Drama Teman Lelaki Upahan (Adaptasi Novel)


Assalamualaikum. Lama betul tak update pasal drama adaptasi novel. Asyik cerita peribadi je. Macam lah ada orang layan. Haha Kali ini drama adaptasi di Slot Akasia. Adaptasi dari novel Teman Lelaki Upahan dan penulisnya Azura Rasiddin.




DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN AKAN DITAYANGKAN DI TV3 SLOT AKASIA PADA 9 FEBRUARI 2015 INI | SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 7 MALAM.

Pasti ada yang tertanya-tanya best tak novel ni, kan? Saya pun belum baca lagi tapi akan diusahakan jugak nak beli sebab..... ramai yang cakap novel ni superb best! Tak percaya?


REVIEW NOVEL TEMAN LELAKI UPAHAN :


*klik untuk kanta pembesaran*








SINOPSIS NOVEL TLU : 

*BOLEH BELI SECARA ONLINE DENGAN KARYA SENI DENGAN DISKAUN RM3*

RM30 SEM // RM 33 sabah,sarawak

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

BARISAN PELAKON : 

Ungku Ismail Aziz sebagai Ezwan Lufti

Siti Elizad sebagai Kyra Lydia

Izara Aishah sebagai Zarra

Wan Raja sebagai Yazeed

Siti Nur Zakiah sebagai Najwa

Shah Iskandar sebagai Fareez

Fikhree Bakar sebagai Haidar

Efazira Sabri sebagai Elena

Sharifah Alesha sebagai Sofea

Fazlina Ahmad Daud sebagai Alina


Kebanyakkan pelakon memang saya tak kenal. Tapi mana tahu drama ni akan jadi meletop seperti Ariana Rose, Love You Mr.Arrogant dan lain-lain, kan? Hehe Kita tunggu saja dan lihat saja drama ini minggu hadapan.


GAMBAR DISEBALIK TABIR DRAMA TLU :


NAK BACA BAB AWAL NOVEL T.L.U ?

*Klik link kat bawah ni untuk ke link bab awal novel*
( BAB 1) ( BAB 2 ) ( BAB 3) ( BAB 4) ( BAB 5) ( BAB 6 ) ( BAB 7 ) ( BAB 8 ) ( BAB 9 ) ( BAB 10 )
[ LINK KE BLOG PENULIS. DONT WORRY, BUKAN SPAM ]

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


5 x Pemenang Bertuah yang akan mendapat RM 150 barangan dengan PERCUMA dari Nile.com.my




[  Klik SINI untuk lebih lanjut] 



Saya mahukan barangan di bawah ini dengan harga kurang daripada RM150 : 



( RM 52.90 )


( RM27.90 )


( RM 27.40 )


( RM25.71 )


( RM15.60 )


Jumlah harga barangan : RM52.90 +RM27.90 + RM27.40 + RM25.71 + RM15.60 = RM149.51

<< CHECK RESULT >>
LAST UPDATE ENTRY : 15/02/2015 , 11.59 pm

Segmen Jom Blogwalking dan Menang Hadiah by Dyan Zakhi


[ KLIK BANNER KALAU NAK JOIN ]


oHyEAAH!! Untuk sekian lamanya tak join giveaway/segmen dan seangkatannya. Ini segmen yang pertama saya join setelah setahun tak join mana-mana GA. Sekarang ni, nak rajin-rajinkan diri join GA sambil BW a.k.a blogwalking blogger yang lain. So members! Mana-mana ada buat segmen ke GA ke roger cheq noh. InsyaAllah kalau rajin saya join. Hehe

Dan, mari semua blogger kita join ramai-ramai segmen daripada blogger Dyan Zakhi ni. Hadiah tak penting, yang penting mengeratkan sillaturahim. Muehmueh. Hadiah kita tolak nombor 2 yaw!


Nota kaki buat penganjur,

Satu blog sponsor INI, saya dah cari gadget follow dalam blognya tapi tak jumpa. Yang ada button kat atas sebelas kanan tu. Saya takut tak menjadi je button tu sebab memang dari dulu saya ada masalah nak follow guna button tu. Terima kasih. hehe 


Lupa pulak, saya ada 1633 followers .



Review: Mereka Yang Awesome (Part 3)


Assalamualaikum !

