#Drama Jepun: Mischievous Kiss:Love in Tokyo


Assalamualaikum!

Mischievous Kiss:Love in Tokyo - Japam
Playful Kiss - Korea
It Started With a Kiss - Taiwan

Ketiga-tiga drama di atas jalan cerita sama aje dan saya dah tengok ketiga-tiganya.
Tapi yang drama jepun tu baru aje selesai tengok. Walaupun dah tahu jalan cerita sama aje dengan
drama Korea dan Taiwan.... Still nak tengok.




Kebiasaannya saya akan tengok drama Jepun dulu dan baru tengok drama yang sama
tapi versi Korea and then baru tengok versi Taiwan. Sebab drama 3 versi ni memang
kebanyakkan sama. Macam Hana Kimi, Hana Yori Dango Hanazakarino Kimitachihe dan hana kimi korea tak silap nama drama tu, To The Beautiful You.

Ok, berbalik Love in Tokyo ni. Cerita ni saya suka jugak. Sweet jea.
Walaupun jalan cerita mengisahkan love at first sight, truely love, handsome boy with
dumb girl... typical drama kan? Tapi still akan keluar "so Sweet~". Ok, menggedik you!

Nak tengok jugak? Nak? Nak? Tak nak? Pi main jauh-jauh. Hee
Yang belum tengok lagi, boleh klik link di bawah ni ya.
Selamat menonton. =)


Abby Abadi Disahkan Bercerai Dengan Muhammad Noor Farhan



Petikan Dari beautifulnara.com :
Farhan, suami kepada Abby Abadi dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak 2 kali kepada Abby Abadi. Salah satunya tidak dilaporkan kepada mahkamah iaitu apabila Farhan memberitahu rakannya yang dia sudah menceraikan Abby Abadi. Lafaz tersebut adalah sah dan Abby serta Farhan telah rujuk secara perbuatan tanpa memberitahu mahkamah terlebih dahulu.
abby abadi cerai
Kata Abby Abadi:-
Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah
abby
Kemudiannya Abby memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu. SMS tersebut dihantar pada jam 10.25 pagi apabila suaminya tidak pulang ke rumah malam sebelumnya. Kata Abby lagi:-
Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej.
abby
Bagaimanapun kes ini terpaksa ditangguhkan hingga 11 Jun untuk membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Apa pun, takziah kepada Abby Abadi dan Farhan atas kemelut rumah tangga mereka. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Info asal Mstar Online.



Terkejut bukan main tadi baru beberapa saat yang lalu dapat tahu Abby Abadi
bercerai untuk kali kedua di buletin Tv1. Allah... jatuh simpati terharap Abby Abadi.
Perkahwinan yang kedua yang dibina tidak kekal lama. 


Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Abby Abadi.


Remaja 14 Tahun Dirogol 38 Lelaki


Assalamualaikum!


Allah! Allah! Allahu akbar!




Sungguh! Tak sangka akan ada kes macam ni di Malaysia. Ingatkan di negara dikuasai
zionis sahaja yang sebelum ini kita dikhabarkan tentang seorang wanita dirogol beramai dan diseksa.
Tapi yang ini paling tak dijangka. Paling sedih, berlaku di negeri serambi mekah!!

Allah.... Apakah semua ini? Sudah tiada erti keperikemanusiaan ke?
Allah.... Allah..... Allah !!!!

Sebab itulah Islam mewajibkan hukum hudud dijalan supaya perkara sebegini
dapat dielakkan dan pada si perogol/penjenayah ni pun akan dikenakan denda sewajarnya.
Bukan setakat masuk penjara 5-10 tahun then kena denda hanya Rm10-20k. Please....
Tak mendatangkan takut dan insaf kepada orang ramai dan si pelaku langsung!!

Sebab itu juga kita perlu elak berpakaian menonjol sehingga lelaki melihatnya
dengan bernafsu. Allah.....

Semua kewajipan yang Allah tuntut dan perkara yang haram ada hikmahnya.
Ada sebabnya.... Semoga lepas ini HUKUM HUDUD akan DITEGASKAN di negera Islam.
Percayalah, kalau tak nak kaum kerabat sendiri yang kena rogol atau berzina....
sokonglah tuntutan Islam yang satu ini.


