Perkahwinan Muda Syafiq ♥ Yana

Perkahwinan Muda 

( video majlis perkahwinan Syafiq & Yana = http://www.youtube.com/watch?v=-h0yh-rDcjo&feature=player_embedded )


Assalamualaikum 
cik-cik adik dan abang- abang sekalian .
hihihi = D

Lama ohh Ina tak update blog.
Dah berhabuk dah.

Rasa - rasanya, seluruh Malaysia
dah heboh pasal ni kan? Ke seluruh dunia ?
Erk !! Negara-negara jiran kita je kut.

Nak cite pasal Syafiq, 16 dan Yana, 14 ni lah.
Hamboi - hamboi , seronok mereka....
kecik kecik dah kahwin.
kalau Ina nak. ahak ! gattai noh !!

Bagus lah diorang kawhin awal.
Ina rasa kat luar sana mesti ada yang think positive and negative kan?
Kalau Ina? Think Positive, ofcourse! hehe

Bagus lah diorang kahwin awal daripada duk bercinta berpuluh-puluh tahun,
buat tambah dosa je. Baik kahwin terus!! Dapat pahala lagi.
Dan pada yang diluar sana yang cakap
, diorang baru umur 14-16 tahun tapi dah gattai nak nikah.

Cuba korang fikir elok-elok. Umur tak menjadi masalah, asalkan diorang matang.
Kerja or lebih tepat lagi nafkah ? Ibu bapa diorang masih ada kan ?
Mestilah tolong bagi kat anak menantu, nanti dah diorang
kerja diorang pulak tolong ibu bapa kan kan kan .
Kalau dah ada abang atau kakak yang dah kerja tu bantulah
adik-adik diorang tu.

Kalau ada yang di luar sana cakap,
Syafiq dengan Yana ni tak tahu malu,
gatal nak nikah padahal umur masih mentah.
Tapi saya nak cakap lain.
Saya KAGUM dengan diorang .

Bukan nak mengejek ke apa, tapi fakta.
Couple-couple, buat tambah dosa. Usung anak dara orang
kehulu kehilir. Mesej-mesej, malam-malam orang lain nyenyak tidur tapi
kita tengah syok bergayut dengan pakwe/makwe.
Yang lebih teruk, yang pegang sana, pegang sini.

Baik tiru Syafiq dengan Yana ni. KAHWIN TERUS!
Lepas tu nak sentuh ke pegang-pegang ke dah boleh. HALAL !!
Nak keluar berdua ke, dah boleh dah. Huuu~ camtu baru syok tahu !!
Hihihi aku pulak yang lebih-lebih ni. =='

PS : Sorry tau kalau terkasar bahasa atau ada yang terasa. Tak ada niat nak sindir. Just bagi pendapat dengan nasihat je.

Hebat betul diorang nikan? Kagum sungguh !!
Setahun lebih muda dan setahun lebih tua je daripada Ina.
Huiik, best oh dapat kahwin awal. ; P




MOMMY, INA NAK KAWIN JUGAK !~!




Hakhakhak
Mau pengsan mommy kalau Ina cakap camtu.
>.<

Niatku Sudah Tercapai ?



Assalamualaikum  :)
Sihat kawan-kawanku ?

Korang ingat tak entry ni ? Ina ada cakap kan nak berhenti baca novel
dan novel SAU yang last Ina nak baca .

Alhamdullilah .
Ina rasa niat Ina dah tercapai .
: D

Ina dah baca novel SAU dan korang nak tahu tak ?
Hari ahad, isnin dan selasa lepas Ina ada kelas tambahan .
Kawan-kawan Ina bawak novel. Kebiasaannya Ina rasa teruja , rasa nak je baca.

Tapi tak pada hari tersebut . Ina tengok cover novel tu je .
Nak baca sinopsis pun malas. Apatah lagi nak membacanya.