Dah lama tak review mereka yang awesome ni. Dulu-dulu dah buat (PART 1) dan (PART 2) . Senang kira segala benda dah lama tak buat. Hoho Nak buat macam mana, tuan punya tanah terkena satu jenis penyakit yang semua orang akan kena sekali untuk seumur hidup. Bukan demam campak tapi ia dinamakan 'VIRUS SPM' . Apa punya panjang lebar nak jelaskan penyakit pun. T_T

Habis intro. Kita teruskan niat asal nak Review Mereka Yang Awesome (Part 3) ni.






1- Watever I Like to Write
http://norshamimi.blogspot.com/ ]

Say hello to Nor Shamimi, tuan punya blog watever I like to write. Header versi islamik, i like it! = ) Wallpaper blog so far okay, bunga-bunga ros lagi. Macam ada kat taman bunga ros. Yang penting sekali warna blog sangatlah 'garang'. Acece my fevret kaler. Semua dah cukup perfect tapi bunga shoutbox kat sebelah tu saya rasa macam menganggu pemandangan sikit. Hehe ini apa yang saya rasalah ya. Jangan merajuk. Alololo : ) Jom bloggers! Singgah melepak ke blog WATEVER I LIKE TO WRITE .


2- Kedai Vitamin Wawa Paka
http://vitaminwawa.blogspot.com/ ]

Haa! Yang ni siapa-siapa nak order Shaklee boleh jenguk ke blog ini. Blog ini dimiliki oleh agent Shaklee yang bernama Puan Wawa. Yang berada di area Terengganu pula boleh COD dengan Puan Wawa. Jemput singgah, tengok-tengok harga promosi Shaklee dengan agen Puan Wawa.


3- Lawak Santai Aje
http://jom-santai-aje.blogspot.com/ ]

Jom! Bersantai aje dengan tuan punya blog, saudara Azman Arshad. Yang mana tengah stress-stress tu boleh ke blog ni sebab ada lawak pecah perut. Silakan ya.


4-  Love Till Eternity
http://blalalableh.blogspot.com/ ]

Mula-mula terjumpa link blog Aisya Asri ni, boleh pulak haku pergi baca 'blabah blabah'. Hehe My bad. Jangan marah ya. Apa-apa pun header tu walau simple tapi nampak cantiklah dengan warna-warni macam tu. Yang lain-lain semua dah ok. Good job blogger Aisyah Asri. Mari-mari singgah, bloggers !


5- Mek Zumbie
http://mekzumbie.blogspot.com/ ]

Awas! Anda berada di zon zombie! Haha Gurau-gurau. = P Masa masuk blog Mek Zombie ni, terus teringat kat kawan. Kawan saya yang saya panggil dengan gelaran 'mek' depan namanya. Tapi 'mek' tu bukan namanya Dan zombie tu, kawan saya minat. Ini kes terpengaruh dengan korea lah. Haku pun tak tau ada ke tak kumpulan or cerita atau lagu korea yang bertajuk zombie. Haha Ok stop, melalut! Bloggers, mari terjah blog mek zombie! Follow sekali, kalau tak nanti kena gigit jadi zombie. Ahak! >_<


6- Kisah Cikgu Farha
http://www.cikgufarha.com/ ]


Selamat bertugas kepada cikgu farha. Jangan garang-garang sangat ya dengan anak murid. hehe : ) Header cikgu yang ada tulisan arab tu macam mana ya nak buat? Sempat lagi tanya soalan. Masuk ke blog cikgu buat rasa rindu pula kat cikgu-cikgu sekolah rendah dulu. Rindunya ='(


7- Khaidir Khaizuki
http://khaidirkhaizuki.blogspot.com/ ]

Ngeri pulak tengok header blog dia. Hehe Saudara Khaizuki. Nama ada bunyi ala-ala Jepun. Hee = D Tak apa-apa. Jom singgah ke blog saudara Khaidir Khaizuki ni. Follow sekali kalau rajin.


