Scarft & Dress Boutique


   Helop! Eh, tak ada pun entry yang saya cakap kan tu? hihi malas lagi nak tulis cerita-cerita yang panjang tu. Nanti kalau saya rajin saya tulis lah erk? Okey, apa Scarft & Dress Boutique ni ? Alah, dengar nama pun tahu kan? Tadi saya godek-godek kedai online kat facebook dan terjumpa page Scart & Dress Boutique. Buka aje.... Waaaah! Cantik-cantik belaka dress kat situ. Murah pun murah! 


 650 Yellow Lycra Cinderella Skirt ( RM55)  


 



 



 PRINCESS DIAMOND DRESS (RM70)

 



Blouse Aneeysa (RM40)

 


 Hoodie Style Blouse With Puff + Diamond (RM38)

 

 


    Cantik-cantik kan? Hoho saya tengok pun dah rambang mata. Nak tengok banyak lagi dress yang cantik dan murah, jom kita serbu page Scarft & Dress Boutique . Macam-macam ada. Apa yang ditengok lagi tu? Order aje lah!! ; D

Kata Nak Jadi Blogger Tegar ?



   Okeylah, okeylah. Saya mengaku kalah! 
Memang saya tak boleh jadi blogger tegar sebab saya tak dapat online selalu.
 Tapi korang tau, selepas ni saya akan update baaaanyak sangat cerita.
Sebab..... Sepanjang saya tak online sebenarnya saya
sedang sibuk melancong!!

Wah, banyak sangat benda yang nak diceritakan ni.
Tapi sekarang ni saya tak boleh update lagi.
Sebab banyak sangat novel yang nak dibaca!
Novel-novel kawan lagi dan novel-novel yang saya beli
pun tak terbaca lagi ni.
 
Jadi memang saya tak update kut buat sementara waktu ni.
Hanya sementara waktu. 
Lepas saya selesai baca novel-novel tu,
saya update lah erk cerita-cerita
yang kemas dalam poket saya ni. Hihi
 
Tak boleh nak online lama-lama ni, nak pergi baca
novel. Hisy! Sebelum PMR sibuk study
untuk PMR tapi selepas aje PMR
sibuk 'study' novel cinta.
Haha nasiblah...
= P
 
 

Gangnam Style Raya (Malaysia Version)

 



Okey, saya ketinggalan zaman. Hak!
Sebenarnya saya baru aje tahu pasal "Gangnam Style"
 lepas raya hari tu. Tu pun abang saya bagitau.
Yalah, tahun ni saya busy dengan PMR kan so tak
ambik tahu sangat pasal dunia luar ni.

Lepas raya hari lepas, abang saya suh search kat youtube
'Gangnam Style Raya' . Saya yang tak tau apa-apa
search jelah and tengok video tu.
Pergh! Memang superb sporting lah family 'retis'
Suasana Gangnam Style tu.

Family saya tak adalah sampai macam tu sporting.
Family diorang semua sporting plus otak 'gila-gila' kut.
Haha memang kelakar dan memang kena bagi
tabik spring lah kat diorang!

Sebab dah mencipta Gangnam Style versi Malaysia.
Sampai sekarang saya tak boleh lupa video tu.
Sporting habis!




Selamat Hari Raya Aidil Adha

 
 
 
Salam Aidil Adha sahabat sekalian !! 
C =
 
 
Wah, lama jugak erk saya tak on9?
Sampai traffic pun dah tak jem seperti biasa.
Hihi Mulai malam ini saya akan kembali bergiat menjadi
seorang blogger . Tetapi blog saya masih dapat pembaikian, belum
ada masa nak baiki. Jadi kalau datang ke blog saya tutup sebelah mata ya.
Hehe

Banyak sangat cerita yang nak saya ceritakan ni.
Ya lah, macam-macam yang berlaku semasa dalam persediaan untuk PMR
dan selepas PMR. Nanti saya cerita lepas raya ni erk?
Harap korang sudi kembali menerokai blog saya.
 *sambil buat muka tak malu

Setakat ni je erk? Saya nak pergi buat kek kejap.
Woo~ jangan buat muka terkejut macam tu!
Haha tak percaya? Saya masih belajar lagi.
 Buat pun pertolongan mami saya.
Resepi mami saya. Sedap ooh kek mami saya punya. 
Nak? Nanti saya bagi resepi erk? Hihi


Salam sayang dari saya,
Nick Ina

Fenomena Tercetus di Sekolah (20/09/12)

  JAM 10:30 a.m -11:00 a.m, PADA 20/09/12, HARI KHAMIS.

 
 
say cheese !!