Pelik kan ? Ina yang 'gila' novel boleh malas nak baca novel !!
Apa-apa pun syukurlah niat Ina yang satu tu dah tercapai .

Niat Ina untuk kurangkan masa 'bersama' FB dan blog pun dah tercapai .
Yang ni dah lama dah .

Kalau Ina bukak FB tiba-tiba rasa FB ni membosankan. 
 Nak chat pun malas .
Sama dengan blog. Malas nak menulis , idea pun
kering . Hihihi

Hmmm...
Wassalam sahabat-sahabatku.  :)

Say Goodbye to Novel

Bye, bye... *sambil lap air mata*



      Bismillah pembuka bicara, Assalamualaikum pembuka cerita. Cewah! Haha korang baca tajuk pun tahu dah kan Ina nak membebel pasal apa malam ni. Tahun ni kan Ina nak ambik Penilaian Menengah Rendah (PMR), sekarang ni dah 02/05.... tak lama lagi dah lah kan? Jadi terpaksa lah Ina tinggalkan novel buat sementara ni. Boleh ke ni? Doa, usaha dan tawakkal je lah. Korang ingat lagi tak entry yang ni? Ina dah dapat peluk cium ISM, SSID dengan LYMA. MJATS je belum lagi. Maybe lepas exam kut baru Ina beli. Novel ISM, SSID dan LYMA memang tak menghapakan Ina. Memang best! Bab kata Boboi Boy... Terbaikk !! Kuakua.

     Memang tahun lepas lagi Ina nak stop kejap tapi tak tahan dengan godaan. Kalau lalu kedai buku macam ada yang memanggil , marilah beli saya....marilah beli saya... Last-last Ina angkat kaki laju ke kedai buku tu, pilih novel mana yang berkenan di hati terus bayar! Ish-ish...jangan tiru macam Ina ya? Haha Tapi InsyaAllah kali ni menjadi. Tapi sebelum Ina stop baca novel, ada satu lagi novel last yang Ina nak baca. Lepas tu tak nak dah. Boleh percaya ke ni? Kuikui InsyaAllah je lah ya... 



Jom Terjah Blog Penulis Sau : Things On My Mind

        Nampak tak menatang apa kat atas ni? Kehkeh Novel ni lah yang last Ina nak baca. Suami Aku Ustaz! Saya ler ter . Kahkah okey, gedios! ; P Novel ni memang best, ada unsur islamik jugak lah. Novel camni lah Ina suka. Suami Aku Ustaz! Budak sekolah agama macam Ina ni..memang kebanyakannya nak yang 'ustaz-ustaz' gitu lorh. Haha Ish! Budak bawah umur lagi ni.. Tak leh kawen lagi. Semalam Ina dah pi cari novel SAU tapi habis. Nantilah, hujung minggu ni Ina pi cari. Nak beli dan baca cepat-cepat macam Citah lepastu nak belajar bersungguh-sungguh dengan bijak. Study Hard But Smart !

      Esok Ina ada qiammulai kat sekolah, jadi hari jumaat tu tak tahu lah sempat ke tidak beli. Nak beli SAU, hari sabtu rasanya tak boleh dah sebab kerja kursus bertimbun lagi. Ala~ orang nak exam tapi kerja kursus ni sibuk je! Kan ada jugak yang tak study sebab sibuk sampai tak tidur malam nak sudahkan kerja kursus ni. Haih! Redha je lah... Nama pun budak sekolah kan....


..........................................

Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah

    
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )




Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Treasure Hunt ( English Week)




        Assalamualaikum semua. Hee rindu sama kamu! kuikui amacam? Baca tajuk kat atas ni nampak cam best je kan? Memang best pun! Wah, kenangan tak dapat dilupakan! Sebenarnya Ina nak masuk dua, spelling bee dengan treasure hunt tapi yang spelling bee tak cukup orang. Dia kena berkumpulan, dalam satu kumpulan tu kena ada 3 orang. Dah ajak dah kawan-kawan yang lain tapi semuanya takut. Ina pun takut jugak! Cuma saja nak fun-fun sikit. Memang tak boleh nafikan betapa bestnya mencari harta karun. Kena speak english tau! Soalan pun bahasa mat salleh. err... memang lah, nama pun English Week..apalah kau ni Ina =.='

        Dalam kumpulan treasure hunt pun kena ada 3 orang. Kumpulan Ina, the leader, me...kihkih and the other members is Husna and Amalin. Memang letih lah cari harta karun ni, sekeliling sekolah kena berlari. Fuh! Berpeluh-peluh berlari mencari klu sebelum ke garisan penamat. Malu pun ya jugak. Yalah, sekeliling sekolah kena berlari...semua pelajar tengok, malu weih! Alhamdullilah, kumpulan Ina dapat cari semua klu yang diberi. Tapi keputusan belum diumumkan lagi. Teacher kata maybe nanti ada perhimpunan akan diumumkan. Tak kesah lah menang ke tidak. Kalau menang, rezeki kumpulan Ina lah tu, kalau tak menang, tak ada rezeki lah..

        Kalau ada tahun depan, inysaAllah Ina nak masuk pulak. Nak masuk spelling bee jugak! Nak improve  lagi english Ina. Korang pun kalau ada kat sekolah yang buat english week tu, masuklah. Tak rugi pun walaupun tak menang. Sebab kita dapat belajar dari competition ni. Lagipun, kita masuk bukan sebab 'lapar' kan hadiah yang ditawarkan.Kita masuk sebab nak improve english kita and just for fun. Nak tambahkan lagi kenangan dalam memori kita.. Hihi Nanti kalau keputusan dah diumumkan, Ina maklumkan kepada korang. Okeylah, Ina penat. Satu badan letih. Nak rehat. hehe tata  ( ^-^ v )

Nasyid : Binnabil Huda

 

 Assalamualaikum... = )


Ehem ehem...
binnabil huda Ya Rasul salam...
Wayamursala rahmatan lil anam...
 
eceh eceh !
nasyid lah pulak kau Ina...
kan ada jugak yang banjir malam-malam ni.
hehehe

Best kan nasyid ni ?
Sampai suara Ina serak
asyik nyanyi nasyid ni .

Korang pun ...
sekali-sekala tu dengar lah
jugak nasyid-nasyid macam ni .
Asyik lagu cintan-cintun je ...
hehehe 
 *kata kat diri sendiri*

As Busy As A Bee

 comel kau lebah . HAHA


     Assalamualaikum . Bzzz ! Bzzz ! Alamak ! Lebah datang lah . kahkah korang sihat ? Ina sihat jea , alhamdullilah .  : D Lepas ni tak tahu lah sempat ke tidak untuk Ina ber'blogging' . Haih ! Hari tu baru jea Ina bersorak , bersuka ria sebab kelas tambahan sampai pukul 3:30 jea . Sekali kena kelas tambahan fasa ke-2 habis pukul 4:30 daa ~ Ish3 . Buka sekolah ni , start dah lah kelas tambahan fasa ke-2 . Nampaknya sunyi lah blog Ina ni yea . . . Hari jumaat dengan sabtu Ina ada kelas jugak . Tuisyen !

   Kalau tak dapat update entry Ina tak kisah sangat pun . kuakua Tapi yang sekarang ni , Ina tengah risau karya - karya Ina yang belum siap. Korang tahu kan yang Ina jugak menulis ? Tak tahu ? Sampai hati ! Hehe Jemputlah baca kat blog khas untuk karya Ina : Karya Ainaa Azlan . Jangan segan-segan untuk komen tau ! Dah habis baca dan komen tu , gatal - gatalkan lah tangan korang tu untuk klik JOIN THIS SITE . Haha promote kejap .  : P

