Jom Shopping at MYPerfume!

Salam Jumaat Semua!

Wah! Lebih kurang 2 bulan aje kan untuk
semua umat Islam berpuasa? Pasti semua dah tak sabar nak
masuk bulan ramadhan kan? Dan saya pasti dah ramai yang beli
pakaian-pakaian baru untuk raya tahun ni kan?

Haih! Tak kan pakaian aje baru?
Perfume tak nak tukar ke? 
Jom semua pilih perfume pilihan anda di MYPerfume !

Saya tahu zaman sekarang ramai yang menipu kan?
Berniaga online, pelanggan dah bank in duit tapi barang tak sampai-sampai.
Betul tak? Tapi korang tak perlu risau untuk membeli di MYPerfume
Tiada unsur penipuan dibuat. Barang-barang pun sudah ada ditangan pemilik.
 stok pertama mereka yang baru sampai.






Ini kata-kata jaminan MYPerfume :

Dapatkan perfume original dengan harga lebih murah disini!
100% original or 7 days money back guarantee!

Semua perfume adalah original didatangkan khas dari supplier kami di US. Kami tidak menjual rejected/replica/gred AAAA. 
JOM KLIK LIKE DI SINI
  

Aku Novelis?

Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Bertarikh kan 7 Mac 2013, saya menerima satu email....


bahawasanya cerpen yang saya karang, TABAHKANLAH HATIKU YA ALLAH
salah satu cerpen yang terpilih untuk Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi.


Korang boleh klik gambar kat atas tu dan tengok senarai cerpen
yang terpilih dalam antologi cerpen ini. Alhamdulillah! Dengan menggunakan nama
 pena dalam dunia penulisan, Ainaa Azlan. Nama saya ada tercatat dalam senarai.
Ada yang keempat terakhir dalam senarai.

Tidak disangka-sangka cerpen yang dihantar ke laman web
 Ilham Grup Buku Karangkraf yang berjudul Tabahkanlah Hatiku, Ya Allah terpilih.
 Syukur Ya Allah! Siapa sangka, angan-angan ingin menjadi novelis hampir tercapai.
Walaupun dengan menulis cerpen dan dibukukan sudah digelar novelis, 
tapi saya belum rasa layak digelarkan novelis. Setakat novelis jalanan tu bolehlah.

 Doakan saya menjadi novelis yang berjaya 2 tahun akan datang.
Kerana tahun ini dan tahun depan saya perlu berdepan dengan peperiksaan besar.
Iaitu SMU dan SPM. Jadi saya akan berusaha siapkan satu manuskrip selepas SPM.
Untuk 2 tahun ini, hanya cerpen saya akan tulis. Tu pun kalau sempat.

InsyaAllah ada rezeki lagi mungkin cerpen akan datang saya terpilih lagi?
 InsyaAllah! Buat masa 2 tahun ini, itu ajelah kemampuan saya. 
Menulis cerpen dan berharap ada penerbit yang berminat dengan cerpen saya 
untuk dibuat antologi cerpen.

Perasaan saya ketika melihat novel ini dipasaran?
TERUJA plus TERHARU! 
Tadi saya pergi bookstore dengan kawan dan terlihat Antologi Cerpen
Hujan Turun Lagi ini. Rasa nak menjerit pun ya.

 Tu pun nama pena saya hanya ada dalam senarai belakang. 
Kalaulah terpapar novel saya dan nama pena
dihdapan kulit novel agak-agak saya melompat tak? Hehe
Tinggi betul angan-angan. Biasalah orang suka baca novel dan menulis suka
berangan-angan dan imaginasinya tinggi daripada orang lain. Kaaan? muehmueh =3

Antologi cerpen ini sudah berada di pasaran jadi sila-silalah
beli ya. InsyaAllah semua cerpen yang terpilih mampu buat korang berpuas hati.
Kalau tak, anggap antologi cerpen ini membantu novelis yang baru memulakan langkah ya?

.............

  ANTOLOGI CERPEN HUJAN TURUN LAGI

Harga: RM 19.90
Halaman: ~432
Tarikh Terbit: 1 Mei 2013

Sinopsis
25 cerpen yang pasti membuatkan anda ketawa, menangis, ketakutan, insaf, diselubungi misteri... semua rencah menjadi satu. Sebuah lagi kompilasi karya inspirasi portal penulisan kreatif ILHAM.

