#8Share: Cash out Kali Ke-2


Assalamualaikum!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lepas beratus duit melayang sebab 'borong' novel kat PBAKL 2014, rezeki lain pula yang datang menggantikan. Syukur Ya Allah....



Thanks a lot Allah and thanks to you too, 8Share. Oh, You, you and you.... THANK YOU, YOU!! Love uolls muah muah. hehe

Sekolah Yang Disangka Akan Meletup!


Assalamualaikum!



Ini kisah pagi tadi masa kat sekolah. Sebenarnya memang rasa malas tu memang kuat menguasai diri. Tiba-tiba hari ni rasa TERSANGAT MALAS nak ke sekolah. Tapi apabila teringatkan exam, next week! Terus batalkan niat tu.

Nak jadikan cerita, sekolah saya tu ada dua pintu pagar. Pintu bahagian depan untuk laluan pelajar lelaki dan pagar laluan pelajar perempuan pulak berdekatan dengan tempat parking kereta guru-guru. Macam biasa, memang saya antara pelajar yang datang LEWAT ke sekolah. Hehe bukan kes bangun lewat tapi kes malas nak beratur pagi-pagi. Ehe! Sshhyyy.... ni rahsia kita-kita aje tau. *winkwink*

Ok, seperti biasalah.... Pagi-pagi mesti ada 'guard' a.k.a pengawas yang akan check uniform sekolah. Masa tu peliklah, tengok-tengok kat tempat parking kereta tu ada tali plastik kuning tu, alah.... Nama apa entah. Kat situ ada tulis 'Sila Parking Kereta di Belakang Kantin'. Pelik dah masa tu tapi tak terfikir apa-apa, tapi semakin pelik sebab ternampak something di hadapan kelas ting.4.

Dipendekkan cerita, masa tu matapelajaran math, masa yang ke tiga camtulah. Tiba-tiba terdengar bunyi macam mercun dekat kantin/bilik guru (kelas saya dekat dengan kantin dan bilik guru). Mula-mula buat tak tahu lepas tu bunyi pulak, banyak kali pulak tu. Then tiba-tiba salah satu kawan sekelas saya jerit,

"Elektrik meletup! Elektrik meletup!!!"

Lebih kurang macam tulah, dia jerit. Serentak dengan jeritan dia tu tiba-tiba elektrik tak ada. Masa tu tak usah cakap, memang kalut habis! Kebetulan jugak loceng berbunyi. Terus berebut-rebut keluar dari kelas!! Lepas keluar dari kelas tu, terdengar cikgu disiplin menjerit,

"Lari!! Lari!! Semua pelajar lari!!!"

Haa!! Tak akan lah kitorang nak tercegak kat situ lagi? Dengan bunyi meletup seperti mercun tu masih kedengaran.... LARI LAH BEEP!! Tak perlu tunggu lama terus keluar dari pagar sekolah. Kaki tangan dah terketar-ketar. Tak habis fikir bunyi apakah itu. Dalam fikiran ni, 

"Ya Allah... sekolah aku nak meletup ke? Ya Allah, tolong lah jangan. Ya Allah."

Teringatkan Allah jea masa tu. Saya dengan kawan saya memang lari jauh-jauh dari pagar sekolah. Budak-budak lelaki pulak ada berkeliaran tepi-tepi sekolah. Lepas tu terdengar pula ada budak jerit "Api!!!" adoilah.... Saya dengan kawan saya tu lagilah kalut lari jauh. Saya tak nampak pun api tu. Tapi takut weyh masa tu.

Beberapa saat lepas tu, try lah jenguk. Tengok-tengok, ternampak samar-samar api dekat kelas ting.4. Asap hitam dah berkepul-kepul kelihatan. Perasaan saya masa tu memang takut sangat-sangat. Tak terkata. Tak dapat dibayangkan sekolah saya terbakar. Meletup! Tapi sempat fikir, 'Macam manalah aku nak ambik SPM kalau sekolah meletup?'.