   Salam semua. Fuhh! Dah beberapa hari internet rosak. Hari ni baru boleh online. Hari ni saya nak bercerita. 'Fenomena' yang tercetus di sekolah saya. Memang kelakar. 'Fenomena' ini tentu akan segar diingatan saya sampai bila-bila. 'Fenomena' yang menyebabkan satu sekolah bergegar dengan jeritan. haha hiperbola ayat!

   Macam ni ceritanya. Masa tu dalam pukul 10:30 - 11:00 , 'fenomena' ni berlaku sebelum pelajar tahap dua rehat. Masa tu matapelajarn Bahasa Melayu. Kelas saya berdekatan dengan pejabat, bilik guru perempua, bilik pengetua sekolah dan juga stor buku. Masa tu cikgu tengah imbas kembali pasal cerita Hikayat Inderaputera (prosa tradisional) ting. 3. Tengah duk mendengar tu, saya bunyi sesuatu. 

"Chipkk....Chipkk....Chipkk..."

    Haa! masa tu dah terlintas kat kepala saya ni yang tu tupai! Sebab kat situ memang banyak tupai. Terus saya tengok kat dinding atas tu ada luang-lubang untuk angin masuk dan juga ada cermin. Ada juga pintu yang tidak diguna. Pintu kebilik stor. Kat bawah tu ada lubang, sebab dulu ada orang pecah masuk ke dalam sekolah. And diorang masuk melalui pintu dalam kelas saya tu. Diorang pergi cabut kayu yang dipaku pada pintu supaya xleh dibuka. Saya dah berjaga-jaga time tu dan tengok Cik Pa tak ada pun.

  Saya pun kembali mendengar apa cikgu duk cakap tapi tak kusyuk sangat. Dang dang time tu jugak lah Cik Pa keluar. Satu kelas berteriak. Kaki dah naik dah. Tupai tu pulak boleh pulak dia pergi main berlari pusing-pusing satu kelas. Ceh! Maybe tikus tu terkejut dengar kitorang menjerit. Lepas reda sikit, tikus tu masuk ke sekelas sebelah. Fuhh! Lega sikit. Dah nak turun kaki semula. Dia datang lagi! Hamboi Cik Pa, nak bermain-main dengan kita orang ya?

   Masa tu dah tergelak, lucu pulak hanya sebab seekor tupai satu kelas menjerit sampai kelas-kelas lain mari tengok. Cikgu pun keluar tengok jugak. Dah lah dalam kelas saya ramai perempuan. Memang nyaring lah jeritan tu. Dalam ketawa-ketawa ada jugak rasa... errr takut? Tak kut. bukan takut tapi...ish! Entah! Tupai tu liar kut jadi bejaga-jaga. Saya yang selama ni tak pernah duk berteriak pun turut berteriak.Dulu, masa kucing masuk dalam kelas setengah-setengah aje yang menjerit dan ofcourse saya tak termasuk. Saya ni PENCINTA KUCING okey!! Masa tu nak marah ya jugak, yalah... Kucing, bukan harimau. Yang nak berteriak macam HARIMAU yang masuk dalam kelas tu buat apa. Kan, kan?

   Tapi hari ni saya baru tahu. Haiwan yang kita jarang 'bermain' dengannya dan tak ada kat rumah memang akan membuatkan kita rasa... geli kut? Entahlah, saya tak reti nak cakap macam mana. Nak kata takut...TAK! nak kata geli pun tak! Seram apatah lagi. lagilah TAK! Perempuan mungkin tahulah macam mana perasaan tu, kalau lelaki confirm diorang dah cop kita ni 'PENAKUT'. Okey, tak kisah. Apa guna ada lelaki kalau bukan melindungi kaum hawa. Betul tak? hihi *ayat cover

    Belakang rumah saya memang banyak tupai. Kalau buka tingkat tempat ruang komputer memang boleh say Hello lah sebab akan nampak tupai sedang bergurau senda di atas pokok limau kasturi. Hihi Jadi saya ni termasuklah dengan orang-orang yang tak 'mesra' dengan tupai. Memang....hish! Seriau rasa satu badan. Memang dah tahulah perasaan kawan saya yang selama ni menjerit plus lari lintang pukang kalau kucing datang dekat.

   Tapi siapa kata lelaki pun berani? Budak lelaki pun 2x5 dengan budak perempuan. Eleh! Cakap orang! Dia pun masa tupai berkeliaran tu kaki dah naik jugak! Eee... tak malu. tak gentleman lah! kahkah. Masa tu cikgu saya yang mengajar BM pun naik kaki jugak. Siap naik duk atas meja lagi! Haha sama dengan ada kawan saya ni. Memang dia 'riuh' sikit, naik atas kerusi sampai. Tak ada dia sunyi kelas jawabnya. Haha. Happy go lucky orangnya.

   Balik pada cerita, tangan saya terketar tau! Terkejut! Lepas tu saya dah terbatuk-batuk sebab ketawa kuat sangat plus menjerit plus terkejut. Nasib baik penyakit saya tak datang, kalau tidak mana nak cilop inhaler oi? Inhaler saya ada duk kat rumah. Fuh! 