    Nampaknya , tak siap jugak lah e-novel Ina untuk masa yang terdekat ini . Tapi korang jangan marah pulak kalau Ina selalu tak update e-novel . Ina menulis hanya pada masa lapang dan dijadikan sebagai hobi . Oh yeah ! Khamis lepas baru boleh tarik nafas lega SEDIKIT . Sebab exam pegesanan dah habis . Bukak sekolah ni kena tumpukan sepenuhnya pulak . PMR dah dapat dirasai . Oh ! Cepat lah wahai cik PMR , cepat kau datang maka cepatlah kau pergi . HAHA Semakin dekat exam , semakin berdebar - debar cik Hati kita ni . kuikui


DOA SUPAYA INA DAPAT 9 A TAU !

Wassalam  ^_^

Akanku Milikinya ! ( Insya-Allah )

    SAYA SUKA MEMBACA ! Apa kes ni ? Salam habuk tada terus cakap ' saya suka membaca ' ? Hehe Sebelum tu . . .  Assalamualaikum ! Jawab , jangan tak jawab ! HOT kea tajuk kali ni ? Hehe Ni mesti korang fikir yang bukan - bukan ni . Haa ! Kantoi ~ gurau jea  : D

    Tahu tak apa yang ' Akanku Milikinya ' ni ? Cer teka cer teka . Hehe Alahai ~ dah puas fikir ? Meh Ina bagitahu lah camtu . Apa yang bakal Ina milikki ? Jom ! Sama - sama kita tengok . . . .


  
1 ) Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

  

 2 ) Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana



3 ) Sebenarnya , Saya Isteri Dia ! - Zura Asyfar



4 ) Love You Mr.Arrogant ! - Aliesha Kirana



       Novel ! Yea , betul tu . Keempat -empat novel cinta di atas itu 'Akanku Milikinya' ( Insya-Allah ) . Kalau Ina cakap ' Saya Suka Membaca ' pasti ramai yang gelak atau ejek sebab ? Sebab Ina tahu ramai yang tulis dalam biodata dia , hobinya membaca sedangkan . . . Fikir lah sendiri . Tapi Ina memang suka membaca . Yea ! Ina memang SUKA GILA membaca novel ni . Mungkin . . .  Obses membaca novel ? Haha entah ! Tapi yang pasti Ina memang suka membaca novel .

      Novel no. 3 & 4 akan keluar pada bulan Mac ni . Eh ? Bukan kah kita dah berginjak ke bulan Mac ? Haha betul lah tu . Dah masuk 03/03/12 . Kedua novel ini mungkin akan keluar pertengahan bulan ni . Aaah ! Tak sabar rasanya . Kedua novel ini diterbit oleh Karya Seni . Novel Sebenarnya , Saya Isteri Dia ! dan Love You Mr.Arrogant ! memang best . TERamat best ! Ina dah baca kat blog penulis dan kat p2u . Rugi tau kalau tak beli dan baca . Blog penulis novel SSID , OUR LOVE . Blog penulis novel LYMA , DARI TINTA ALIESHA KIRANA .

    Novel no. 1 & 2 pulak adalah daripada penulis yang sangat berbakat iaitu Suri Ryana dan Acik Lana . Ina memang tabik spring lah kat akak Suri dan kak Acik . Novel mereka memang awesome ! Kedua novel ini akan keluar pada bulan April 2012 ini dan diterbit oleh Kaki Novel . Tak lama dah . Ina dah beli novel pertama kak Suri - M.A.I.D dan juga novel pertama kak Acik - Aku Bukan Mistress . Novel pertama mereka memang tak menghampakan Ina dan juga pembaca yang lain . Memang best ! Novel Isteri Separuh Masa Ina dah pernah baca kat blog penulis . Tapi . . .  Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna belum Ina baca lagi . Kerja - kerja yang menanti membuatkan Ina resah . Nak baca pun tak tenang dibuatnya . Tak fokus . So Ina rasa ada baiknya Ina tunggu novel ni diterbit . Rugi betul Ina kan tak dapat baca sedikit kisah novel ni di blog penulis . Blog penulis novel ISM - BILA JARI JEMARIKU MENAIP . Blog penulis novel MJATS - LUAHAN DARI OTAK KECIL .


