Drama Projek Memikat Suami (Adaptasi Novel)


ASSALAMUALAIKUM!




Lagi drama adaptasi novel untuk rakyat Malaysia. Kali ini drama adaptasi dari novel keluaran Penulisan2u iaitu Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah. Novel ini,
 bagus untuk orang yang kahwin  sebenarnya tapi saya dah pun 'TERbaca'. hehe
But don't worry, tiada lagi aksi 18sx  yang ada.  Cuma nak nasihat yang mana kochik-kochik
lagi tu, jangan nak test projek memikat suami ni kat pakwe-pakwe anda ya. Ingat tu.


Drama Projek Memikat Suami ini Akan Mula Ditayangkan di Astro Ria (104) 
pada 16 Disember 23 Disember ini, Setiap Hari Isnin Pada Jam 9 10 Malam.


SINOPSIS PROJEK MEMIKAT SUAMI :


PROJEK MEMIKAT SUAMI

HARGA : RM21 (SEMENANGJUNG) RM 24 (SABAH/SARAWAK)



NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
 
 
 
GAMBAR SEKITAR DRAMA PMS:




Emma Maembong sebagai Nawwal Husna | Aiman Hakim Ridza sebagai Zahrain Alimin























BACA BAB AWAL NOVEL PMS :

(BAB3)



Okey, seperti biasa. Drama ini juga akan diupdate di TONTON ONLINE.
Jadi sekiranya anda terlepas untuk menontonnya atau tiada Astro dirumah,
boleh tengok secara online di TONTON ONLINE.
Akan saya update sepantas mungkin.



Kes Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang Digugurkan


ASSALAMUALAIKUM !!


Hari itu, heboh satu Malaysia kan tentang skandal artis Adi Putra dengan isteri orang
ni kan. Macam-macam cerita kita dengar, yang AP kongsi gambar lucah dengan
isteri orang. Lepas tu baru-baru ni skandal AP pula tampil ke hadapan, mengakui bahawa
dia memang ada skandal dengan AP dan bertukar-tukar gambar peribadi.


Sekarang, apa cerita ni tiba-tiba kes skandal Adi Putra dengan isteri orang digugurkan?
Baca selanjutnya di petikan dibawah ini dari MyNewsHub.My




KUALA LUMPUR – Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.

“Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.

“Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.

Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.
Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

“Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini,” katanya.

Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.

Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.

“Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.

“Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.

Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.

“Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” ujarnya. – mStar Online

Emma Maembong Mula Berhijab


ASSALAMUALAIKUM !!





Hari ini, nak update tentang artis sikit. Walaupun tak gemar ambil tahu pasal artis
tapi still skodeng-skodeng jugak laman web MyNewsHub.My Terjumpa entry 
pasal Emma Maembong ni masih mencuba untuk berhijab.


Syukurlah semakin ramai sekarang yang mula berhijrah. Tapi semoga-moga
bukan berhijrah fizikal sahaja, berhijrahlah sambil mendalami ilmu agama lagi. Yang kita
dah lama berhijab ni pun kena belajar lagi. Kita berhijab tak semestinya kita dah cukup alim. 
Ilmu ini, belajar sampai akhir hayat pun belum habis lagi. 


Ok, berbalik kepada Emma Maembong tadi. Jom kita baca cerita pasal dia.



 PETIKAN DARI MY NEWS HUB :



Kuala Lumpur – “Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.

“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim.
” Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata. – myMetro Online

Macam Cantik Macam Comel - Erry Putra Ft. Syasya Solero


Assalamualaikum!


Semalam, tiba-tiba jea abang saya datang dekat dengan saya dan tanya
dengar dah ke tidak lagu terbaru 'Macam Cantik Jea, Macam Comel Jea'.
Dan dia tunjukkan lah lagu Macam Cantik Macam Comel - Erry Putra Ft. Syasya Solero .
Aiik! Best lah pulak!! kiukiu =3 femes si Syasya tu sekarang.


