#Cabaran20Hari : Menu Wajib Bulan Puasa


Ya Allah... mencabar sungguh cabaran kali ini. Boleh tergugat iman dibuatnya masa karang entry ini. Dugaan-dugaan. Tapi kena buat jugak, sebab nak sahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Kau orang yang tengok pun, sila bertabah ya. 


MENU WAJIB BULAN PUASA

1- Kerang

sumber : google

Ainaa bukanlah penggemar kerang dan Ainaa alergik dengan makanan laut termasuk kerang ini. Tapi.... keluarga Ainaa yang lain semua hantu kerang! Bukanlah makan tiap-tiap hari, tapi dalam bulan Ramadhan itu akan wajib satu malam tu kami beli kerang dua tiga kilo dan makan ramai-ramai dengan sos. Pergh. Ainaa yang tak minat pun boleh jadi terliur sebab tengok abang-abang makan. Tapi yang tukang basuh dan rebus kerang mestilah abang Ainaa. Yang pemalas pun jadi rajin sanggup pergi ambil batang pisang nak basuh kerang tu. HAHA


2- KERABU PERUT/KAKI AYAM
sumber : google

Yang ni satu keluarga Ainaa suka makan! Setiap kali berbuka mesti kena ada kerabu perut atau kerabu kaki ayam ni. Dulu Ainaa tak minat kerabu perut, tapi sekali cuba.... Amekaw, aku pulak yang lebih-lebih. Nak lebih syiok atau nak makan sepuas-puas hati kerabu perut ni, makan yang mak Ainaa masak. Banyak dan lebih masam sikit. Baru sedap kebaboom sampai nak jilat je mangkuk tu.


Ainaa kongsi dua saja menu wajib yang ada jika berbuka puasa. Ada banyak lagi sebenarnya tapi kita tunjuk dua je. Tunjuk lebih-lebih kan ada yang terbatal puasa.

#Cabaran20Hari : Resepi Hidangan Sahur


Sudah masuk cabaran yang kali ketiga, tapi yang kali ini Ainaa perlu berkongsi resepi untuk hidangan sahur. Alamak, kena call tanya mak. Haha Tapi sebab Ainaa sahur biasa dengan nasi kalau kat rumah dan makan roti yang dibeli je kat asrama, Ainaa akan kongsi satu resepi dari internet.


RESEPI PANCAKE BERSAMA SOS COKLAT


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit |Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 15

Bahan-Bahan:


Bahan untuk pancake:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 4 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Jus Lemon
  • 4 Sudu Besar Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Baking Powder
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecik Garam
  • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
  • 250g coklat bar, cincang kasar
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady
  • 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)


Cara Penyediaan:


Cara untuk pancake
  1. Cairkan mentega.
  2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
  3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
  4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
  5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
  6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
  7. Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.


Cara untuk coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
  2. Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
  3. bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.

Tips:
Kaedah double boil ialah teknik memasak menggunakan stim dan memerlukan 2 tingkat periuk. Masukkan air 1/4 penuh di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Ambil satu mangkuk kaca dan letakkan di atas periuk yang mendidih tadi. Kepanasan dari stim akan mencairkan adunan coklat tadi.

[ SUMBER IRESIPI.COM ]

Kutu-Kutu Rayau Yang Bergembira


Hari Sabtu yang lepas, Ainaa dengan roomate pergi ke Taman Jaya. Plan yang tak dirancang-rancang sebab sebelum tu kami lepak kat library. Konon buat kerja, buat separuh dah bosan.  Dan terkeluar cakap nak pergi MidValley lah, ke tasik lah. Macam-macam. Sampai salah seorang roomate Ainaa call kenalannya tanya taman apa yang ada tasik berdekatan dengan Petaling Jaya ini dan dia cakap Taman Jaya.

Mula-mula pergi ke MidValley dulu dan naik KTM pergi ke Bandar Tasik Selatan untuk temankan roomate Ainaa tukar tiket. Duk sana sampai asar lepas itu bergerak ke Taman Jaya. Tapi yang ni paling kecewa, pergi-pergi je tengok tak ada bazar berdekatan tu dan pergi mall situ pun tak banyak pilihan yang ada. Terpaksa lah kami beli jugak nasi goreng yang berharga sepuluh hinggit tu!

Tapi.... seronok sebab dapat berbuka dekat tasik. Yuhuuu. Sampai je kat tasik tu terus berselfie dan wefie sementara menunggu waktu berbuka.







