Kalah Dengan Bisikan Syaitan

 

Rasa menyesal pulak tak pergi sekolah arini.
Walaupun dapat cuti 3 hari tapi still rasa macam bukan cuti!
Sebab tu tiba-tiba aje malas nak pergi sk arini tapi dalam kotak fikiran ni
pelbagai yang duk fikir kalau saya tak pergi sekolah banyak mata pelajaran yang rugi.

Dah lah hari ini kelas tambahan bermula dan hari ini jugak saya ada perjumpaan fasillator.
Alahai! Kalah dengan bisikan syaitan yang suruh ponteng.
Rasa nak jugak berlari ke sekolah walaupun jam sudah menjangkau jam 11 pagi.
Ruginya... Ruginya......

Baru berniat mahu penuh ke sekolah untuk bulan ini, lagipun 
minggu ini last untuk bulan ni. Lepas tu masuk bulan dua dah. Sayangnya...
Kalau lah saya kuatkan diri walaupun tubuh terasa letih dengan kenduri kahwin kakak sepupu 
saya dan letih dengan bergotong royong kat sekolah.

Ah!
Lepas ini kena terapkan dalam diri supaya lawan
perangai malas tu. Hmm...
Dah lah. Duk termenung teringkat ruginya tak ke sekolah pun tak ada faedah.
Baik sambung menghafal untuk exam bulan tiga ni.

Adios!

Novel vs Komik

 

Yang mana satu korang minat?
Novel atau komik?

Kalau saya dua-dua saya minat!
Sebab.... Sebelum saya minat novel ni, saya minat komik
dulu. Tapi sekarang komik dah jarang-jarang baca.
Kalau betul-betul boring aje baca.

Saya minat baca komik selepas UPSR dulu.
Yalah, habis exam murid-murid bebas nak bawa apa dan ada
kawan saya bawa komik. Berjangkit minat dengan dia lah ni.

Novel pula saya start membaca sejak tingkatan 1. Abang saya
yang ketiga yang ajar adik dia! Kihkih Novel pertama saya baca 
Salju Sakinah. Rembat abang saya punyalah.
Punyalah lama nak habiskan, berbulan-bulan kut. Tapi sudah aje baca
 novel tu rasa best pulak. Rasa nak baca lagi dan lagi.

Dan sejak tulah saya mula 'gila' dengan novel-novel ni.
Pantang nampak novel panjang aje kaki melangkah.
Baca novel pun sekarang semalaman dah habis baca. Pergh!
Punyalah ekspres. Hoho tak sabar nak
tahu kesudahannya lorh!
 
Nak tengok koleksi saya yang ada?
Hihi sikit jea ada = P






Dan novel yang ke-40 saya,
*baru sabtu lepas beli*




 Saya kumpul novel-novel ini semua sejak form1.
3 Tahun kumpul baru 40 novel!
Adeh! Buat camna, belajar lagi kan? Duit pun mak bapak
yang bagi lagi. So kena pandai-pandailah save duit tu.

Komik saya?
Sekejap jea saya sempat kumpul.
Sebab saya mula minat komik last 2009. 2010 tu saya
dah mula minat novel. Memang sikit sangatlah komik yang sempat saya baca.
Saya lebih banyak membaca komik dalam internet jea.

Antaranya...





Pernah baca novel dan komik yang ada kat atas tu?
Jom kongsi pendapat! 
^__^  

My Nuffnang

 



Cash out.... Cash out.... Cash out....
Cash Out !!

Haha
Ingat tak awal bulan 12 aritu,
saya cakap dah boleh cah out? Alah, kat entry INI.
Sebenarnya belum dapat lagi cek tu tapi kira-kira
InsyaAllah bulan februari ini dapat. Oh! Tidak sabar menanti!!

Boleh cash out lagi ke untuk bulan ini?
InsyaAllah sikit lagi boleh cash out untuk kali kedua.
Ades! Mintak-mintak lah dapat cek pertama tu sebab nak cash out
kali kedua pulak ni. Nak beli phone baru.
Ecehce. Hehe

Sebenarnya tak sangka dapat cash out lagi selepas
sebulan lepas saya cash out. Cepat kut? Alhamdulillah. Berkat korang
yang baik hati klik iklan kat blog saya. : )
Kalau belum klik, boleh lah klik sekarang dan nak saya klik semula?
Let me know! InsyaAllah saya klik balik. Kihkih
Tapi silalah JUJUR ya?

Nak tahu iklan apa yang saya dapat?

   

Alhamdulillah!
Terima kasih semua! Lob u!
= 3

Segmen Domain MY Percuma



Email : fateha_ainaa@yahoo.com
Nama Domain.My Pilihan : nikainaa.my
Kenapa saya nak domain.my : 

Sebab blog saya pernah kena remove sekejap dan saya baca satu entry ini,
tentang kenapa blog kita diremove dan disitu dia syorkan supaya tukar blogspot.com ke
DOT MY atau DOT COM supaya blog kita tak senang-senang di
'hack' atau 'remove'.