 Dan baru hari ini kutahu bahawa Erry Putra adalah penyanyi merangkap penulis lirik.
 Adeh! Sorry lah. Cheq memang tak ambil hirau biodata artis-artis ni.
 Kusangka kan dia hanya pelakon jea selama ni. Best pulak tu suara Erry Putra ni. Huuu~


Mari sama-sama dengar lagu Macam Cantik Macam Comel - Erry Putra Ft. Syasya Solero 
video

Lirik :

Mata mata matamu mengoda aku
Senyum senyum senyum memikat kalbu
Wajah wajah wajahmu menarik hati
Hati hati hatiku untuk kamu

Walau jauh ku tetap menunggu
Ku ingin selalu denganmu

Macam cantik macam comel itu katamu
Memang cantik memang comel itu kataku
Kau selalu ada didalam sudut hatiku
Ku ku  menunggu

Baby baby i love you


Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga Pula


Assalamualaikum!


Ya, sayalah tu. Dah lah jatuh, ditimpa tangga pula. Ni bukan saya
jatuh ke apa tapi ujian untuk saya di penghujung tahun ini.


Laptop dah seminggu rosak. Langsung tak boleh buka. Terpaksa guna laptop abah.
Itu yang jadi malas nak update blog. Guna blog orang mana syok. Bukan itu saja, FB yang saya khususkan untuk berkaitan blog/blogger kena BLOCK! FB cakap sebab terlalu banyak hantar mesej
in one time. Ok, tahu salah saya. Tapi kenapa FB tak bagi amaran? Manalah saya tahu
tak boleh hantar banyak-banyak. Ceh. Cayalah sangat.


Fanpage saya NIK AINAA BLOGSPOT dan INA MEOW MEW pun turut kena tempias
sebab akaun FB yang kena block itu saja jadi admin. Menyesal tak spare akaun lain
jadi admin. Kalau korang search fanpage saya, memang boleh bukak. Tapi yang tak 
boleh bukak saya. Tak boleh nak update dah. Kena buat pages lain gamaknya


Tapi ianya satu kerja gila. Satu page tu dah hampir 1K tahu! Bukan senang saya nak
kumpul hampir 1K tu. Makan masa bertahun-tahun! Lainlah kalau orang lain yang 
sememangnya dah femes. Tak perlu cari likers, orang akan cari pages dia.


Dah banyak kali cuba buka akaun FB kena block tu. Still tak boleh.
Ada benda dia suruh buat. Iaitu dia bagi gambar dan suruh bagitau gambar itu
milik friend saya yang mana? Pergh! Manalah daku tahu! 


Tolonglah, siapa-siapa yang mahir macam mana nak dapatkan semula page saya tu.
FB tak boleh tak apa tapi kalau boleh nak jugak. Letih kut nak join satu-
satu group blogger dan add kawan-kawan blogger.



BTW, JOM ADD + FOLLOW FB BLOG SAYA YANG BARU --> CT WAN

Aiskrim Oreo Buatan Sendiri


Assalamualaikum!


Cerita ni cerita kelmarin dulu sebenarnya. Sejak kebelakangan ini
memang nak makan ABC/aiskrim jea. Kat KB ni pun dah jarang hujan.
Tapi musim hujan ni mana ada orang jual ABC jadi teringatkan lah aiskrim oreo
yang orang kata senang aje nak buat. So kirim barang suruh abah beli then abah balik
aje terus buat. Tengok resepi dalam internet. Sonang sangat !! Campur-campur lepas tu
putar-putar dengan mesin pemutar tu letak dalam peti ais. Siap !!





Yeah! Itu dia... Aiskrim Oreo hasil tangan kusendiri. Mula-mula rasa tu, sesuap
masuk ke dalam mulut memang happy giler-giler sebab menjadi. Lepas tu try makan lagi,
 lagi dan lagi. Erk! Rasa lain lah pula. Tanya abah saya, typical abah akan cakap sedap walau apa
pun anak perempuan dia ni masak atau buat. Tanya mami saya pun sama. 


Tapi lepas saya komplain aiskrim hasil air tangan saya ni sendiri, cakap rasa pelik baru
lah mami cakap maybe terlebih letak ovallete. Owh, okey. Semalaman saya 
sakit kepala. Lidah ni masih rasa pelik. Ni buat saya 'mengidam' nak makan
 pauh ringan yang sememangnya masam adalah kegemaranku.


