Pemenang Simple Giveaway by NikAinaa


Assalamualaikum!

Sebelum tu nak minta maaf seandainya ada kekurangan atau
kekhilafan saya dalam GA ini.

Dan maaf umum lambat. Janji nak publish entry ini petang tadi tapi line slow yang amat.
Faktor cuaca mungkin. Sebelum nak umum pemenang nak membebel kejap.
Ramai yang komen tak ada dalam list special random. Kenapa? Saya dah pastikan semua ada
dengan membaca semua entry. Sebab saya dah cakap kalau share NYATAKAN DALAM ENTRY ANDA.

Haila..... adik kakak sekalian. Lain kali baca betul-betul. Tak fasal-fasal saya kena buat random semula.

Oklah. Cukuplah setakat tu bebelan daku ini. Korang pun buka baca pun kan.
Wokeyh! Ini dia......



|



|



|






|




|



|



|



|



|



|



|



|



|



|



|




|




|




|




|




|




|





|



|




|



|





|




|




|


PERHATIAN KEPADA PEMENANG

Berikan detail seperti link GA, link entry GA anda, benda yang dimenangi, alamat, nama, no telefon.


PEMENANG TOP REFERRAL

Untuk hadiah PEPLUM SULAM tuntut SINI dan hadiah LOGO tuntut SINI
( http://randomlyawesomeme.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html )



PEMENANG TAG TERBANYAK

Untuk hadiah PEPLUM SULAM sila tuntut SINI

(258 Tag) http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
(156 Tag) http://artisarainbow.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa_4645.html



PEMENANG RANDOM SPECIAL
Untuk hadiah SHAWL sila tuntut SINI bagi Syafika dan SINI bagi Atikah

- http://syafikaatilialadyboss.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
- http://atikahazanan.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


PEMENANG RANDOM

 - BROOCH HANDMADE -

Tuntut SINI atau SINI

http://i-ezzaen.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://dianathewannababes.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://afmz11.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://niyhblograudha.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://activediary.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://www.sigadismerah.my/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


-  BROOCH -

Tuntut SINI

http://budakgiveaway.blogspot.com/2013/10/giveaway-8-simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html#

Tuntut SINI

http://tiefiqs34.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
www.fatindiana.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://nurhazirahziera.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://nursyazlia.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://worldeddyobby.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://sayasyiera.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://ape-kinah.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


- BROOCH FELT -

Tuntut SINI

http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://randomtalking123.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


- FLORAL LIPGLOSS -

Tuntut SINI

http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


- BAG PRINTING -

Tuntut SINI

mamadarwiish.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://contest-sanasini.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


- SET NAIL MANICURE TOOL -

Tuntut SINI

http://www.ainizakaria.my/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


- KEYCHAIN HANDMADE -

Tuntut SINI atau SINI

http://hafiznur.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html
http://vidolaaa.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html


-KEYCHAIN-

Tuntut SINI
 http://notamilah90.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html 
http://apen-idariana.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html

- VOUCHER RM25 VINTAGE CLOTHING -

Tuntut SINI
 http://mrsupham.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html 
 http://nur-afiz.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html 
 http://artisarainbow.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa_4645.html 



...............................


Fuhh! Selesai jugak.
Okey, nak bagitau. Hari tu tulis 28 pemenang kan?
Sebenarnya ada 31 PEMENANG. Macam mana entah boleh tertinggal
salah seorang sponsor. Tak ingat nak mention dalam senarai hadiah.


SEBELUM TU NAK BAGITAU SOMETHING, PADA 11/11/13 INI SAYA ADAKAN GIVEAWAY. HADIAHNYA BERUPA NOVEL. SIAPA BERMINAT SILA TANDA DALAM BUKU 555 ANDA YA.

Kenapa Perlu Berputus Asa Sekarang?


Assalamualaikum!


Apa yang kita buat apabila sesuatu benda yang kita nak tak tercapai?
Dahlah kita sudah berusaha tapi apa yang diangan-angankan tetap tidak tercapai.
Sudah tentu kita akan berasa sedih, kecewa dan kadang-kadang ada yang putus asa. Betul tak?


Jadi, haruskaH kita berputus asa sekarang? 

Dan kenapa baru sekarang nak berputus asa?