"Segmen Domain MY PERCUMA ini dianjurkan oleh blog AZRI.MY, dan ditaja oleh blog MyBuletin dan MyBiasiswa"

Kesalahan Dalam Berjilbab

 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri engkau, anak-anak perempuan engkau dan isteri-isteri orang mu’min, supaya mereka menutup kepala dan badan mereka dengan jilbabnya supaya mereka dapat dikenal orang, maka tentulah mereka tidak diganggu (disakiti) oleh laki-laki yang jahat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”
 (QS Al Ahzab ayat 59).


1. Kesalahan gambar pertama:
      •   Kerudung tidak menutupi dada.
      •   Rok yang digunakan kurang panjang.
    Rasulullah SAW telah bersabda yang artinya :“Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya”. 
    Hadits di atas cukup menjelaskan bahwa para wanita diharuskan memanjangkan apa yang seharusnya menutupi auratnya dan tidak diperbolehkan untuk memendekkannya.  

2. Kesalahan gambar kedua :

      •   Kerudung tidak menutupi dada. 
    "..dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya.."(QS An-Nur : 31).
    Jelas sudah bahwa kerudung yang kita pakai HARUS menutupi dada kita sehingga jelas salah jika kita beranggapan "asalkan rambutnya nggak keliatan, berarti telah menggunakan jilbab".
     

3. Kesalahan gambar ketiga :

      • Kerudung tidak menutupi dada.
      • Lengan kurang panjang.
      • Rok kurang panjang.  
    "Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang bisa terlihat.."(QS An-Nur : 31).
    Maka dari itu hendaklah kita menutupi apa yang disebut sebagai aurat agar orang lain tidak akan bisa melihatnya.

4. Kesalahan gambar keempat :

      •   Pakaian ketat sehingga menampakkan lekuk tubuh.
    Rasulullah bersabda, "hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu".
      • Make up yang terlalu tebal.
    ”Wahai anak cucu Adam. Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan".(QS Al'Araf : 31)

5. Kesalahan gambar kelima :

      • Kerudung tidak menutupi dada.
      • Pakaian ketat memperlihatkan lekuk tubuh.
      • Blus yang dipakai pendek.
    "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
     

6. Kesalahan gambar keenam : 

      •   Lengan blus pendek.
      •   Rok yang dipakai berbelah di depan.
    "Barang siapa yang memakai pakaian yang mencolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’i dan Ibnu Majah)
     
     
     
Kesalahan yang umum lainnya adalah :
  1. Tidak memakai kaus kaki.
  2. Memakai kerudung, baju maupun celana yang tembus pandang.
  3. Memasukkan kerudung kedalam baju.
  4. Ketika memakai kerudung model segiempat, hanya memasangkan peniti pada bagian bawah leher dan setelah itu kedua ujung kerudung digantungkan pada kedua bahu. Hal ini salah karena dapat mengakibatkan tampaknya leher dan kerudung tidak menutupi dada.
  5. Memakai kerudung yang terikat pada bagian leher sehingga menampakkan bentuk leher.
Lalu, bagaimana cara berjilbab yang baik? Saya rasa seperti ini :


"Bahwa anak perempuan apabila telah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan kedua telapak tangannya hingga pergelangan"
(H.R. Abu Daud)

 

 "Lalu, mengapa masih banyak wanita yang berkerudung namun salah dalam pemakaiannya? Apakah mereka belum tahu? Ataukah mereka malu karena dianggap tidak mengikuti mode masa kini? Atau merasa terlihat "gendut" dengan pakaian seperti ini? Sungguh, inilah pakaian seorang muslimah yang justru akan membuat para bidadari iri."

Backpack (Korean Style)


Aaaargh!
Nak gila cari backpack pun.
Satu habuk tak berkenan di hati. Eh,
ada jugak yang berkenan. TAPI!!
Mahal sangatlah. Tak padan sebab beg nak
bawa ke sekolah lagi pun.

Wah!
Korean style eh ke sekolah?
hihi c| =
Ada dah saya jumpa yang betul-
betul berkenan.


RM52

RM66



RM62


 
$21.95


Korean Style Women Casual Handbag Canvas Schoolbag Trave Bag Leisure Backpack 05 
 $19.62


Emmm... Emmm....
Dua yang last tu menjadi pilihan hati
saya kalau tolak-tolak yang lain sebab harga dan design.
 Beg yang last tu harga okey dah dan design pun cantik aje kan.

Hmm.... Hmmm...
Ada siapa tahu backpack korean style shop?
Kalau tahu bagitahu saya tau...
Kut-kut ada yang lebih murah dan comel.
Kalau tak ada.... nampaknya kena berunding dengan
abah saya beg yang last tu.

PINK or TURQOISE ?