Nampak tak disitu, betapa jakunnya kami. Haha Muka masing-masing ketawa je. Seronok dapat keluar ramai-ramai macam ni. Hilang kejap stress.

Ini kali kedua Ainaa keluar selama sebulan ada kat sini. Tapi tak sangka kali ini sampai ke malam baru sampai ke asrama. Pergh, pertama kali jugak jadi 'kutu rayau' macam ni. Hehe Tak pernah-pernah dibuat den.

Dan masa kami tercari-cari bas untuk balik ke asrama....Dapat naik bas percuma dari Taman Jaya ke Universiti. Jimat duit tambang. 

Tapi yang paling penting, sepanjang hari kami keluar itu.... dengan bangganya Ainaa pakai baju EFG. Besar pun besar lah. Tapi puas hati. Haha

#Cabaran20Hari : Pengalaman Sahur




Pengalaman sahur Ainaa, bukanlah nak ceritakan pengalaman sahur di luar negera ke apa. Belum pernah sampai lagi. Tapi nak ceritakan pengalaman sahur di rumah dan di asrama.

SAHUR Ainaa dengan sekeluarga, dah biasa makan nasi. Tak nak macam mana pun makan nasi, mak Ainaa akan suruh makan jugak walau sikit. Nanti tak ada tenaga katanya kalau tak makan. Tapi makan nasi pun, sebelah petang memang lesu dan lembik je. Orang lain senang-senang pergi beli baju raya. Ainaa? Baru keluar setengah jam dah ajak mak ayah balik sebab migrane dan penat. Sadis sangat! Jelly betul dengan orang yang bertenaga walau puasa.

Dan ada juga hari yang akan kitorang satu keluarga tak terbangun atau terlewat untuk bersahur. Mesti akan ada dalam sebulan itu! Haha.

SAHUR kat asrama sekarang ni. Sahur makan roti dengan air kosong je. Kadang-kadang makan biskut. Tak pernah nak makan nasi sahur kat sini. 

Tetapi...... Boleh pulak Ainaa bertenaga? Pergi ulang alik ke kelas dengan asrama yang ada atas bukit itu, dan pergi ke bazar itu biasalah. Ini, siap boleh pergi hangout dengan kawan-kawan dari tengah hari hingga jam sembilan malam baru sampai ke asrama! Ada pulak tenaganya.

Yang Ainaa perasan, tinggal kat asrama ini jadi tak adalah manja sangat. Puasa sahur dengan roti je pun hari ditempuh dengan bertenaganya. Alhamdulillah. :') Kalau tak ada tenaga, memang tak tahu lah macam mana nak belajar. Dengan nak pergi kelas ke kelas tu jauh lagi. Hmm....

Peluang Bagi Umat Islam




[ PELUANG BAGI UMAT ISLAM ]

Assalamualaikum warahmatullah, semua. 

Buat pengetahuan semua, sekarang ini saudara seIslam kita (Komuniti Islam) di Kagoshima , Jepun sedang usahakan untuk membina/mengubah suai menjadi masjid dan ini adalah merupakan masjid pertama di Kagoshima, Jepun.

Jumlah dana yang diperlukan untuk ubah suai adalah 5,540,00yen bersamaan RM168,956.





Bantuan boleh disalurkan melalui wakil Malaysia iaitu abang ketiga saya, Nik Mohamad Faiz Bin Nik Azlan yang menetap di Kagoshima, Jepun.

##############

MAYBANK
153104163962
(NIK MOHAMAD FAIZ)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU RAGU-RAGU BOLEH HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA.

ATAU

BOLEH JUGA WHATSAPP :
NIK FAIZ  +818064062699

##############

Terima kasih semua. 

Semoga apa yang diberikan dibalas Allah berlipat ganda dan dibukakan luas rezeki untukmu. :)

#Cabaran20Hari : Apa Erti Puasa Bagi Anda?


Hari ini bermulanya #Cabaran20HariPuasa/Raya 2015 sebagai cabaran untuk semua blogger dan memberi peluang kepada kamu semua membuktikkan kamu adalah blogger tegar. Dan Ainaa pun mahu sahut cabaran ini!


CABARAN 20 HARI : APA ERTI PUASA BAGI ANDA?