ADUHAI SOTONG Dhieya Adlynna
CURANG Inaisa
DIA KWANG SOO DI HATIKU Najza Dohan
DIARI UMI UNTUK ANAKKU Diyana Farah
HUJAN TURUN LAGI A. Darwisy
HUKUMAN CINTA Shima Awang
ISTIKHARAH CINTA Isha Idiaz
KERUSI Zakri Rahman
KUCARI SINAR CINTAMU Maryam Elyas
LUAHAN HATI SEORANG IBU Domi Nisa
MENANTI GERIMIS Ayahanda Chik
MENANTI HADIRNYA DIA Lady Loveless
MISS GUCCI MR CHOW KIT Iftiszal Hanna
MISTERI NENEK TUA Wanzz Aprilzz
PEMILIK SUARA YANG HILANG Nazaidatul Shima
PENGHUJUNG KASIH Noreen Shah
PSIKO Syafeza Sauli
SETITIS KASIH MELENYAP DENDAM Imanisa Riana
SKETSA PENDEK Cikgooden
SUARA ITU IMAMKU Che Adzhan Che Adnan
SUDAH JODOH KITA Sofy Izana
TABAHKANLAH HATIKU YA ALLAH Ainaa Azlan
TERMINAL CINTA Reeani Annur
TOLONG, HATIKU DICURI! Nasuha Azmi
TULIP TIDAK BERBUNGA Aiza Zizan

Nak Qada Balik 3 Minggu Tak Baca Novel


Yeaaaah!
STUDY BREAK! Haha
Biasalah 'study break' ni digunakan istilah orang U kan?
Tak kira, nak cilop jugak ayat diorang ni. Dah boring guna 'school holiday'.
hehe ngado-ngado.  =P

Hari ini dah bermula saya cuti. Sepatutnya esok tapi
sebab dah selamat jawab last paper semalam jadi cuti sendiri hari ni. kihkih
Alhamdulillah, GA yang saya buat pun dah tamat dan semua pemenang dah PM sy.
Wah! Pantas!!  :)

Pening kepala ooh jawab exam. Soalan macam nak bagi orang pecah otak!
Lebih kurang tiga minggu kut saya tak baca novel.
Belek-belek.... Intai-intai sikit tu ada laarh. kuakua ; D

Dan sekarang sudah tiba masanya nak qada semula!
 

Agak-agak sempat tak nak habis dalam masa 2 minggu ni?
Kalau dulu maybe tak mustahil saya boleh habiskan dalam 2 minggu. Tapi
setelah 3 minggu tak baca novel, mood membaca novel dah terbang ke benua mana
 entah. Jadi maybe tak sempat. Lagi-lagi cuti ni nak pergi melancong.

Yang penting sekarang ni, nak habiskan novel-novel yang bernombor tu.
Tu pinjam dengan kawan punya dengan Kasihku Yang Satu.
Yang lain saya punya. Banyak kan saya pinjam? hehe

Kita orang main sistem barter. Saya pinjam dengan dia 9 naskah novel
dan dia pinjam dengan saya pun sembilan. Pergh!
Harap-harap sempat habiskan novel kawan-kawan tu. Nak pergi Cameron pulak
lepas ni. Korang buat apa cuti ni? =)

Pemenang Third Ga From Miss Spectacles

Alhamdulillah.
Dan hari ini sudah tiba masanya kita tahu siapa pemenangnya.
Are you ready? Hehe  ;D

Pemenangnya ialah ...................

|

|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|



|


|






Verns dusty pink shoe

 Butterfly Shawl

Novel Preloved : Ayat - Ayat Cinta

Tudung Bawal Putih/Cream



TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Empat kali tahniah sebab ada 4 pemenang. hehe
Yang tak berjaya, jangan sedih. Sebab saya akan buat lagi GA.
Tapi GA akan datang akan ada lebih ramai lagi pemenang!!

Kepada empat orang pemenang, sila pm saya diSINI dengan butiran-butiran tersebut 
SEBELUM 25/05/13 JAM 3 PETANG :

  • NAMA PENUH :
  • NOMBOR TELEFON :
  • LINK PENYERTAAN & NOMBOR LINK ANDA :
  • HADIAH YANG DIMENANGI :
  • ALAMAT : 
 Pastikan anda menghantar butiran dengan betul kerana saya akan copy
& paste sahaja butiran peribadi yang dihantar.
Sekali lagi saya ingatkan, jika hadiah tidak dituntut SEBELUM 25/05/13 
JAM 3 PETANG. Anda serta-merta sudah tidak boleh tuntut hadiah anda itu lagi.
Dan hadiah yang dimenangi juga akan burn macam itu sahaja.