Review: Blog GreenHouseRA

Ehem!
Malam-malam yang penuh indah ini... *cewah!*
Saya nak review blog GreenHouseRA.
Jom pakat skodeng blog Cik Nina malam-malam ni.





      Wah, chumel jea banner blognya kan? Paling suka dengan font header yang digunakan tu. Macam tulisan arab gitu. Mula-mula dulu tengok link blog Cik Nina, dah terdekit dalam hati, "Mesti blog warna hijau ni." hihi dan dan buka tu memang hijau pun. Tapi Cik Nina gunakan gabungan warna hijau dan merah jambu kan? I liked! Lebih comel kelihatan dengan dua gabungan warna tu. Wallpaper kat belakang tu sebenarnya menarik minat mata saya. Hihi

       Suka masuk blog GreenHouseRA sebab loading pantas. Tak caya? Cuba klik banner kat atas tu. Cepat kan? Satu lagi Cik Nina pandai susun atur 'perabot' blognya. Hihi gadget lah. Sikit jea gadgetnya tapi yang mana-mana penting semua ada kan? Contohnya gadget follow ada, shoutbox ada dan gadget yang old entry punya ada. Penting tau! Hokeyh! Stop kreatik blog orang, sekarang kita berkenan dengan Cik Nina pulak.


*klik pada gambar untuk kanta pembesaran*






       Wah! Kacukan you! Samalah kita tapi saya kacukan bugis. Hihi Patutlah ada nampak iras-iras Jepun sikit. Kan? Orang Pahang rupa-rupanya Cik Nina. Dekat aje dengan negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kalau datang Kelantan jangan lupa test nasi kerabu ya? Confirm makan sekali nak lagi. Kiukiu  =3 

        Kepada bloggers, Cik Nina turut mengambil tempahan edit full blog, header, cursor dan lain-lain. Harga? Serendah RM2!! Tempahan dibuka pada hari cuti sahaja iaitu hari sabtu, ahad dan cuti sem. Nak tempah? Boleh hubungi Cik Nina melalui fans page nya. Mesti comel yang Cik Nina buat sebab blog dan header blog dia comel kan? Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat di SINI.

       Okey, berbalik semula ke blog Cik Nina. Dia turut berkongsi tips dan info di blognya. Contohnya, tanda lelaki jatuh cinta, tafsiran mimpi, kenali wanita, tips hilangkan kelemumur, mengurang stres, tips belajar saat akhir dan banyak lagi! Rugi tak baca tau! Saya pun ada baca jugak baca info menarik dan petua di blognya. Salah satunya, Petua Kecantikan Wajah. kihkih biasalah, perempuan. Memang tak lepas dari membaca petua-petua sebegini. ^__^ Nak tahu petuanya? Jom kita lihat.


*klik pada gambar untuk kanta pembesaran*




       Amacam? Pernah lakukan? Ada jugak yang saya pernah buat dan ada jugak yang tidak tahu langsung dan tak pernah buat. Klik SINI untuk lebih banyak tips dan petua. Dah baca tu trylah buat dan jangan lupa kongsi dengan kami(bloggers) petua yang awak lakukan tu. Hihi Saya? Tak boleh nak kongsi sebab boleh bilang dengan jari berapa kali saya buat. Memang tak ada kesan larh. Haha. c|=


Wokeyh !
Itu sahaja daripada saya.
Tak sedar dah dekat pukul 12 malam. hihi
Selamat malam semua dan jangan lupa sebelum tidur baca doa dulu.
= )

Kelab Pencinta Novel Melayu

Salam Jumaat Bloggers !!

Entry kali ini khas kepada peminat
novel melayu dan juga novelist-novelist.
Group ini saya sendiri yang cipta dan dengan ini saya
menjemput semua peminat novel untuk join group ini.

Dalam group ini kamu semua boleh tahu perkembangan
novel terkini yang akan saya update selalu.
Semua tentang novel-novel. Peminat novel juga boleh kongsi
pandangan kamu tentang novel-novel melayu yang sudah dibaca.

Sekali bertujuan mengeratkan lagi silaturahim
sesama kita dan tentu lebih seronok berkongsi dan bertukar-tukar
cerita tambahan pula dengan adanya minat yang saya.

Kepada blogger yang ada telah terbaca entry ini,
silalah ajak kawan-kawan yang 'kakinovel' untuk sertai group

Hati Manusia

 


HATI MUTTAQIN

Hati mereka umpama pelita yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan.


HATI ORANG KAFIR

Hati mereka hitam, terbalik serta menabur kegelapan dan kejahatan.


HATI ORANG MUNAFIK

Hati golongan ini berbungkus hijab kepura-puraan, bertopeng keislaman dan menyembunyikan kekafiran.


HATI ORANG FASIK

Kedudukan hatinya dalam keadaan melintang, tegak tidak dan tersembam tidak, bahkan sentiasa di atas pagar antara kebenaran dengan kebatilan.



- dipetik dari majalah Islam -

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.