Sudah jadi tanggungjawab sebagai seorang muslim dan umat Islam untuk menunaikan rukun Islan dan rukun Iman. Berpuasa di bulan Ramadhan pula adalah salah satu dari rukun Islam yang wajib kita lakukan. Tapi adakah anda tahu erti sebenar puasa?

Pengertian Puasa
Dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.


Puasa bukanlah semata-mata tak makan minum dan pergi tarawih saja, perkara lain yang membatalkan puasa dan perkara dilarang dalam Islam turut kita kena elakkan.

Tapi....tahu tak, yang paling sedih ada juga yang berpuasa semata dari makan minum tapi solatnya masih tinggal! Perkara yang haram masih dibuatnya. Walhal solat sememangnya tanggungjawab yang wajib dilaksankan. Kalau solat tak dirikan, perkara haram dan buruk tak ditinggalkan.... puasa dia hanya sia-sia dari lapar dan dahaga.

jom kita sama-sama perbanyakkan pahala di bulan Ramadhan



#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari kita perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula esok pada , 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 


Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Islam Vs. Melayu : Bila Seseorang Buat Salah




Betul kan? Orang "MELAYU" memang macam tu. Tak dapat dinafikan atau disangkal, walau kita sendiri orang Melayu tapi hakikatnya kita selalu cepat jatuhkan hukuman apabila melihat seseorang yang berwatakan alim atau sesiapa pun yang melakukan kesalahan walau kecil.

Sudah lumrah kita sebagai manusia ciptaan Allah yang bencikan perkara buruk atau jahat tapi kita tak sedar, kita sendiri sebenarnya berperangai buruk! Nak bencikan, benci lah. Tapi jangan sampai cakap "tak padan dengan pakai tudung labuh tapi perangai macam syaitan" atau "baik buang tudung tu kalau perangai macam tu" . Tak patut dan tak sepatutnya cakap macam tu.

Kita sepatutnya jangan bersikap mudah dan cepat jatuhkan hukuman atas kesalahan seseorang. Patut tanya dan nasihat dulu. Kalau mulut kita mencaci diorang dengan kesalahan yang dilakukannya, seolah-olah kita sengaja nak mengapi-apikan.

Siapalah kita kan. Hamba Allah yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Bukan mahu menghina orang Melayu sedangkan Ainaa sendiri orang melayu. Cuma kita patut ubah sikap kita yang sering orang lain labelkan seperti "Janji Melayu".


 Jangan kekalkan perangai "MELAYU" yang buruk. Ubah diri jadi Melayu yang bersikap ciri orang mukmin.

#ThaiMovie : Pee Mak




Pee Mak. Cerita hantu dari Thailand yang biasanya kita tahu cerita hantu Thailand ni menakutkan dan sangat seram. Tapi lain pula dengan cerita Pee Mak yang bawa kelainan dalam ceritanya. Nak tahu apa yang yang best dengan cerita Pee Mak ini? Mari Ainaa nak ceritakan.

Sebenarnya Ainaa dah lama tengok cerita Pee Mak ni tapi minggu lepas tengok semula dengan kawan-kawan dan hari ini baru rajin nak review movie dari Thailand ni. Sadis kan.

Mula-mula, Ainaa takut jugak nak tengok sebab memang dah lama sangat tak layan cerita-cerita hantu walaupun dulu Ainaa suka layan cerita hantu. Lebih-lebih lagi Ju-On. Tapi kuatkan diri tengok selepas SPM. Dan apa yang Ainaa nak cakap, cerita hantu ni sangat-sangat kelakar! Ceritanya bukanlah seperti cerita hantu melayu, tapi kelakarnya sampai terbahak-bahak. Aina dengan roomate siap terguling-guling lagi. Senak perut dibuatnya.

Cerita Pee Mak ini ada tiga dalam satu cerita. Seram itu ada tapi bagi yang dah biasa tengok cerita hantu, mungkin akan cakap tak seram langsung atau seram sikit je. Yang paling penting cerita ini lebih kepada cinta seorang suami kepada isterinya. Cinta Mak terhadap isterinya, Nak. Mak dan Nak. Bukan emak dan anak ya. Mak dan Nak itu nama watak dalam Pee Mak. Dan satu lagi, sedih saat-saat akhir tu. Masa semuanya dah terbongkar.

Tapi.... boleh tak kalau Ainaa nak cakap cerita ni sangatlah sweet? Hehe betul! Walaupun cerita hantu, tapi ceritanya  sangat sengal dan sweet. Aish, kalau nak tahu kena tengok sendiri. Berani jamin yang penakut pun akan tergelak sakan.