LAKSANAKAN HUKUM HUDUD !!!

#Drama Korea: My Princess


Assalamualaikum!

Serasa-rasa dah lama tak tengok drama-drama korea. Dah lama tinggal
zaman korea ni. Mula-mula tergila-gila dulu masa umur 14 tahun jea. Lepas tu so~so~.
Ada jugak sekali-kali tu nak tengok drama tapi tak sampai separuh jalan, dah stop. Heee
Malas den nak melayan. Drama melayu pun den tak tengok.


Dulu, saya dah tahu kewujudan cerita ni dan dah nak menontonnya tapi tengok jea
banyak sangat episod cerita ni  terus tak jadi. Tapi disebabkan cuti sekolah dah bermula
awal dari tarikhnya sebab dua hari tu cuti sendiri.... muehmueh

Rasa bosan pulak. Nak baca novel pun tak ada mood. Jadi tertarik semula nak tonton
drama korea My Princess ni. Tak sangka pulak BEST!! Haha gelak-gelak pun 
ada tengok cerita ni. Sekarang ni, saya masih menontonnya. Baru tiga hari tengok cerita ni, 
dah masuk episod yang ke16. Hehe Ajaib bagi si insan yang bernama Nik Ainaa.

Kalau tak, drama melayu yang hanya 14 episod pun mula-mula jea sanggup tengok.
Lepas tu say sorry-morry. Tengok-tengok, dah start drama baru. Haha.


Bagi peminat drama Korea tu, ada yang nak join saya tonton drama MY PRINCESS ni? 
Kalau nak join, saya dah sediakan link ke drama tu. Don't worry, subtitle ada punya.  
Korang boleh pilih bahasa subtitle yang korang nak. English, Melayu, Cina, Tamil pun boleh. =) ada lebih daripada 25 bahasa subtitle disediakan.



Drama Kusinero Cinta (Mustika HD)


Assalamualaikum!

Pada bulan lepas, saya dah pernah update pasal pelakon terkenal dari Filipina turut serta
berlakon dalam drama KUSINERO CINTA dalan entry INI. Tapi kali ini, saya akan update
entry tentang drama Kusinero Cinta ini dengan lebih detail.

DRAMA KUSINERO CINTA BAKAL DITAYANGKAN DI SALURAN MUSTIKA HD (134) PADA 26 MEI 2014, SETIAP HARI ISNIN-RABU PADA JAM 10 MALAM




SINOPSIS :
Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya.

Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.

 
Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. 


Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,


Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ. Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. 


Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.


BARISAN PELAKON HEBAT :

Jericho Rosales sebagai Chef Fredo
Aaron Aziz sebagai Syed Izmir
Tiz Zaqyah sebagai Edrinna
Jasmin Hamid sebagai Datin Raudah
Arash Mohamad sebagai Datuk Mahadzir
Ziela Jalil
Miera Liyana


GAMBAR DARI DRAMA KUSINERO CINTA :
























Taare Zameen Par, Like Stars on Earth


Assalamualaikum!


Siapa pernah tengok cerita ni? TAARE ZAMEEN PAR (LIKE STARS ON EARTH).
Cerita ni dah lama tapi saya baru aje selesai tengok. Hehe Memang..... SUPERB BEST !! 
Ya Allah... Best sangat-sangat. Nilah satu-satunya cerita hindustan yang saya
tengok sampai berderai air mata.

Cayalah Aamir Khan! Confirm!! Cuti sekolah next week saya habiskan masa tengok
semua hindustan movie Aamir Khan. Novel entah kemana. Buku kemana.
Kerja kursus PA pun entah melayang ke mana. kuakua.

Oklah, siapa yang nak tengok jugak cerita ni?
NAK? NAK? NAK?

Kalau nak tak payah susah-susah search dalam internet movie TZP ni
yang siap ada english subtitle. Saya ada sediakan. =)




Kalau tak keluar subtitle. Boleh rujuk bawah ni ya.


Bergurau Biar Bertempat


Assalamualaikum!



