Pemenang 2nd Ina Giveaway

 


Alhamdulillah. 
Selesai sudah giveaway INI.
Ingatkan GA ini bakal terbatal sebab mula-mula
tengok tak ramai yang nak join. Due date dekat baru berderu yang join.
Hoho I see.....

Sebelum tu, kat entry ini saya nak ambil kesempatan untuk
meminta maaf kepada pemenang dan peserta Ina 1st Giveaway kerana
tidak dapat review blog pemenang dan tidak dapat meletakkan semua peserta ke dalam
bloglist.  Ini oleh sebab terlalu ramai yang join sampai saya
tidak sempat nak letak dalam bloglist saya. Ingatkan GA yang mula-mula sikit 
aje yang nak join. Sorry.....

Back to story, saya akan umum pemenang

..................................
- Kepada pemenang, sila tuntut hadiah anda dengan sponsor -
 (sebarang masalah dengan tuntutan hadiah, sila hubungi saya di SINI)


PEMENANG AZTEC SHIRT FROM LEEN NAJIB



PEMENANG RANDOM.ORG

0- VOUCHER DISCOUN 5% DI ANSENEDA SHOPS
 FROM AIN GRAPHIC

-PEMENANG : SEMUA PESERTA-


1- TOPUP RM3 FROM JOB FIND : 3 PEMENANG









2- HEADER FROM HAZIQAH : 3 PEMENANG








3- BB CREAM BY NOR AISHAH : 1 PEMENANG




4- TOPUP RM5 BY NOR AISHAH : 2 PEMENANG






5- CURSOR BY NUR HANIM : 3 PEMENANG




6- REVIEW BLOG FROM NABILA BIELA : 3 PEMENANG




7- TOPUP RM5 FROM JAAKECHIK : 2 PEMENANG




8- CURSOR FROM NUR SYAZLIA : 10 PEMENANG 




9- HEADER, EDIT BLOG DENIM FULL & BLOG REVIEW 
FROM NUR AJLA : 3 PEMENANG




10- BANNER &  BLOG REVIEW FROM NUR AJLA : 3 PEMENANG




11- EDIT BLOG FROM EIFFLE LA : 1 PEMENANG




12- REVIEW BLG FROM EIFFLE LA : 4 PEMENANG



PEMENANG TOP REFERRAL 

TUDUNG FROM  TUDUNG SWEET ARYAN : TOP 3
KAIN COTTON FROM PN.BAYU : TOP 2 
(POSTAGE FEE) DRESS/TOP FROM ONE STOP SHOPPING 2013 : TOP 1

(klik gambar untuk kanta pembesaran)


Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Bagi yang tidak menang tu, jangan susah hati.
Anda still dapat diskaun di shop tu kan? hoho Kepada pemenang
sila tuntut hadiah anda secepat mungkin. Harap maklum!

2nd Ina Giveaway


 ( T . A . M . A . T )


 46 PEMENANG YANG BERTUAH !!


 | SYARAT - SYARAT | 

*semua ini syarat dari sponsor sendiri* 

1- Like Fanpage Sponsor :
   



2. Follow Twitter Sponsor  (tak.ada.tak.apa) :

   


3. Follow Blog Sponsor : 

ONE STOP SHOPPING 2013 - http://oss2013.blogspot.com/ 

4. Follow Blog INA (akan difollow semula)

ATAU 

Masukkan Link Blog Ina Kedalam Bloglist

*untuk tahu perkembangan GA ini*


  | CARA - CARA | 

 1- Buat satu entry "2nd Ina Giveaway

 2- Letak gambar kat atas tu dan back link entry ini. 

3- Tag sekurang-kurangnya 2 orang blogger 

4- Tinggalkan LINK ENTRY di kotak komen entry ini.


 | CARA PEMILIHAN PEMENANG | 

- Random & Top Referral. -

(Bagi yang sudah join CATS FIGHT GIVEAWAY, yang buat entry pasal haiwan kesayangan anda, akan dirandom hadiah Aztec Shirt)

 *TERBATAL JIKA TIDAK MELEBIHI 50 PESERTA*



 | DUE DATE : 22 MARCH 2013 AT 12:00 PM |

UP1 Tamat!!



Alhamdulillah!
Jam 1:45 tengah hari... selesai sudah menjawab
last paper, Bahasa Arab. Stress ooh!

Bayangkanlah dalam satu hari tu 5 mata pelajaran
sekali gus exam! Hambek kau!!
Tahun ni lagi busy plus stress kut berbanding tahun lepas, PMR.
Yalah, tahun ni kerja dia menghafal aje. 

Ah!
Seminggu cuti ni buku tolak tepi kejap.
Nak baca novel dengan layan blog. Qada balik. kihkih
Perangai tak berubah! > , <

Dah... Tu aje nak update.
Nak layan Dhoom yang ditayang kat TV3.
 Ada superbike ooo!!
 
Oooh! Motor  idamanku....
(sambilmenongkatdagudanmemandangkeatas)


ps: GoodLuck untuk abang-abang dan kakak-kakak batch tahun 95!

Top Referral Tapi Disingkirkan?

I kick you from list!