   Tulah 'fenomena' yang tercetus di sekolah saya sampai budak-budak kelas 3A menjerit. Sampai cikgu-cikgu dan murid lain mari tengok. Yalah sekolah saya kecil aje, jadi memang satu sekolah lah dengar. Haha memang kenangan yang akan segar sampai bila-bila. Boleh cerita ni kat anak cucu besok-besok. Kiukiu *gatai tak sudah noh.



* PMR 19 HARI LAGI *

Fesyen Terkini



First...
      Pakaian. Kalau nak keluar rumah, tentu gadis-gadis remaja zaman sekarang akan bingung kan nak pakai apa? Sudah tentu kita mahu kelihatan cantik, comel dan bergaya. Sudah jadi tabiat untuk gadis remaja akan bingung dalam memilih pakaian yang sesuai dan menampakkan kita cantik. Lebih-lebih semasa hendak keluar dengan pakwe atau reunion dengan kawan-kawan kan? Sudah menjadi tabiat bagi gadis remaja akan keluarkan baju diorang dari dalam almari dan diletakkan di atas katil. Dan akan mencubanya satu persatu sehingga ada baju yang sesuai untuk kita pakai.

Second....
      Shawl. Bagi gadis remaja yang bertudung juga mahu bergaya walaupun bertudung kan? Macam zaman sekarang terkenal dengan selendang dan tudung bawal dua tone. Cara pakai pula tentulah yang tidak nampak serabut tetapi kelihatan cantik dan kemas. Gadis remaja akan mengikut gaya artis-artis atau pereka fesyen terkenal. Contohnya, digayakan seperti Heliza Helmi, Diana Amir, Najwa Latif, Hana Tajima, Yuna dan ramai lagi.

Third....
      Beg. Pergi kemana saja pasti gadis remaja akan membawa beg disisi mereka. Apa yang diisi kat dalam? Ada yang hanya diisi dengan handphone dan purse dan ada juga yang diisi dengan alat-alat makeup. Beg adalah satu fesyen kepada gadis remaja. Terasa janggal kalau tidak ada beg. Bukan beg tangan yang dipakai makcik-makcik atau perempuan yang sudah bekerja itu. Gadis remaja sekarang kebanyakkannya akan memakai beg yang diimport dari korea. Ada juga hanya tiruan tetapi itu semua tidak dikisahkan asalkan dapat digayakan beg seperti itu.

Fourth....
     Kasut. Sesetengah remaja sukakan kasut yang ada tali berlilit diketingnya dan ada juga yang menutup di bahagian depan, belakang kaki dan sekeliling bahagian tapak kaki kita. Ketinggian tumit kasut itu juga akan diambil kira kerana bagi remaja yang rendah tentu sesuai memakai kasut bertumit tinggi tetapi haruslah berpada-pada kerana ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita. Bagi gadis yang tinggi lampai pula tentu tidak sesuai kalau memakai kasut bertumit tinggi kerana ini akan menyebabkan diorang kelihatan seperti 'galah' dan mungkin akan kelihatan diorang lebih tinggi daripada lelaki.

Last.....
     Aksesori. Rantai, gelang, anting-anting dan cincin tentulah akan dipakai para gadis remaja. Tak lengkap rasanya kalau tidak memakai benda-benda ni semua. Pada zaman sekarang ini jarang dah yang memakai rantai bentuknya seperti guli besar dan labuh sampai ke bawah dada. dan memakai anting-anting. Remaja zaman sekarang hanya tertumpu kepada gelang dan lebih-lebih lagi cincin. Ini kerana sudah ramai yang bertudung dan tentulah orang lain tidak akan nampak kalau kita memakai rantai atau anting-anting. Mereka lebih gemar bergaya dengan gelang dan cincin. Tetapi remaja sekarang lebih ramai yang memakai cincin dan gelang pula digantikan dengan jam tangan. Ada yang memakai cincin couple dan ada juga yang memakai cincin biasa. Kenapa sudah jarang remaja memakai gelang. Gadis sekarang lebih suka memakai jam tangan kerana mungkin diorang rasa berbahaya kerana sekarang ragut-meragut terjadi dimana sahaja dan kalaupun yang tiruan ada tetapi mungkin kulit diorang tidak boleh memakai aksesori tiruan. Lagipun, kalau jam senang kita nak tahu waktu.


BLOGSHOP

















You Know What.... (Part 2)

Salam semua. : )

Entry kali ni sambungan entry
yang lepas.

 Jom sambung tengok novel-novel yang
saya nak beli.

.......................................