Kadang-kadang tengah bergurau atau berbual-bual, tanpa sedar kita terbuat orang
terasa hati dengan kita. Begitu juga sebaliknya. Biasalah, penyampaian seseorang itu telah
disalah tafsir oleh orang yang ditujunya. Kadang-kadang kita boleh lihat riaksinya
jika kita tersedar bahawa kita telah menyakiti hatinya.

Begitu juga saya, tentu ada dalam bicara itu tanpa sedar terbuat rakan-rakan yang
mendengar berkecil hati dengan saya.


TAPI BAGAIMANA PULA KALAU ORANG TU MEMALUKAN KITA DEPAN RAKAN-RAKAN LAIN TAPI DIANGGAP GURAUAN OLEHNYA?


Tak tahu nak cakap macam mana. Dah cuba berhusnuzon bahawa dia tak sengaja
dan tak sedar bicaranya telah melukakan hati ini. Tapi apabila dah banyak kali kena dimalukan
di depan rakan-rakan yang lain..... mula lah syaitan berbisik jahat.

Entah dia sedar atau tidak kata-kata dia tu sampai buat saya berkecil hati.
Paling tak tahan dia cakap kat orang lain pula. Sengaja nak memalukan apa? What the....
Kadang-kadang tak tahan juga, nak juga melempiaskan amarah ini.

Tapi.........

Hmmm.... Saya rasa better saya hanya simpan dalam hati. Suka hati dialah.
Biar dia sendiri yang sedar. Kan kalau cakap kan bermasam muka pulak. Mengata orang
mudah terasa ke apa ke pulak. Sigh.


Susah betul nak jaga hati perasaan ni.....

Hasil Tangkapan Novel di PBAKL 2014!


Assalamualaikum!

Baru-baru ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 telah diadakan di PWTC.


Dan sudah selamat melabuhkan tirai pada 4 mei yang lalu. PBAKL yang mencecah ratusan ribu pengunjung itu tentu terselit juga peminat-peminat tegar novel. Dan.... saya tak 
terselit pun walaupun peminat tegar novel. Hehe Exam bepp.... Lain tahun nanti saya pergi
jika panjang umur dan diberi keizinan.

Nak jadi kira macam tahun lepas, saya hanya kirim dengan kawan saya. Tapi kali ini
kawan saya pun tak pergi. Tapi kakaknya yang pergi. Jadi kirim kat kakak dialah. Dan hasilnya...


Hanya lima novel yang best-best dapat kakak kawan saya beli. Ada satu lagi saya kirim,
Cukup Cerita Itu karya Siti Rosmizah tapi dia tak sempat nak beli. Untung tau beli kat PBAKL ni, kalau 5 buah novel beli kat bookstore SMO di Wakaf Che Yeh atau KB Mall, 5 novel pun dah
RM150 ke atas. Tapi beli lima novel ni kat PBAKL, hanya RM119.

Tak puas hati sebenarnya sebab dapat beli sikit, pulus tak cukup maa..... Dalam hati dah
tanam hasrat lain tahun nak pergi sendiri dan kat sana nanti nak borong novel banyak-banyak.
Perlu ke kumpul duit dari sekarang untuk borong di PBAKL di lain tahun? Erk....


123 buah novel dah saya ada termasuk novel-novel yang baru dibeli. Yea! Kebetulan pulak jumlahnya '123'. hehe Tapi tak boleh lawan peminat tegar novel yang lain yang dah capai beratus-ratus sehingga ribu-ribu novel. Tapi bangga jugaklah dapat kumpul 123 buah novel dengan hasil
simpan duit sekolah dan duit jadi blogger walaupun saya masih budak bersekolah. ngee~

Yang korang pulak macam mana? Berapa banyak yang dihabiskan di PBAKL? =)

#Game: Super Junior Birthday Game


Assalamualaikum!

Tadi jelajah dari satu FB ke satu FB and then terjumpa game ni. Then, saja-saja test plus bermain sebelum exam. kihkih Meh sama-sama kita main game ni.




# Donghae Kisses Me Because I'm Hot!  <---- Ahaha! Tak kuasa!!


Jangan malu-malu tinggalkan jawapan game ini di ruangan komen. =)

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.