  Insya - Allah . 
Keempat - empat novel ini
' Akanku Milikinya ' .


Wassalam . = )

Dulu Dan Sekarang



Assalamualaikum .
Peace ^_^ v

     Korang apa khabar? Sekarang ni Ina tak aktif sangat ber'blogging' yea . . Setelah dua atau tiga minggu tak update blog . . Ina nak masuk tajuk " Dulu Dan Sekarang " . Nak tahu apa kesnya , dulu dan sekarang ? Sabor ~ Ina nak cite lah ni . . .  Entry kali ni berkaitan dengan fesyen tau .

    DULU . . . . Ina tak pandai bergaya . Pakai tudung pun , tudung express jea . Tak pun , tudung segi tiga / bawal . Senang . Kalau pakai tudung ariani ni , Ina tak suka yang ada corak - corak atau pun berkaler . Ina hanya suka yang bewarna hitam kosong . Tudung segi tiga / bawal ni pulak , selalu jea tang bahagian depan tak menjadi .  Pakaian pulak , simple sangat ! Seluar slack dengan baju T-shirt lengan panjang jea .

    SEKARANG . . . . Dah pandai bergaya ! Sikit jea , tak over pun . Hehe Sekarang Ina dah mula pakai selendang atau nak bagi class sikit , shawl . Ceh ! Tapi Ina pakai buat gaya biasa - biasa jea . Nak tiru Hana Tajima , tapi tak menjadi lah pulak ! Pening kepala . . . Kat hadapan lappy , tengok youtube sambil - sambil tu eye webcam . Adeh ! Seksa betul ! Pakaian Ina ? Hehe boleh lah kira up to date sikit . kuikui  : 3

    Susah betul nak bergaya ni yea ? Kena berdiri di hadapan cermin ambil masa berjam - jam lamanya ! Kalau yang dah biasa tu tak apa lah . Tapi bagi orang yang baru nak berjinak - jinak dengan fesyen ni , macam Ina . . . . Seksa betuiii ! Okey lah , tu jea Ina nak kongsi dengan korang . Kalau ada yang sudi nak bagi tunjuk ajar cara pakai shawl atau nak bagi link mana - mana blogshop . . . Amat lah Ina hargai . Ceh ! Hehe  : )

Wassalam  = )

Subhanallah . Comelnya !!

 Senyum sikit = )


Assalamualaikum .
Haa ! Jawab , jangan tak jawab .
Hehe

Apo khabor cik adik manis
dan abang kachak ?
kuikui

Seminggu blog Ina sunyi . . 
Kesian . . . Haha
Tak dapat korang tengok Ina
membebel kan ?
Pfft  = P

Dah lah .
Ina malas nak panjang - panjangkan ,
meh kita terus masuk dengan tajuk entry kali ni .
Korang dapat teka tak apa yang
chomel ?

Kucing kat atas tu kea ?
Kucing tu memang chomel tapi
Ina bukan nak cakap tentang haiwan chomel ni .
Kan entry minggu lepas dah cakap
pasal kucing . 
Takkan nak cakap lagi kut .
kuikui

Nak tahu apa yang chomel nih ?
Meh scroll laju - laju .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Scroll ke bawah lagi .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng jeng jeng . . 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
=.='  ( sabo jealah ) hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OPS ! STOP !
TADAAA !

NUR HELIZA HELMI

( Subhanallah . )

Auuuw ! Tomeynyaa !


Siapa bilang gadis melayu tak menawan 
kihkih


Cantik ooh !


Nur Heliza Helmi lah yang 
Ina maksudkan tadi .
Subhanallah . .  .
Cantiknya ciptaan Allah S.W.T


DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.