12. Suamiku Vampire - Ria Natsumi



 13. Selepas Kamu - Sofia Ixora



14. Cinta Tak Sempurna -Ezdiani Abd Rahman



15. Takkan Pernah Hilang - Emma Rusdi



16. Dah Jodoh - Iman Nizrina




................................


Okey, setakat tu aje dulu.
Kalau ada lagi novel yang nak dibeli.
Akan saya update YKW part 3.

Oh ya!
Novel Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah
saya dah order kat p2u.my.
Heee~ tak sabar nak tunggu.

: D

You Know What.... (Part 1)

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa semua! ( :

Dah masuk bulan 8 ya?
PMR pun tinggal 1 bulan lebih lagi.
Ahh! Tak sabar rasanya.

You know what....
lepas PMR saya dah berpakat dengan W.A.F.A
nak pergi KB Mall dan nak
pergi borong novel di SMO dan POPULAR.

Harap-harap cukup lah duit yang saya simpan
dan tambah dengan duit raya. hihihi
cukup kut.

Ceh, dah tua pun ada hati
nak duit raya.
Eh, tak tua pun. Baru 15 tahun !

Meh kita tengok novel-novel yang
saya tengah gilakan sekarang.

..........................................

1) Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah


2) Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily



3) Kerana Terpaksa....Aku Relakan - Umie Nadzimah



4) Suamiku Tak Romantik, Tapi Autistik - Farisha Imani



5) Cinta Untuk Sedetik Lagi - Ezzah Mysara



6) Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana



7) Mampu Mencintaimu - Auni Amauni



8) Oh! Cinta 



9) Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi Abdullah



10) Suamiku, Encik Perfect 10! - Syamnuriezmil



11) Teduhan Kasih - Marissa



................................


Bersambung di entry You Know What... (Part 2)

Perkahwinan Muda Syafiq ♥ Yana

Perkahwinan Muda 

( video majlis perkahwinan Syafiq & Yana = http://www.youtube.com/watch?v=-h0yh-rDcjo&feature=player_embedded )


Assalamualaikum 
cik-cik adik dan abang- abang sekalian .
hihihi = D

Lama ohh Ina tak update blog.
Dah berhabuk dah.

Rasa - rasanya, seluruh Malaysia
dah heboh pasal ni kan? Ke seluruh dunia ?
Erk !! Negara-negara jiran kita je kut.

Nak cite pasal Syafiq, 16 dan Yana, 14 ni lah.
Hamboi - hamboi , seronok mereka....
kecik kecik dah kahwin.
kalau Ina nak. ahak ! gattai noh !!

Bagus lah diorang kawhin awal.
Ina rasa kat luar sana mesti ada yang think positive and negative kan?
Kalau Ina? Think Positive, ofcourse! hehe

Bagus lah diorang kahwin awal daripada duk bercinta berpuluh-puluh tahun,
buat tambah dosa je. Baik kahwin terus!! Dapat pahala lagi.
Dan pada yang diluar sana yang cakap
, diorang baru umur 14-16 tahun tapi dah gattai nak nikah.

Cuba korang fikir elok-elok. Umur tak menjadi masalah, asalkan diorang matang.
Kerja or lebih tepat lagi nafkah ? Ibu bapa diorang masih ada kan ?
Mestilah tolong bagi kat anak menantu, nanti dah diorang
kerja diorang pulak tolong ibu bapa kan kan kan .
Kalau dah ada abang atau kakak yang dah kerja tu bantulah
adik-adik diorang tu.

Kalau ada yang di luar sana cakap,
Syafiq dengan Yana ni tak tahu malu,
gatal nak nikah padahal umur masih mentah.
Tapi saya nak cakap lain.
Saya KAGUM dengan diorang .

Bukan nak mengejek ke apa, tapi fakta.
Couple-couple, buat tambah dosa. Usung anak dara orang
kehulu kehilir. Mesej-mesej, malam-malam orang lain nyenyak tidur tapi
kita tengah syok bergayut dengan pakwe/makwe.
Yang lebih teruk, yang pegang sana, pegang sini.

Baik tiru Syafiq dengan Yana ni. KAHWIN TERUS!
Lepas tu nak sentuh ke pegang-pegang ke dah boleh. HALAL !!
Nak keluar berdua ke, dah boleh dah. Huuu~ camtu baru syok tahu !!
Hihihi aku pulak yang lebih-lebih ni. =='

PS : Sorry tau kalau terkasar bahasa atau ada yang terasa. Tak ada niat nak sindir. Just bagi pendapat dengan nasihat je.

Hebat betul diorang nikan? Kagum sungguh !!
Setahun lebih muda dan setahun lebih tua je daripada Ina.
Huiik, best oh dapat kahwin awal. ; P




MOMMY, INA NAK KAWIN JUGAK !~!




Hakhakhak
Mau pengsan mommy kalau Ina cakap camtu.
>.<

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.