8- Ema Hasan
http://chenta-shima.blogspot.com/ ]

Jom singgah ke blog Ema Hasan, tuan punya blog yang suka membebel over a simple things. Haha bukan saya yang mengata ni. Tapi ternampak tuan punya badan yang tulis sendiri macam tu. Btw, header bunga-bunga kat atas, nampak nice lah. :)


9- Siti Yang Menaip
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/ ]

Jom! Jom! Ke Pinang kita. Hehe Marilah melawat blog Siti sambil baca latest entry dalam blog Siti. Blog dia cute tau. Boleh buat contoh bagi mereka yang masih baru dalam dunia blog ini.


10 - Masam Manis Kehidupan
http://cikdelimamerah.blogspot.com/ ]

Nak baca cerita-cerita hangat? Sila ke blog Cik Delima Merah sekarang jugak. Haha Tengok kat entry yang lepas-lepas, memang banyak cerita hot. Apa dia? Terjah sendiri lorh. Haha.


11- Degupan Jantung
http://peminatsetiamaherzain.blogspot.com/ ]


12- Muhammad Shahril
http://muhammadshahril97.blogspot.com/ ]


13- SNJ-My Life
http://cik-shiqah.blogspot.com/ ]


14- Sehijau Blog RA
http://www.naniena.com/ ]


15 - Cerita Dari Otak Biasa
http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/ ]


16 - Life is Good. Alhamdulillah
http://poetessemo.blogspot.com/ ]


17 -  Firzanah Azhar
http://firzanahazhar1.blogspot.com/ ]


18- In a Nutshell
http://nadzirahata.blogspot.com/ ]


Fuuuh! Selesai. Yang mana saya tak ada komen apa-apa itu, malas sebenarnya. Ehek. Jangan marah. Banyak sangat yang nak review. Otak ni pun rasa loading je fikir nak komen apa. So dari sering tertangguh nak post entry ni.... Baik letak je tanda nak promote blog korang semua. Hehe

Tapi sebelum tu.... Asyik haku je review dan promote blog korang, tak nak ke review dan promote blog saya ni? Haha serius ni. Tak main-main. = P


JOM BLOGWALKING BLOG MEREKA YANG AWESOME NI !!

Dibatalkan!



Jahat tak jahat, terpaksa juga dibatalkan sebab GA tu tak cukup peserta yang join. Haha Salah haku jugak tak promote habis-habisan dan tinggalkan blog macam tu je. Sebab tuan punya tanah sedang berlibur. kihkih




Tapi..... saya ni baik hati jugak. heh. Nak jugak buat random untuk review mereka yang telah join. Peserta mana yang bertuah untuk direview itu akan dirahsiakan. Nanti dah entry review dipublish baru diberitahu dalam chatbox blog masing-masing yauw!

Daaa !! Assalamualaikum !! Adios !!



Giveaway Blog nik-ainaa.blogspot.com 2015


Assalamualaikum.

Tiba-tiba nak buat GA harini selepas hampir 1 tahun tak buat. Tak tahu ada ke tidak yang nak join sebab hadiah simple-simple je, saya yang sponsor sendiri dan buat GA ni secara mengejut. Mujur tak letak tajuk 'GA mengejut 2015'. kihkih btw harap ada yang sudi join lah ya.

[[ DIBATALKAN - BACA SINI ]]



Syarat GA ni ? Harap jujurlah laksanakan amanah anda. hehe
1- FOLLOW BLOG http://nik-ainaa.blogspot.com/

2- KLIK G+1 DI ATAS BANNER SEBELAH KIRI BLOG INI
 atau 
SHARE LINK GA BLOG INI KAT FB/TWITTER
panduan kalau tak reti


Cara nak join pula, macam biasalah :
1- BUAT ENTRY BERTAJUK Giveaway Blog nik-ainaa.blogspot.com 2015

2- COPY BANNER GA DAN BACK LINK KE ENTRY GA INI

3- HANTAR LINK  ENTRY GA ANDA (bukan link blog!) DI RUANGAN KOMEN ENTRY INI


 [ GA INI AKAN TERBATAL KALAU YG JOIN  TAK MELEBIHI 30 PESERTA  ]


dah siap! sonang kan? Sudi-sudikan diri anda untuk join ya. muehmueh cara nak jadi TOP REFERRAL boleh BACA KAT SINI !!!

Menang 2 Tiket Eksklusif Filem Suamiku Encik Perfect 10! Tapi......


Assalamualaikum.