Masa tu jugak ternampak ustazah berdekatan dengan saya. Terus pergi kat ustazah.Tanya ustazah apa yang berlaku ni. Ustazah cakap, 

"Latihan ni, latihan."

Heh?

"Tak akan latihan ustazah. Lepas tu bunyi apa meletup tu?"

Saya dengan kawan saya tak percaya, terus dapatkan guru kelas saya. Tanyalah ustazah(guru kelas) soalan yang sama.

"Latihan jea ni. Mudir(pengetua) dengan Ustaz Aseri(guru disiplin) je yang tahu. Diorang saja nak buat latihan kebakaran."

Haaaaaaaaaaaaaaah???????

Cis, semua pelajar dan guru-guru tertipu rupanya.!!! Ingatkan sekolah nak meletup betul-betul.... HANYA LATIHAN KEBAKARAN!!!! Grrr...... geram betul. Nak tampor orang jea rasa. Jahat betul lah mudir n ustaz ni!!! Heee!!!! Geram!!!

Rupa-rupanya, latihan ni memang tak ramai yang tahu. Cikgu-cikgu pun kebanyakannya empat atau lima orang jea tahu. Kalau tak, cikgu tak akan turut lari sambil 'selamatkan' laptopnya yang masih terbuka. Ustazah tak akan bawa kertas-kertas kerja SMU lari sekali. Huh. 

Yang bunyi meletup tu, memang mercun. Cikgu-cikgu lelaki yang mana bersubahat tu yang lempar mercun tu. Yang tak ada elektrik tu pun, memang disengajakan. Yang api apa tu pun, adalah 'something' yang saya ternampak hadapan kelas ting.4 tu. Dia bakar benda-benda tu.

Pelik bebenor, selama saya bersekolah disitu nak masuk 5 tahun dah. Baru nak buat latihan kebakaran? Tak pernah-pernah. kalau masa sekolah dulu pun, latihan kebakaran tak adalah macam ni. Memang cikgu akan maklumkan dulu kat pelajar-pelajar yang akan adakan latihan kebakaran. Yang ni..... 

GIMIK JEA LEBIH !!!

Sepanjang saya sekolah kat situ, kira dah dua fenomena yang sempat saya lalui. yang first, masa form 3. Kalau nak tahu cerita, pergilah godek kat entry lama, cari fenomena tercetus apa entah. tak ingat dah. Yang kedua, fenomena yang berlaku pada 28/04/14 ini. Memang fenomena-fenomena yang tak dapat dilupakan.


TAPI kan.......


Tak dapat bayangkan kalau benda ni betul-betul berlaku. NAUZUBILLAH. minta dijauhkan YA ALLAH!

Harga Runtuh Untuk Novel Ini Semua!


Assalamualaikum!

Saya malas lah nak cakap panjang-panjang, terus direct to the point ya.
Siapa kat sini peminat tegar novel? Kalau ya sila baca elok-elok ya. Sekarang ini, penerbit Elee Mardiana Publication tengah buat HARGA RUNTUH untuk 5 NOVEL! Promosi 40%-45% untuk sebuah novel tapi tak termasuk postage. Giler tak murah?



Satu-satu novel tu hanya RM10-RM15 jea bep!! Dan harga untuk kelima-lima novel ni hanya RM70 sahaja. Mari-mari peminat novel. Kalau nak harga runtuh macam ni, PM terus kepada penerbit Elee Mardiana, ok. Jangan lepaskan peluang ini!!

Jericho Rosales Dalam Drama Kusinero Cinta


ASSALAMUALAIKUM!!

Biar betul pelakon Filipina ni berlakon dalam drama melayu, Kusinero Cinta? Wow!! Tentu ramai peminat-peminat Jericho Rosales tak sabar-sabar menanti drama Kusinero Cinta ditayangkan selepas tamatnya cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta kan? Nasib badan lah tahun ni SPM dan kat rumah tak ada channel Mustika HD. Kalau tak... memang tak tengok jugak. HAHA bukan apa, malas nak tengok drama yang berpuluh-puluh episod ni.