Tahukah anda sebenarnya dari baby lagi kita TAK PERNAH KENAL ERTI PUTUS ASA?
Percaya atau tidak itulah kebenarannya. Kalau tidak masakan sekarang kita boleh berjalan? Boleh berlari?
Masa baby kita cuba untuk meniarap, lepas tu merangkak, lepas tu cuba untuk bertatih.
Berapa kali kita jatuh? Tanpa mengenal erti putus asa kita akan bangun semula.
Sampailah kita boleh berjalan dengan elok. Lepas tu berlari.




Nampak tak di situ? Nampak tak bahawa kita sebenarnya tak perlu berputus asa.
Sebab itu timbul persoalan kenapa perlu berputus asa sekarang? 
Kenapa tak dari dulu? Kenapa tak masa kita masih baby?

Untuk kejar sesuatu kejayaan, kena hadapai kekalahan.
Kalah tak bererti kita terus kalah. Kalau terjatuh haruslah bangun.
Cuba semula dan buat dengan lebih gigih lagi dari sebelum ini.

Mungkin kita rasa kita dah berusaha sedaya upaya tapi kalau tak tercapai juga
itu maknanya kita harus berusaha lagi dan lagi.
Manalah tahu rupa-rupanya kejayaan kita hanya beberapa langkah aje dari kita?
Kita hanya perlu usahakan lebih sikit aje.




"BERUSAHA. BERDOA. BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH"

Misi Memancing Novel Berjaya!


Assalamualaikum!


Tengah hari tadi pergi KB Mall dengan kawan-kawan.
Dalam kepala ni, dua benda aje ada. Nak beli novel dan main bowling.
Kat KB Mall ada Syarikat Muda Osman(SMO) dan Popular so dua-dua bookstore tu pergi.
Maklumlah, kaki novel kan? muehmueh.

Sebelum pergi beli tu memang dah survey novel yang mana best.
So, beli tadi memang semuanya novel gempak-gempak aah!

Ini dia hasil tangkapan saya hari ini.


Fuuh! Kalau ikutkan hati mahu beli lagi. Tapi fikir tak nak boros sangat...
Hanya itu ajelah yang sempat pancing tadi. Aduhai, bila lah nak habis semua ini.
Bukan lima ini aje tau! Masih ada banyak lagi. Hasil sistem barter bersama kawan.


Kelantan, Indah Rupa Dari Khabar


Assalamualaikum!


Tadi skodeng-skodeng facebook terjumpa post entry INI.
Biasanya, kalau ada aje entry yang komen pasal Kelantan saya malas nak tengok.
Sebab saya takut entry itu berunsur kritikan/kutukan. Yalah, kan ramai tak suka Kelantan?
Lagipun dulu pernah jumpa blog khas yang kutuk Kelantan. Boleh teima lagi diorang nak
kata Kelantan negeri miskin atau rakyat kelantan perangai buruk.

TAPI! Apabila saya terbaca komen yang berunsur cacian terhadap Tok Guru.
MAAF. Saya memang tak boleh terima dan sangat marah dengan orang yang mengutuk ulama'.
Tapi tadi, apabila terjumpa entry Kunjungan Ke Kelantan, Indah Rupa Dari Khabar,
tertarik untuk baca apa yang dikata.

Ini petikan yang diambil dari entry tersebut :
Indahnya Kelantan...

Sebenarnya, sejak setahun lalu, selepas menjadi penulis sepenuh masa, saya begitu ingin ke Kota Bharu, Kelantan untuk menikmati suasana di sana. Kali terakhir – juga pertama kali – saya ke sana pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang.

Baru-baru ini, pihak tertentu sibuk mengeluarkan kenyataan betapa miskin dan mundur negeri Kelantan. Pasti sahaja segala kenyataan itu bertujuan politik; apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Maka, pada akhir Februari lalu, saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan – khususnya Kota Bharu – untuk melihat sendiri segala “kemunduran” dan “kemiskinan” yang diperkatakan pihak berkenaan.
Bagi saya, daripada bergantung serta percaya bulat-bulat pada apa yang dikatakan orang, lebih baik saya pergi sendiri untuk melihat, mengalami serta merasai sendiri suasana sebenar di sana.

Sebaik sahaja saya menyatakan keinginan untuk ke Kota Bharu menerusi ruangan status di Facebook, reaksi positif yang diterima amat memberangsangkan.

Begitu ramai rakan-rakan di ruang siber – kebanyakannya belum pernah saya temui secara bersemuka – tampil “mempersilakan” saya melakukan kunjungan yang dirancang.

Mereka yang bukan anak Kelantan juga menyokong cadangan saya untuk ke Kota Bharu; khususnya apabila saya sudah menyatakan sejak awal bahawa saya mahu menulis siri artikel berdasarkan pengalaman saya ke tempat berkenaan.