Tadi saja-saja nak tengok top referral
untuk GA INI. Dan tengok ada tiga blogger yang
bakal merebut top referral tapi sayangnya.... Mereka tidak
mengikuti syarat dengan sempurna.

Saya harap peserta periksa semula dengan teliti
sebelum I kick you from the list!!
Kihkih bukan kejam. Tapi mendidik bersikap jujur. = P

Buat masa sekarang saya tak boleh check peserta satu-
satu sebab saya masih menduduki peperiksaan. Hari rabu ni baru
habis. InsyaAllah saya akan ronda peserta hari khamis. Jadi make sure
anda ikuti semua syarat !!


Anda belum join GA yang dimaksudkan?
Klik sini ---> 2nd Ina Giveaway

'Topup Giveaway By Zahirah - Leuniysa''

klik banner

tag : awak, awak, awak



Senarai Hadiah 

1.Topup 40 ringgit #4 orang (Zahirah)
2.Topup 30 ringgit  #3 orang (Nysa)
3.Topup 20 ringgit #2 orang (Nysa)
4.Topup 10 ringgit #4 orang (Zahirah)
5.Header Transperent And Review Blog #Header:2 orang   Review:2 orang (Ilia)


Cara Pemilihan Pemenang

1.Random Org.
2.Top Reffeal
3.Mengikut Semua Syarat
 
  Tarikh Tamat : 30/03/13

Jamuan Perpisahan Guru-Guru Sullamiah

"Setiap Pertemuan, Pasti Ada Perpisahan"

Begitu sedih apabila guru-guru tersayang terpaksa
berpindah ke sekolah lain.
Semua guru-guru yang kena pindah tu guru kesayangan kami
dan guru yang penat lelah mengajar kami selama kami berada di sana.

Jadi kami semua(pelajar ting.4) buat majlis ini khas untuk guru-guru
yang disayangi. Kami pasti merindui kamu!

Sedih betul kan kalau orang yang kita sayang terpaksa 
pergi meninggalkan kita. Dan memang susah untuk lepaskan orang
 yang kita sayang pergi jauh dari kita.



Kami semua sayang ustaz, ustazah dan teacher.
Kami tak boleh menghalang kamu semua untuk melangkah 
ke menara gading. Kami semua rela. Dan ustaz, ustazah dan teacher akan
terus segar dalam kotak memori kami.
  
Agak terkilan apabila teacher tak dapat hadir bersama tapi
kami faham. Dari jauh kami mengucapkan salam perpisahan buat teacher
yang disayangi. Susah payah mengajar kami speak english.
Teacher yang sporting....


Kami tak akan lupakan ustaz, ustazah dan teacher!   


I love you all.... Will miss you all.....

Shopping Online : Sheera Safiyyah

Assalamualaikum!
=)

Busy betul sejak akhir-akhir ini.
Nak buat camna, exam minggu hadapan. hoho
Okey, meh sini wanita-wanita sedunia. Cheq nak kasi tau something ni.
=P

klik banner untuk ke page ini.

Nampka tak tu? Nampak tak?
Haa! Itulah butik online pilihan saya kali ini.
Dress kat situ banyak cantik wooo!
 
Saya memang dah berkenan nak buat raya tahun ini.
Tapi 'pulus' tak ada ler.
Meh tengok antara dress yang sudah melekat kat hati saya.
 





 
Waaaah!
Cantik bukan? Cantik sangat-sangat!
Berkenan ooh!
Price? Tak pasti. Dalam RM120-RM200 kut.

Korang boleh terus ke Sheera Saffiyah untuk
lihat lebih banyak dress yang cantik-cantik dan hubungi terus
Sheera Saffiyah untuk buat pesanan.

komen anda?

Agama Islam DiHINA !!

Assalamualaikum
Bloggers.

ISLAM DIHINA !!

Masya-Allah !!
Terkejut saya apabila melihat sendiri
status-status di pagenya yang menghina, memperlekehkan
Allah, Nabi-Nabi kita, agama kita dan kitab-kitab suci Al-Quran!

(klik pada gambar untuk kanta pembesaran)







Astaghfirullah Al-Azim!
Cetek sungguh pemikiran budak ni. Apa bukti Islam itu tidak up to date?
Sedangkan Islam itu KAYA dengan ILMU!

Mari! Kita sama-sama BLOCK page & FB mereka!
BLOCK mereka! > link1 & link2

Aurat Di Hati

 
gambar hiasan


"AURAT DI HATI" patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan.
Malah, aurat di hati ini jauh lebih penting dijaga daripada aurat di badan.
Maksudnya, hati jangan liar: hendaklah dijaga selalu. Kalau hati masih liar 
walaupun bertudung maka tingkah laku akan menjadi liar juga,
 pergaulan bebas, pandangan mata tidak dikawal,
keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat-tempat maksiat,
maka ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga
aurat dan akhlak diri."


NOTA TAMBAHAN:  Ingatlah wahai kaum hawa, tubuhmu hanya boleh dilihat
oleh suamimu kelak. Peliharalah maruah dan auratmu, wahai kaum hawa.

 
Jadi sama-samalah kita menutup aurat zahir dan batin kita 
iaitu tubuh badan dan hati.
= )

wallahualam bissawab.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.