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi join GA ini walaupun
peserta yang join agak tidak memuaskan, hanya ada 66 peserta sahaja.
Tapi tak apa, saya tetap gembira kerana masih ada yang sudi join GA yang tak seberapa ini.

Dan terima kasih kepada rakan sponsor saya, Anis Fadliyana.
Terima kasih ya Anis sudi sponsor untuk Ga saya yang ini.  =)




Third Giveaway From Miss Spectacles

...... بسم الله الرحمن الرحيم 

      Hari ini, 1 Mei 2013 bersamaan 20 Jamadilakhir 1434H, jam 7:00 pagi.... Dengan lafaz Bismillah, dengan rasminya Third Giveaway From Miss Spectacles dilancarkan. Sila baca syarat-syarat penyertaan dengan teliti dan tolong JUJUR dengan diri anda. Mungkin saya tidak tahu, tapi ALLAH tahu!

Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Al Hujuraat, 18). 


Tamat : 17 Mei 2013 TAMAT 22 MEI 2013
*tarikh tamat terpaksa di teruskan sehingga 220513 kerana pada tarikh tersebut
saya baru selesai exam.* 
 
| BANNER GA INI |

 | SYARAT PENYERTAAN & CARA - CARANYA | 

 1- Buat satu entry bertajuk Third Giveaway From Miss Spectacles , tampal banner dalam entry dan back link ke entry ini.

 2- Dalam entry anda, sila nyatkan anda follower yang keberapa pada kedua-dua blog sponsor & nyatakan juga anda liker yang keberapa pada kedua-dua fanpages sponsor. 

 3- Follow blog INI dan INI 
(klau dh lama follow just tulis 'already follow')

4- Like fanpage INI dan INI

5- Tag rakan blogger anda seramai 2 orang. Dan pastikan mereka tahu! 
("tag anda yang melihat" atau sebagainya tak diterima) 

6- Semak semula bahawa anda sudah menturuti kesemua syarat penyertaan atau tidak. Sekali lagi saya ulang, PASTIKAN DALAM ENTRY ANDA SERTAKAN ANDA FOLLOWER & LIKER KE BERAPA!! 

7- Hantar link entry penyertaan anda ke entry ini SAHAJA! 

(contoh entry penyertaan ----> SINI)

 | HADIAH & CARA PEMBAHAGIANNYA |

#PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.
*perubahan hadiah dilakukan pada 7/5/13*

- Verns dusty pink shoe : 1 Pemenang

(size 7)

- Butterfly Shawl : 1 Pemenang


- Novel : 1 Pemenang
*novel preloved*
Ayat-Ayat Cinta

- Novel/Tudung : 1 Pemenang
*sekiranya tidak melebihi 100 peserta, hadiahnya tudung bawal.
sekiranya peserta melebihi 100 peserta, hadiahnya novel Bunga Hati.*

~ SENARAI PESERTA ~

Kenapa Semua Gambar Jadi Macam Ni?

Aaaargh!!!
Tak suka lah gambar buat hal camni.
Habis hilang gambar-gambar yang ada dalam entry dan sidebar.





SEE !!! semua jadi error camni!
Ingat senang nak cari balik gambar-gambar tu semua?
Ingat kusimpan hape? Adoilah!!!
 
Tak cukup dengan tu cbox pun buat onar juga.....
 
Ni cbox kali keberapa entah kutukar.
Memang berpuas hati daftar cbox ni tapi tiba-tiba jadi camni.
Frust tergolek dah ni.

Anyone.... tahu tak penyebab gambar jadi camtu?

Tonton Online



Slot Akasia, Zehra, Telenovela, Ratu dan pelbagai lagilah!
Sekarang ni banyak betul kan drama-drama yang best? Lebih-lebih lagi
drama adaptasi novel. Memang ramai yang mahu tontonnya.

Tapi kita semua ada kehidupan, ada kerjaya. Tentu kadang-kadang kita
tertinggal episode drama yang kita tonton kan?
Haa! Saya baru aje selesai buat page untuk semua ini. Kalau kita tertinggal episode
yang lepas kita boleh search dalam internet tapi kadang-kadang ada yang sudah nak cari kan?

