cara dapatkan seo 100%, apa itu seo, seo blog penting

Bulan lepas Ainaa ada up entry pasal SEO BLOG JATUH, seo blog Ainaa la tu. Yalah, dah lama tak layan blog lepastu tukar template lagi memang seo pun menjunam jatuh. Paling sadis, Ainaa dah lupa cara nak kembalikan seo tu. Dalam entry itu juga Ainaa ada mention yang blog Nik Ainaa pernah capai 80-100% seo kerana join Exchange Feed Group(EFG) atau nama group sekarang Auto Feed Blog (AFB). Nak pendekkan cerita Ainaa join semula group AFB dan tak sampai sebulan pun join seo 100%! Yeay. Dari EFG lagi sampai ke AFB, dia orang lah, akak-akak dan abang-abang blogger yang banyak membantu. Kalau tak Ainaa memang zero tentang blog ni.

Group AFB bukan sekadar group biasa, masing-masing dah macam family dan untuk newbies akan ada sesi suai kenal antara blogger lama AFB dan blogger baru AFB. Dalam AFB, tak ada istilah malu, kalau malu tak dapat la nak mesra-mesra seperti adik-beradik. Kalau dulu ya Ainaa nak segan dengan AFBians tapi bila semuanya mesra ada gurau senda, usik mengusik tu.... Ainaa dah mula selesa dengan AFBians. Founder group AFB ini ialah MOMMY IRRA yang kecik comel molek.

blog nik ainaa, cara dapatkan seo 100%, apa itu seo,


Nak tahu jugak macam mana dapatkan SEO 100% ? Boleh ikut step di blog salah seorang ahli otai AFBians, NAZLEE.COM atau WAYNEHARRAZ. Ikut je step dalam tu sebijik nanti SEO dah mantap! Semudah ABC je walau terkial-kial juga Ainaa edit code yang error tapi nasib baik menjadi. Dan tambah lagi Ainaa dibantu oleh blogger IZZATI SUHAIDE untuk dapatkan 100%. Kan dah cakap, semua AFBians dah macam family saling bantu-membantu. Apa pun terima kasih mommy Irra sudi terima Ainaa semula dan terima kasih AFBians yang selalu beri tunjuk ajar. Xièxiè, arigatō, and thank you.

5 Comments

  1. akak tengah buat yang ni skrg..tak menjadi lagi..semalam dah try edit, tgk macam jadi sekali tengok lagi sekali kat belah atas tetiba ada huruf 'u'..laaa..nasib tak save lagi..haha

    ReplyDelete
  2. Akak ada sikit lagi nak cukup 100% . Sedang bersabar godek coding

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah :-)
    Kipidap blogging.
    Share info best.

    ReplyDelete