"Aku Mahu Lihat Satu Dunia"


"Aku tak mahu satu dunia lihat aku, tapi aku yang mahu lihat satu dunia!"

Semangat itu yang penting! Yeah, suatu hari nanti kau tunggu lah dunia..... Aku, Nik Ainaa akan merantau dunia! Hahaha Pergh, semangat giloss. Tapi memang itu hasrat Ainaa dari dulu lagi, mahu travel ke merata tempat dan lihat ciptaan Tuhan di luar sana. Nak merasai dunia luar dari tempat kita. Angan-angan Ainaa dulu, habis belajar nak jelajah semua negeri di Malaysia. Semua tempat nak jelajah dan selepas itu barulah travel overseas.


Mungkin ada yang kata ini hanyalah angan-angan buat Ainaa, hanya mimpi di siang hari. Tapi apa yang Ainaa kata, TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH. Dan....

BIAR MIMPI MENJADI KENYATAAN! :)

Follow Nik Ainaa di Instagram


[ Entry nak promote insta sendiri ]

Siapa-siapa yang belum follow lagi instagram Ainaa, boleh lah rajinkan diri FOLLOW dan BOOM Ainaa kat sana. Jangan risau, Ainaa follow semula IG siapa yang follow Ainaa tu. ^_^








NIK AINAA 
BLOG : http://www.nikainaa.com/
INSTAGRAM : nfa.nikainaa
EMAIL : vanillaicelife@yahoo.com
FACEBOK : https://www.facebook.com/ainaa.blogspot
TWITTER : https://twitter.com/AinaaAzlan (@AinaaAzlan )

Kemenangan 10-5

Sakitnya kaki........ Haaa ini sebab semalam, kami dari Hisbah Siti Hawa dari Mahallah Aisyah ada pertandingan bola jaring sesama Lines Up a.k.a AJK. Ainaa dengan kawan-kawan sebilik join pertandingan netball ni dan kami semua satu kumpulan. Lagi dua orang team kami ialah fellow kami, Madam Raudhah dan senior kami, Kak Imanina. 


Ainaa sebenarnya dah lama tinggalkan dunia bola jaring ni. Sejak sekolah rendah lagi. Itu yang tak berapa yakin nak main tapi dengan adanya team yang lain, alhamdulillah kami menang. Kami juara. Dengan kemenangan 10-5.


Tahniah kepada semua team kami, Ana, Rara, Dekma, Ecana, Kak Nina, Madam Raudhah dan Ainaa sendiri. 

Ainaa dengan roommates, semuanya sakit-sakit badan. Sakit lutut. Nak solat pun rasa sakit sebab lutut luka dan lebam. Nak ke kelas lagilah, kena naik tangga tu..... Fuuuhhh rasa macam kesusahan nak mendaki Gunung Kinabalu. Terketar-ketar macam nenek tua. Nasib laa. Nasib baik jugak menang. Jadi rasa sakit tu kita kira buat rasa sedap jelah. Hehe

Fattah Amin Dulu Dan Sekarang

Kau orang masih ingat tak masa drama bersiri adaptasi novel, Playboy Itu Suami Aku? Teruk kut pelakon Fattah Amin dikutuk yang berlakon watak Raja Adrian Benjamin selaku hero dalam drama PISA tu. Di episod 1 drama PISA lagi Fattah Amin dikutuk sebab caranya berlakon nampak kaku dan tak sesuai memegang watak hero kerana tubuh badannya jauh beza dengan gambaran hero novel. Ramai yang kecewa dengan drama PISA. Ainaa pun tengok je awal-awal episod PISA dan Ainaa dapat tandingkan macam mana Fattah Amin yang dulu dan sekarang. Kau orang semua pun mesti perasan kan. Fattah Amin yang dulu, ketika berlakon dalam drama Playboy Itu Suami Aku dan Fattah Amin yang sekarang berbeza!


FATTAH AMIN YANG DULU




Fattah Amin yang dulu tak adalah kacak ataupun tough seperti jejaka idaman malaya. Kurus dan cengkung je muka Fattah Amin sampai 'menspoilkan' watak hero drama PISA. Tapi itu dulu.....


FATTAH AMIN YANG SEKARANG





Semakin handsome dan sado! Semakin ramai pulak yang minat Fattah Amin dan memuji-muji Fattah Amin di laman sosial dan instagramnya. Memandangkan Fattah Amin dah mula berjinak-jinak dengan workout, memang siapa yang sangka Fattah Amin yang kurus dulu dan semakin sasa. Dulu bukan main ramai yang alergik(tak suka) dengan Fattah Amin tetapi apabila Fattah Amin membuat improvement pada lakonannya dan juga fizikalnya, memang semakin ramailah peminat dari golongon gadis dan wanita. Itu orang cakap, jangan pandang rupa paras. Jangan menghina orang. Sekarang, kita jugak yang terlopong! 

You Can Take My Heart



"Take My Heart"

You can take my heart for a walk on a beach, 
you can take my heart for a little trip, 
you can take my heart very close to your heart, 
you can take my heart forever if you like 

[REFRAIN:]
But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you 
you're the one for me 
you love me as much as I do 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in 
And you love me more and more, 
and my love grows up with you, 
and you kiss me more and more 
and I kiss you too 
and I kiss you too! 

If I take your heart, 
I'll cherish it every day 
If I take your heart, 
I'll heal these old wounds 
If I take your heart, 
It's to make it happy 
If I take your heart, 
It's forever close to mine 

[REFRAIN:]
But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you, 
you're the one for me, 
you love me as much as I do, 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in! 
And you love me more and more 
and my love grows up with you, 

And you kiss me more and more, 
and I kiss you too! 
and I kiss you too! 

I don't care,I don't care 
if I'm again carried away 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return! 

I don't care,I don't care 
If I'm again carried away, 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return, 
to give me your heart in return!

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.