Jadi saya ada buat satu page ni, page Tonton Online . Bertujuan membantu anda
yang ketinggalan episode drama yang anda gemari. Juga untuk saya
sebab saya pun selalu jugak ketinggalan episode.

Bukan page yang fans page di facebook tu. Tapi page di blog ni aje.
KLIK UNTUK PEMBESARAN

Buat masa ni, ada 5 aje drama dalam page tu.
Tapi kalau drama yang anda gemari tak ada, boleh aje buat request.
Saya akan cuba carikan untuk anda. :)

Drama Teduhan Kasih (Adaptasi Novel)


Oh yeah!
Bagi yang dah baca novel ni
tentu tak sabar menanti kemunculan drama ini kan?
Saya pun dah baca dan memang best, tak rugi....

Drama Teduhan Kasih bakal ditayangkan di Slot Akasia selepas
tamatnya drama Sedetik Cinta. Drama ini berkemungkinan bakal ditayangkan
pada 15 Mei 2013 iaitu hari Rabu.

Antara pelakon-pelakon yang bakal memegang watak dalam novel
ini ialah :
 
ADI PUTRA sebagai EHSAN | SHERRY IBRAHIM sebagai IFFA

 SHAH ISKANDAR sebagai RYZAL | NABILA HUDA sebagai AYU

Amacam? Sesuai tak diorang memegang watak dalam novel?
Bagi saya memang dah sesuai. Serasi sangat.
Camni lah orang nak. Sebab salah satu faktor drama adaptasi tak best
ialah pelakon-pelakon yang tidak sesuai. Betul tak?

Yang belum baca novel ni bolehlah baca. Nasib baik kebanyakkan
drama adaptasi sekarang yang saya dah baca. Jadi dah boleh agak apa yang
bakal berlaku dan kalau skip drama tu pun tak menyesal sangat. hehe

Tapi drama SSID tak boleh skip. Sweet sangat ceritanya pun.
Haha ^_^ tak sabar tunggu malam esok.


Sinopsis novel Teduhan Kasih - Marissa



 HARGA : RM22 (-RM3 jika beli online di SINI)

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Shopping Novel at PBAKL 2013


Pada 4 Mei 2013, PBAKL 2013 selamat melabuhkan tirai.
Wah, ramai betul yang pergi kan? Dan banyak betul
novel-novel yang best kan?

Saya pergi jugak ke shopping novel kat PBAKL 2013?
T.I.D.A.K !! Haha tajuk entry bajet kita pergi jugak.
weaak! = P tapi memang ada novel yang dibeli kat PBAKL haritu.
Kirim kat kawan yang pergi. Jadilah daripada tak dapat langsung.

Sikit aje yang saya beli, tu pun dah habis RM100 + SAHAJA!
Bagi orang lain maybe sikit lah jumlah tu tapi bagi saya sebagai pelajar sk menengah
memang amount yang banyak. Mana nak dapat?

Saya kirim dengan kawan 6 naskah novel dapat 5.Satu novel yang di tak beli.
Novel, Aku Diikat Cinta 13 Jam. Boleh klik SINI untuk lihat sinopsis dan harga.




Tu jealah novel yang saya beli,
Mama Mia Shaza, 31 Mei Gerhana Mentari Cinta,
Playboy Itu Suami Aku, Calon Isteri Jutawan dan Curi-Curi Cinta.
Satu lagi buku word search. Best main buku ni, menguji ketajanan mata kita.

Insya-Allah semua novel yang saya beli tu BEST sebab saya dah survey awal-awal.
Novel ADC13J yang kawan saya tak beli tu pun best!!
Siapa yang nak tahu mana novel-novel yang best tak kira terbaru atau lama boleh
lah join group Kelab Pencinta Novel Melayu ini. 

Saya akan cuba update setangkas mungkin tentang-tentang novel.
Yang drama diadaptasi juga akan diupdate disitu. Jadi joinlah ya kalau nak tahu
perkembangan terkini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh share karya-karya anda disitu.
:)
hehe promote kejap.  ; P

Kisah hari Jumaat yang akan menitiskan air mata

 

 

kisah hari jumaat yang akan menitiskan air mata kita...Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.