Baru-baru ni pihak Karya Seni/Penulisan2u buat contest dalam facebok. So saya dengan semangatnya join lah sebab ingatkan dalam tiket tu untuk 22 Januari 2015.


peraduan ni yang saya join.


Dan dan jugak terima mesej kat FB daripada penerbit kelmarin



TAPI !!! Tapi kan.............. Tarikhnya adalah hari ni! H.A.R.I  I.N.I !! Waaaah. Malam ni. Sayangnya..... Terpaksa lepaskan peluang keemasan ni macam tu je. Rugi kan? Rugi!! Kenapa terpaksa lepaskan? Dah baca mesej tu dalam pukul 7 malam. Tarikhnya esok malam. Gila aku nak terbang guna duit daun ke? Haha

 Ingatkan akan dapat 2 tiket free tu pada 22 januari. Boleh lah jugak atur jadual. Rupe-rupenya..... 14 Jan. Adeh! Tak apalah. Nak buat macam mana. Ni namanya.....


ADA REZEKI TAPI REZEKI TAK ADA


Betullah... menang tu satu rezeki. Tak dapat pergi tu.... tak ada rezeki. muehmueh

Taksuh Kpop, Harga Diri Pun Murah


ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM !!!






Tak tau nak cakap apa. Nak bersangka baik pun rasa macam was-was. huhuhu sedihnya tengok kaum hawa menutup aurat dah tapi kerana minat, sanggup harga diri ditolak tepi. MAAF, MAAF dan MAAF kalau apa yang gambar tunjukkan adalah tak benar atau tak seperti apa yang mata melihat. Tapi seraya kongsi gambar ni, untuk MEMBERI NASIHAT.


Wahai kaum hawa, janganlah kamu bersikap demikian (mendedahkan aurat, meninggal kewajipan, bersentuhan dengan lelaki ajnabi) . Berpada-padalah pada minat dalam hati. Jangan menjadi taksub hingga melalaikan diri. Letakkan harga dirimu teratas malah lebih mahal dari intan, berlian dan permata. Malah tak terhitung harganya.

- Sama-sama muhasabah diri dan rakan-rakan -

'Wajah' Baru Blog Nik Ainaa 2015


Assalamualaikum uolls !!

Yeaaaa...... Nampak tak? Nampak? Blog dah 'berwajah' baru untuk tahun 2015 ni! Suka sangat dengan view blog sekarang. Hehe simple but cute. Elelele sebelum korang puji baik haku tuan punya tapak puji dulu. Kahkah



Tepek sini satu printscreen blog sendiri buat kenangan cucu cicik. Sebenarnya, blog ni dah lama terabai dari segi 'sosial'. Maksudnya mem besar blog ni dah lama tak review and blogwalking uolls. Ada sesiapa nak suruh cheq review blog dia tak? Dengan syarat review blog i dulu. kuakua lagak diva menyampah! T_T

Yang tang nak review blog hang tu betuiii.... Meh sini ajak boyfriend girlfriend datang letak link blog korang kat ruangan komen kalau nak kena review dengan haku. Serius ni weyh! Hahaha tak nak sudah! weaaak !! =P

The Teacher's Diary (Thai Movie)


Assalamualaikum.

Selain cerita Taare Zameen Par yang pernah saya tulis dalam blog...  Thai movie yang bertajuk The Teacher's Diary ni pun dah berjaya pikat hati saya. Hehe Kedua-duanya menceritakan tentang guru dan murid-murid.


Watch  Online
The Teacher's Diary


 Kalau Taare Zameen Par menceritakan seorang murid yang 'berbeza' dengan murid yang lain, The Teacher's Diary ni pulak menceritakan dua orang guru yang mengajar di sekolah pedalaman. Memang best sangat. Saya suka dengan cerita-cerita macam ni. Memang bukan cerita cinta tapi setiap kali tengok cerita ni pasti akan ada rasa 'something' macam tu. Pengajaran yang tersirat, maybe?

Memang rugi kalau tak tengok. Sebab cerita The Teacher's Diary ni sangatlah best. Yang mana belum pernah tengok cerita ni boleh klik link kat bawah ni. Yang nak tengok Taree Zameen Par, klik SINI.



Biarkan 2014 Berlalu


Assalamualaikum.

