, lawa giler kut kawan mak Ainaa tu. Dahla awet muda, bergaya lagi.... kalah Ainaa yang remaja ni. Paling tak tahan, kita pun kena tempias jugak. Tempias apa? Tempias dapat duit! HAHAHA untung jumpa orang kaya dekat pasar ni, pulus pun kita dapat banyak. Lain kali nak pergi pasar hari-hari lah. Nak pusing-pusing je mana tahu jumpa kawan lama mak. Okbaii.

Semester Two, DONE!





Yeay! Tamat untuk short sem, semester dua ni. Walaupun hanya ada dua subjek tapi sebab ada projek yang nak kena handle, semuanya jadi padat. Hari khamis lepas adalah kelas terakhir kami dan Jumaat tu Ainaa terus fly balik Kelantan. Sebulan lebih tak balik rumah, terus homesick jadinya. Semua classmates Ainaa yang semester lepas, sekelas lagi untuk sem dua ini dan separuh lagi adalah classmate baru.






Dua-dua lecturer lelaki dan apa yang boleh katakan, seronok dan pengalaman yang sangat mencabar juga dalam kelas Dr.Alizaman D.Gamon dan Sir Ata Hanifee. Thank you Sir Ali and Sir Ata, mengajar kami selama sebulan setengah ni dan sabar dengan kami. Kami enjoy dengan sir yang suka buat lawak dan banyak berlakon dalam kelas. hehe

Cuti semester tak mula lagi sebenarnya, ini Ainaa cuti sendiri memandangkan sem ni Ainaa hanya ada final exam satu paper je dan pulak tu hari last minggu exam, so Ainaa balik bercuti dulu. Nanti hari exam pergi CFS semula dan lepas exam terus balik kelantan lagi. HAHA sekali-sekala buat kerja gila.








Hampir Dua Bulan Dibiarkan Sepi

Aduhai, berupdate juga blog ni setelah hampir dua bulan dibiarkan sepi. Dari bulan 11 langsung tak update sebabnya Ainaa ada short semester jadi memang kalut siapkan projek dalam masa sebulan lebih dan dengan pelajarannya lagi. Ini nak mula menulis semula mula la liat dan segala penyakit malas. Tapi tak apa, sementara ada cuti sebelum masuk semester tiga ini.... Ainaa cuba rajinkan diri dan lagi pun memang banyak cerita yang dah basi untuk dikongsikan dalam blog Nik Ainaa ini.



Nampaknya, selama Ainaa tak berblogging ini ada banyak perubahan pada blog ni. Dah banyak yang update dan salah satunya nak letak gambar tu, boleh direct terus dari laptop kita eh? Wah, hebat-hebat. Senang lepas ni tak payah nak kena upload dulu satu-satu. Ainaa belum explore semuanya lagi, nak kena cari ni apa lagi yang baru.

Milik Engkau Saja - Acik Lana

Dalam kalangan kaki-kaki novel, sudah tentu kenal dengan penulis terkenal Acik Lana ini. Acik Lana yang berbakat dalam menulis ini sudah menghasilkan sembilan buah novel dari bawah penerbitan yang berlainan. Lima buah novelnya dari bawah penerbitan Kaki Novel, satu buah bawah Lovenovel Publication, dan tiga buah novel yang diterbit sendiri oleh Acik Lana di bawah terbitan Booku. 

Ainaa pernah update entry tentang novel limited edition Acik Lana di ENTRY INI <-- klik). Salah satu novel Acik Lana yang menjadi buruan orang ramai. Dan kali ini Acik Lana kembali lagi dengan karya kesembilannya yang bertajuk MILIK ENGKAU SAJA.




Kini pre-order sudah dibuka! Boleh dapatkan dengan Booku. Kalau berminat nak dapatkan, boleh KLIK KAT BAWAH ini ya.




Seperti yang Acik Lana katakan, ini bukan novel limited edition seperti novel PYPAC.... Buku ini juga boleh dapat dengan seller online dan di kedai-kedai buku tapi mungkin lambat berbanding beli dengan Booku.

Game Minions Paradise

Disebabkan cuti ini Ainaa hanya bersenang lenang di rumah, Ainaa yang dah lama tak main game ini pun godek-godek cari game apa yang best dalam PlayStore. Memang banyak game baru dan top free game yang ada tapi game Minions Paradise jugak yang dipilih. Sebabnya dah banyak kali tertengok game ni dalam PlayStore tapi selalu kalau game Ainaa abaikan aje. Kelmarin tak silap Ainaa baru install. Orang lain dah mungkin dah mula bosan dengan game ni tapi Ainaa baru terkedek-kedek nak try. Uhuk.




Syiok jugakla bagi orang yang tengah bosan macam Ainaa ini. Kadang-kadang main sampai habis bateri dan paling tak suka tengah main malam-malam, tiba-tiba keluar "CANNOT CONNECT TO SERVER"!  T__T Rupa-rupanya game ini pun perlukan internet dan sadis sekali Wi-Fi kat rumah ayah Ainaa dah sekat siap-siap sampai jam 1 pagi saja. Maklumla sebab dah biasa tidur lewat kat asrama, jadi balik rumah pun jadi burung hantu kadang tu terlajak sampai pukul 4 pagi. Aigoo~



Berterabur kan? Peduli hape, asalkan boleh letak kita on je. Kah. Ainaa baru saja level 12, budak-budak baru nak up kata orang 'keyel'. HAHA. Game Minions Paradise ini nanti balik asrama kena uninstall kalau dah kena guna internet sangat tapi lainlah kalau semester dua nanti Ainaa bernasib baik dapat bilik dekat dengan modem Wi-Fi.






Kau orang mesti dah level tinggi-tinggi kan. Ainaa tak sabar sebenarnya nak boleh main game belon dan gelongsor air tu. Hehe Tak boleh main yang real, dalam game pun kira lepaslah sikit-sikit.

Review Blogger Newbie Tsuki Tasnim

Annyeong sahabatku, Tsuki Tasnim! Haha Ini pertama kalinya ada kawan yang sama minat berblogging. Sebelum ini ada je kawan yang suka blogging tapi dia orang semua dah lama tinggalkan dunia blog. Tasnim pun dulu pernah jadi blogger tapi berhenti masa tingkatan tiga tak silap. Kini dia kembali lagi dengan nama pena Tsuki Tasnim. Budak-budak korea ni. Kekeke. =P



"Oii Tasnim, asal lawa sangat header blog kau hah? Balik CFS nanti siap, aku paksa kau ajar aku buat header. Muahaha."

Kalau nak tahu, kawan kedahan yang Ainaa cakap di entry -END OF SEMESTER ONE- itu, Tsuki Tasnim lah. Tapi yang tak tahannya, budak tu boleh naik lif tekan sendiri. Cait!

 
AMARAN KERAS!! Harap mampu bersabar dengan perangai sekepala kita orang. Jangan lupa FOLLOW --- > blog Tsuki Tasnim, blogger kedahan. Blogger Nik Ainaa pun kalau tak follow lagi boleh follow. >__<

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.