Tak apalah, first try memang mesti ada yang tak kena kan?
Heh, ni pujuk hati sendiri ni. Tapi kira okey dah tu dah mami abah cakap sedap.
Kalau orang tanya pun nak cakap saya buat sedap walau hakikat tak semanis angan-angan. Ngee....


Nak cuba buat jugak? Search aje dalam internet. Berderet keluar.
Cheq malas nak tulis resepi sebab cheq pun tengok resepi dalam internet. Ngehngeh

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour

Drama Cinta Pandang Ke-2 (Adaptasi Novel)


Assalamualaikum!




Nampaknya kita akan terus disajikan dengan drama-drama adptasi
novel non-stop sehingga.... bila entah. Tapi yang pasti sekarang dan sampai bulan satu
2014, banyak drama adaptasi novel aje yang ada.


DRAMA CINTA PANDANG KE-2 INI BAKAL DITAYANGKAN PADA HARI KHAMIS (5DISEMBER) INI, JAM 8:30 MALAM DI TV9 SLOT AURORA.


Drama ini diadaptasi dari novel Cinta Pandang Ke-2 karya Laila Kamila
yang diterbitkan dibawah terbitan Alaf21. Saya belum pernah baca lagi novel ini tapi
penulis Laila Kamila memang sudah sebati dengan peminat-peminat novel.


SINOPSIS CINTA PANDANG KE-2 : 
 

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’

Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.
Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ dan menjadi kegilaan sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi!
Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul di dalam diam.
Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu lalu nekad bertukar ke sekolah lain.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu….

Zairul-Pertama kali bertentang mata, hatinya sudah terpikat. Kecantikan yang dimiliki gadis itu membuatkan jiwa lelakinya tidak keruan. Tetapi layakkah mat despatch bercinta dengan bos sendiri?

Ainnur-Parut lama kembali berdarah. Lelaki itu telah masuk perangkap cintanya. Aha! Inilah masanya untuk membalas dendam lama.




DRAMA INI DIBINTANGI OLEH :

 Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Ery Zukhairi, 
Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, Jazli Hassan, Haizat Hassan 
serta turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi...



 PROMO CINTA PANDANG KE-2 :



Drama ini akan saya update di TONTON ONLINE bagi yang tidak
sempat menontonyya. Jangan risau, okey. ;)



(LAGI DRAMA ADAPTASI AKAN DATANG ---> BUKAN KERANA AKU TAK CINTA)

#Nuffnang : Jom Sama-Sama Tekan 'Cash Out' !!


Assalamualaikum !!



Ada empat perkara, barangsiapa memilikinya Allah akan membangun untuknya rumah di surga, dan dia dalam naungan cahaya Allah yang Maha Agung. Apabila pegangan teguhnya  “Laailaha illallah”. Jika memperoleh kebaikan dia mengucapkan  “Alhamdulillah”, jika berbuat salah (dosa) dia mengucapkan  “Astaghfirullah” dan jika ditimpa musibah dia berkata  “Inna lillahi wainna ilaihi roji’uun.” (HR. Ad-Dailami)


Ingat itu, abang-kakak-adik sekalian. Perlunya kita ucapkan Alhamdulillah. 
Saya teringat masa kawan saya beri tazkirah tentang "Susahnya Mengucap Alhamdulillah".
Memang benar, manusia kalau diberi kelebihan atau kebaikan, kita lupa untuk ucapkan Alhamdulillah.
Kebiasaannya mereka akan bersorak atau apa-apa. Astghfirullah. Peringatan buat saya dan sahabat se-Islam.


Jadi marilah sama-sama kita ucapkan ALHAMDULILLAH kerana diberi rezeki untuk cash out
lagi hasil berblog kita. Ucapan terima kasih tak terhingga untuk mereka yang datang ke blog saya dan
sudi tolong klik link iklan yang dishare di blog, FB dan twitter. Terima kasih sangat-sangat.



DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.