................

SINOPSIS PEE MAK :

Pee Mak yang sedang berperang mengalami luka yang parah akibat ditembak. Tapi kerana kerinduan dan rasa cinta terhadap isterinya, Nang Nak yang sedang hamil, Pee Mak berjuang mati- matian untuk bertahan di medan perang tersebut. Setelah tugasnya selesai, Pee Mak beserta 4 temannya; Ter, Aey, Shin, dan Puak, mengunjungi  isteri yang tetap setia menanti.

Ke-4 temannya tersebut mencurigai ada sesuatu yang aneh di diri Nak. Selain itu penduduk sekitar sangat takut terhadap Nak dan berusaha memperingatkan Mak bahawa Nak sudah meninggal beberapa bulan yang lalu dan yang kini tinggal bersama Mak adalah hantu Nak yang tidak rela berpisah dari suaminya. Kini adalah tugas Ter, Puak, Aey, dan Shin yang harus meyakinkan Mak untuk menjauh dari Nak.

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015




Berita baik untuk semua blogger! nile.com.my telah buat giveaway raya seperti giveaway pertamanya yang lepas. Teruja nak join. Walau yang lepas tak ada rezeki nak menang, tapi kita cuba pulak kali ini. Mana tahu kali ini rezeki kita pulak dapat barangan-barangan dari nile.com.my !


5 x Pemenang Bertuah RM 150 Shopping Voucher Nile.com.my 


Kau orang boleh pilih 5 items yang kau orang nak sangat-sangat. Paling best, kalau kau orang nak tahu, barang-barang di Nile.com.my dah la murah-murah! Memang berbaloi. 

Jom blogger sekalian, kita join sama-sama. Kau orang boleh rujuk cara nak sertai Raya Giveaway : Julai Raya Meletop 2015 ini di blog Lyssa Faizureen.

  Korang boleh check result >> di sini <<..Tarikh tutup untuk korang update blog adalah pada -----> 14/07/2015 , 11.59 pm

......................

Kat bawah ini, 5 items yang Ainaa nak. Kalau menang boleh buat bergaya raya nanti ke buat pergi kelas ke. Hehe



Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 80 pieces



Product: Haniya Long Fish Tail Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 100 pieces



Product: Indentation Woman Bag
Price Meletop: RM7.50
Date: 03/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 150 pieces



Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm
Quantity: 200 pieces



Product: Round Neck T
Price Meletop: RM8.50
Date: 29/06/2015
Time: start 2.00pm
Quantity: 200 pieces

Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?


Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

         


Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan




Jadi, apa tunggu lagi?




Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:



1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)


2. Facebook page

Helenz Signature Official



3. Instagram

@helenzofficial



4. Website

www.helenz.my



Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)



Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on


Nantikan juga kemunculan


MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O



Khas untuk pembaca blog Nik Ainaa, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.


Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Beza Demam Dulu Dan Sekarang


Sebelum balik Kelantan jumaat lepas, dua tiga hari sebelum tu dah rasa sakit-sakit tekak. Sampailah semalam, masa perjalanan ke Selangor ni, terus demam dalam kereta. Topup sekali dengan sakit tekak dan selesema Padahal dah lama tak demam sejak Ainaa kena sakit teruk masa SPM dulu.



Dulu, demam kat rumah ada mak yang jaga makan minum, ubat segala. Ada orang yang ambil berat pasal kita. Jadi kalau terbaring je atas katil tak ada hal sebab ada mak.

Sekarang, demam pun sorang-sorang je. Roomate dan classmate yang ambil berat pun, paling-paling tanya okey ke tak dan bagi ubat panadol diorang. Alhamdulillah. Baik betul roomate aku ni. Terharu. Haha Tapi masih berbeza dengan cara mak kita jaga.

Ada kat asrama kena pandai-pandai uruskan diri kalau demam. Kat rumah, mak ada. Sebab itu, sanggup Ainaa pergi telan dua pil sekali gus, nak cepat demam punya pasal. Kalau tak, jadi macam kelas siang tadi. Tulis nota pun merepek je. Huhu

THANK YOU MOMMY, SELAMA NI JAGA ANAK BONGSU MOMMY NI DENGAN TABAHNYA KALAU  DIA DEMAM. :') 


Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 
di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.