Amboi.... bukan main tajuk entry. Ala-ala tajuk novel gitu. Haha Tapi betul saya cakap. Biarkan saja ia berlalu. Walau pun banyak perkara seronok-gembira berlaku tapi nak tak nak kena say goodbye. Perkara pahit-kelat yang berlaku pun memang tak ada siapa yang mahu ingat. 

Jadi, untuk biarkan 2014 berlalu.... Rasanya tak salah nak 'peram' cerita-cerita 2014 sebagai kenangan. Kisah yang happy-happy lah. Yang sodih-sodih apa kejadah nak share. Baik simpan dalam 'Kitab Sodih-Sodih 2014'. Hahaha kau hado? Kahkah illos kerek. Menyampah T_T


- Cerita Sepanjang 2014 - 


Seronak? Mahu tak seronok jumpa mamat hensem chinese look. Siapa lagi kalau bukan Keith Foo. Daku yang pemalu ni pun jadi gedik ulat beluncas nak bergambar dengan Keith Foo. Yang ni kena istighfar banyak-banyak. Walaupun bergambar jauh-jauh, still tak elok kan bergambar dengan bukan mahram. Ya-ya. Tipisnya iman daku ni. Hukhuk :' (


LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH
Yang ni kalau ingat balik nak menangis pon ada. Macam lucu pon ada. Tapi sakit hati yang banyak. Takut pun ya. Illos tak takut? Tengah elok belajar subjek math dengan cikgu dalam kelas, tiba-tiba je bunyi something meletup. Macam mercun. Nak pulak kawan sekelas menjerit kata wayar elektrik yang meletup. Dan-dan tu jugak loceng panjang berbunyi. Habis lari tak cukup tanah. Dah lari keluar dari pintu pagar sekolah baru tahu rupa-rupanya latihan kebakaran. Grr.... Geram betul dengan pengetua sekolah. Tak nak bagitau sape-sape sampai cikgu-cikgu sendiri lari bertempiaran. Kenangan di sekolah yang menakutkan tapi kalau ingat balik rasa lucu pulak. Kalau ada kamera tersembunyi rakam macam mana riaksi kitorang satu sekolah masa tu.... Memang ketawa tergolek-golek! =_=


MENDAKI  PUNCAK GUNUNG STONG
Yang ni.... mahu sampai cucu-cicik akan diingati!! Best sangat dooh! Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Serius, teringin nak join lagi aktiviti panjat-memanjat gunung ni. Kalau lah ada mana-mana group blogger nak buat program panjat-memanjat ni, janganlah lupakan haku. Sobsob ='( Memang nak ulang lagi aktiviti ni. Siapa yang belum pernah rasa, memang rugi....


NOVEL PERCUMA DARIPADA PENULIS
Hahaha Suka hati? Of course lah. Eh, saya ni peminat tegar novel hokey? Mestilah akan songih lebar kalau dapat novel free. Nak-nak pulak daripada penulis sendiri. Kihkih


TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN MENULIS BERSAMA I LUV NOVEL



Setelah cerpen Tabahkanlah Hatiku Ya Allah terpilih dibukukan dalam Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi terbitan Ilham Alaf21..... Cerpen Kasih Kembali Bersatu pula menang tempat pertama dalam pertandingan menulis. Perasaan time tu? Memang berkali-kali tengok sebab... Yalah... Penulis-penulis hebat yang lain pun join jugak. Ezza Maysara, Ayumi Syafiqah, Ilya Abdullah dan-dan pulak ada Syamnuriezmil. Lagilah terkejut! Daku ini belum jadi penulis rasmi. Tapi alhamdulillah. Rezeki tak disangka-sangka kan. Apa-apa pun saya belum pernah share lagi cerita ni dalam blog. Nanti bila-bila akan dibuat entry khas. hehe


MENJADI CALON SPM
So scary.... Yang ni paling ngeri! Tak nak ulang dah. Tak nak!! Cukuplah sekali ni je hari-hari penuh dengan keseksaan. Sanggup cuti hujung minggu dihabiskan study group kat sekolah. Sanggup bangun awal-awal pagi jam 3 untuk study sebelum ke sekolah. Ohh~ Sangat-sangatlah meletihkan. Terseksa jiwa raga.