Harus saya akui bahawa sebelum saya membeli tiket bas ekspres untuk ke Kota Bharu, saya sudah pun dapat merasai kemesraan, kesantunan serta segala nilai positif yang terdapat dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

Begitu ramai rakan-rakan di Facebook yang mencadangkan tempat-tempat yang perlu dilawati dan makanan yang perlu dicuba. Begitu juga beberapa frasa penting dalam loghat tempatan yang wajar saya ketahui untuk memudahkan komunikasi.

Maka, saya tidak was-was untuk pergi ke Kota Bharu walaupun saya tidak ada kenalan atau saudara-mara di sana. Saya pergi sebagai “orang luar” untuk mendapatkan pengalaman baru secara objektif.

Rombongan besar
Saya tidak pernah menyangka bahawa segala urusan akan menjadi begitu mudah. Amy Suzani Mohd Ainuddin, salah seorang mangsa royalti teks Komsas, menawarkan untuk mengatur tempat penginapan dan perjalanan sepanjang saya di Kota Bharu.

Begitu juga, Nur Hidayah dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim) tampil menyatakan kesediaan untuk mengatur program yang sesuai sepanjang saya berada di sana.

Seorang lagi mangsa royalti teks Komsas, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru turut melahirkan keinginan untuk ke Kota Bharu.

Maka, akhirnya, kami semua bertemu di Kota Bharu pada 11 Mac 2012 untuk sama-sama merasai suasana yang dilabelkan sebagai “mundur” dan “miskin” oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Faridah Mamat yang menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 26 Februari lalu mencadangkan supaya saya tidak melepaskan peluang bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tentu sahaja saya mahu bertemu Tok Guru! Saya pernah dibawa mengunjungi beliau pada 1995 dan saya dapat melihat serta merasai sendiri sifat-sifat mulia yang dimiliki pemimpin itu.

Hasil maklumat yang diberikan Nik Faridah, saya berjaya menghubungi Wan Nik Wan Yussof, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan. Dipendekkan cerita, beliau bersedia mengatur pertemuan seperti yang dihajati.

Sekitar seminggu sebelum saya bertolak ke Kota Bharu, Tasya iaitu anak Amy Suzani dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Nur Hidayah mengambil alih “tugas” untuk mengatur aktiviti sepanjang saya dan rakan-rakan penulis berada di Kota Bharu.

Nur Hidayah juga mendapatkan bantuan adik angkatnya, Abdul Mutalib Awang untuk menjadi pemandu kereta dan pemandu pelancong selama empat hari saya di sana. Pemuda berumur 23 tahun itu sanggup mengambil cuti bagi memastikan tetamu mendapat layanan yang sempurna.

Turut sama dalam “rombongan” ini ialah Zainab Ngah, seorang penulis dari Perak yang kini menetap di Terengganu. Walaupun kesihatannya agak terjejas, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama saya dan Rohani untuk meninjau sendiri segala “kemiskinan” dan “kemunduran” yang diperkatakan pihak tertentu.

Cikgu Roshidayu Che Mat yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Shah Alam turut datang bersama suami dan anaknya untuk sama-sama meninjau keadaan di Kota Bharu.

Saya turut berpeluang bertemu Wan Asyeah Wan Nawang, seorang penulis yang sebelum ini saya kenali berikutan komen negatif yang beliau berikan terhadap saya berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan Kamus Dewan.

Beliau segera meminta maaf dan mengakui bahawa komen negatif yang beliau berikan di Facebook pada tahun lalu adalah terlalu emosional dan “terikut-ikut cakap orang”.

Bagi saya, tidak menjadi masalah kerana saya bersedia menerima apa sahaja komen yang mahu dikemukakan.

Agak menarik bahawa hubungan kami berdua menjadi rapat dan mesra. Pasti orang tidak akan percaya bahawa Wan Asyeah pernah menulis komen negatif mengenai saya sebelum ini!

Murah dengan senyuman

Ada suatu perkara yang meninggalkan kesan dalam hati saya. Dalam perjalanan ke rumah Wan Asyeah, beliau singgah untuk membeli murtabak. Beliau membeli murtabak daging (lembu) untuk dihidangkan kepada rakan-rakan penulis yang datang.

Saya sangat tersentuh – secara positif – kerana beliau membeli sekeping murtabak ayam khusus untuk saya kerana beliau tahu dan sedar bahawa saya tidak makan daging lembu.