Pelakon-Pelakon Hebat Yang Membintangi Drama Kusinero Cinta :

Jericho Rosales sebagai Chef Fredo
Aaron Aziz sebagai Syed Izmir
Tiz Zaqyah sebagai Edrinna
Jasmin Hamid sebagai Datin Raudah
Arash Mohamad sebagai Datuk Mahadzir
Ziela Jalil
Miera Liyana

















Drama ini akan mula ditayangkan di Astro Mustika HD pada bulan 5 ini. Masa dan hari belum ketahui. Apa-apa update boleh rujuk SINI.

Senarai Pemenang GA Siapa Yang Bertuah


Assalamualaikum!

BACA NOTIS DIBAWAH INI DAHULU !!


1- Para pemenang perlu menuntut hadiah dengan sponsor sendiri

2- Untuk mengelak mesej anda tidak masuk ke INBOX tapi ke OTHER, sila ADD sponsor dahulu.

3- Para pemenang diberi masa selama 9 hari sahaja iaitu sehingga 27/04/14 untuk menuntut hadiah korang dengan sponsor.

4- Jika selepas 27/04/14 pemenang masih tidak menuntut hadiah, maka dikira burn! Sebarang rayuan selepas itu tidak akan dilayan.

5- Jika selepas 27/04/14, masih tiada respond dari sponsor, sila PM saya di SINI. Di chatbox atau komen di entry tidak akan dilayan!


NOTIS YANG KEJAM? hehe taklah. Ini memudahkan sponsor, pemenang dan saya sendiri. Orang masing2 ad tugas masing2. Tak ada masa nak layan kerenah orang lain. Jadi keluarlah notis yang berupa kejam ini. SEKIAN.




2- KEYCHAIN SABAH DARI MARDIAH


3- SHISEIDO MASK DARI NADIYA


4- NOVEL SOMETHING BORROWED DARI FAREZ


5- NOVEL THE HOBBIT DARI FAREZ


6- KEYCHAIN FELT DARI EYMASU


7- ADMIN & PROMOTE BLOG DI PAGE DARI HAFIZAH


8- MASK & DRIDGE MAGNET LEGOLAND DARI MASZULL


9- MASK DARI MASZULL


10- COVER NOVEL DARI ARYSSA NAJWA


11- NOVEL YES,BOSS! ATAU NOVEL DOSA SEMALAM DARI NIKAINAA

#Nuffnang: CPUV Bulan April


Assalamualaikum!
Alhamdulillah.... walaupun rating visit blog dah berkurang sejak tahun ni, Nuffnang still baik hati bagi CPUV tiap-tiap bulan.




Alhamdulillah! Alhamdulillah! Terima kasih juga untuk rakan-rakan blogger yang sudi datang visit blog daku yang sudah bersawang ini. hehe

Ohya, kepada yang tertunggu-tunggu pengumuman pemenang GA tu, get ready tomorrow kay? Saya akan umum esok malam. Dan GA seterusnya pula akan menyusul. Hee

Kelewatan Umum Pemenang GA


Assalamualaikum!

Buat kali-kalinya saya minta maaf sebab sgt lewat umum pemenang GA yang lepas. Sorry guys. Agak susah untuk saya update blog sebab saya online guna phone. Tak guna laptop. Tapi Pemenang tetap akan ada. Dont worry kay? :)




Hujung minggu ini saya akan update senarai pemenang. So please check your link, HERE.

Malaysia Mengalami Musim Bunga?

Assalamualaikum.

Hari ni buka jea FB pakat ramai-ramai post gambar pokok berbunga
cantik-cantik. Sekali tengok, nampak macam bukan kat Malaysia daaah. Subhanallah!

Ini dicopy paste dari FB :


Kedah/Alor Star/JB


Kat tempat korang camna? Ada tak pokok-pokok yang sedang berbunga
cantik ni? Kelmarin saya keluar ke KB tak ada ternampak pun.
Bestnya orang-orang kedah dan Jb dapat merasa 'musin berbunga' kononnya.
Hehe


DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.