HANGOUT BERAMAI-RAMAI DENGAN KAWAN-KAWAN
Happy tak usah dicakap. Siapa tak happy dapat keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan yang ambik SPM. Kitorang merdeka SPM pada 25/11/14 dan hangout beramai-ramai keesokannya. Main bowling, layan game 7D, makan-makan and selfie ramai-ramai! Waaaaaa!! Illos tak seronok. Memang fun habis. Jam 9 pagi kitorang dah tercongot depan KBM dan pulang ke rumah jam 5 petang. HAHAHA esoknya memang sakit-sakit betis! Maunya tak!! Kerja gila yang kitorang buat bersama untuk kali terakhirnya. Hoho >_<


BENCANA BANJIR BESAR DI KELANTAN
Bukanlah kenangan indah yang petut diingati tapi ini pengelaman yang seumur hidup belum pernah berlaku dalam diri haku ini. Sedih tengak rata-rata rakyat Kelantan yang kelaparan, kesejukan, hilang rumah, hilang harta.... Walaupun saya bukan mangsa banjir sampai terpaksa ke pusat pemindahan. Tapi still menjadi mangsa sebab tak boleh kemana-mana. Bekalan elektrik terputus. Bekalan makanan terputus. Moga-moga ini menjadi pengajaran buat kita semua dan semoga bencana banjir besar ini tidak berlaku lagi pada tahun-tahun hadapan. Amin.


Lagi cerita? Ermmmm-emmm itu saja yang mahu dikongsi bersama. Yang lain-lain biarlah terus terserap dikalbu. Dah-dah.... Semuanya tinggal kenangan walaupun 2014 baru meninggalkan kita 7 hari yang lalu. Now, just say goodbye 2014 and say hello 2015. Please be nice with me okay ^_^


Pengelaman Bencana Banjir Besar di Kelantan | Dis. 2014


Assalamualaikum.


Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar !




Memang dah jadi kebiasaan pada musim tengkujuh di pantai timur ini akan ada negeri yang dilanda banjir. Setiap tahun kut berlaku banjir tapi sepanjang 17 tahun saya hidup belum pernah lagi terlibat dan melihat banjir besar begini di Kelantan.

Jujur saya cakap, masa tengok gambar-gambar banjir sebelah Rantau Panjang dan tempat-tempat lain.... Memang tak terfikir langsung yang kawasan perumahan saya akan dilanda banjir jugak.

Tapi semuanya kuasa Allah. Memanglah saya belum lagi perlu naik bot  penyelamat datang sebab rumah dah hampir tenggelam atau perlu bersusah payah meredah banjir. Alhamdulillah rumah selamat dari ditenggelami air dan dimasuki air. Air banjir hanya sampai di pintu pagar belakang rumah. Syukur Ya Allah.

Tapi still kami sekeluarga terperangkap seperti di 'pulau terkecil' yang dikelilingi air tanpa ada sebarang kemudahan elektrik, bekalan air dan makanan. 


Terperangkap seperti pulau selama 4 hari .

Terperangkap tanpa elektrik dan air selama 8 hari .


Teruk dan belum pernah di alami saya tapi tak patut saya mengeluh sebab saya dikiran bernasib baik berbanding orang lain.


Rumah tak dimasuki air.

Bergelap tapi masih ada lampu bateri.

Masih boleh tidur di dalam rumah sendiri.

Tak perlu bersusah payah berebut makanan.

Masih ada rumah.


Masih bernasib baik kan? Tak macam orang lain yang dilanda banjir, rumah hilang. Bekalan elektrik dan air terputus. Hanya tinggal sehelai sepinggang ! Allahu akbar... Tak akan selamanya mereka kena tinggal di pusat mangsa banjir? Tak akan selamanya berumah dalam khemah?


Marilah bantu mereka semua. Bantuan dari segi pakaian, makanan asas, air minuman, lampin, susu, selimut dan lain-lain keperluan asas memang sangat diperlukan. 

Bagi mereka yang ada masa lapang sama ada sedang menganggur atau sedang bercuti, boleh melawat mereka di pantai timur dan hulurkan bantuan dari segi khudrat dan tenaga. Banyak rumah-rumah yang perlu dibersihkan dan diperlukan sukarelawan lebih-lebih lagi kepada warga tua yang tinggal bersendirian.


KEADAAN DI KELANTAN SELEPAS BANJIR BESAR

sumber FB I ♥ KELANTAN

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.