Insiden kecil ini amat bermakna kerana walaupun majoriti penduduk di Kelantan adalah orang Melayu beragama Islam, mereka amat sensitif terhadap budaya kaum/agama lain.

Semua yang saya paparkan ini berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam saya berada di Kota Bharu. Orang ramai yang saya temui di tempat awam pula murah dengan senyuman.

Menceritakan pengalaman di Kota Bharu, Roshidayu berkata, pertemuan itu amat istimewa dan sukar dilupakan.

“Istimewa kerana berpeluang bertemu beberapa penulis yang sebelum ini hanya saya kenali melalui karya atau bersembang menerusi Facebook. Saya juga gembira kerana dapat sama-sama memberikan maklumat sebenar mengenai Kelantan kepada golongan penulis,” katanya.

Zainab Ngah pula melahirkan kekaguman melihat segala kemajuan – fizikal, sosial dan rohani – di Kota Bharu berbanding di Terengganu.

“Kalau nak suruh bandingkan antara Terengganu dan Kelantan, saya lebih kagum dengan Kelantan, baik dari segi pusat membeli-belah, rangkaian jalan raya dan bangunan tinggi. Terengganu Cuma berbangga dengan Taman Tamadun Islam yang tersergam indah Masjid Kristal yang tidak diiktiraf untuk solat Jumaat, serta replika masjid-masjid seluruh dunia. Kalau Kelantan dikatakan mundur, ternyata Terengganu pula lebih mundur,” katanya.

Bagi Rohani Deraman, beliau pernah tinggal di Kota Bharu pada tahun 1980-an. Melihat akan segala pembangunan di sini sekarang, beliau melahirkan rasa kagum dan bangga.

“Kota Bharu membangun sejajar bandar-bandar lain; termasuk di Lembah Klang. Rasa-rasanya tidak ada beza dengan segala kemudahan yang ada di Johor Bahru. Cuma, apa yang tiada di sini adalah pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan kedai nombor ekor.

Mungkin itulah ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’ yang dimaksudkan pihak tertentu apabila melabel Kelantan sebagai negeri yang mundur,” kata penulis sepenuh masa itu.

Saya akan menulis lagi mengenai pengalaman saya di Kota Bharu; khususnya mengenai “kemunduran” dan “kemiskinan” yang dihebohkan pihak tertentu.

Sama-samalah kita buat kesimpulan sama ada keadaan di Kota Bharu, Kelantan “indah khabar dari rupa” atau “indah rupa dari khabar”. -FMT

(Ditulis oleh Penulis Uthaya Sankar SB @ uthayasb.blogspot.com)

Kelantan, indah rupa dari Khabar.


sumber dari facebook I ♥ KELANTAN


Alhamdulillah!
Ada juga yang menilai Kelantan dengan mata hati. Bukan menilai dengan khabar angin yang 
tersebar atau kata-kata orang yang membenci Kelantan. Dan saya tersenyum melihat komen positif
orang ramai. Bukan apa. Sebab dah lama asyik dengan komen negetif aje.
Walaupun lebih banyak komen unsur negatif terhadap Kelantan.


Terima kasih kepada penulis yang menulis artikel tersebut. Terima kasih banyak-banyak.


Satu yang saya pelik.
Bukankah menteri kita menggunakan konsep 1Malaysia?
Dan bukan ke Kelantan ada dalam peta Malaysia?
Jadi kenapa nak buruk kan negeri yang ada dalam negara sendiri?



PS: JIKA ANDA MAHU KOMEN BERUNSUR KRITIKAN, MAAF. SILA PERGI DARI SINI.

#Nuffnang: 1.... 2..... 3..... Cash Out!


Assalamualaikum!


Selamat pagi Malaysia. =)
Keadaan disini hujan, kalau tidur pun best jugak.
hehe Tapi disebabkan excited nak cash out pada bulan ini, jadi
sanggup tinggalkan katil dan bantal bucuk. muehmueh =3


Alhamdulillah..... wa syukurillah. Bersyukur padamu Ya Allah.....

Eh, eh. Menyanyi pulak. hehe kan ada jugak hujan lebat sikit lagi.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Rezeki pada awal bulan 11 bersamaan 27 zulhijjah.
Cash out kali ke-6 dah ni. hehe rasa tak percaya pulak.


TERIMA KASIH! THANK YOU! ARIGATOU GOZAIMASU! KAMSAHAMNIDA! XIEXIE!

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.