Drama Bukan Isteri Sempurna (Adaptasi Novel)


DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA BAKAL DITAYANGKAN DI KACA TV PADA 5 MEI 2015 DI SLOT SAMARINDA DI TV3.





Drama Bukan Isteri Sempurna ini adalah adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu di bawah terbitan Kaki Novel. 

Mesti ramai yang nak tahu kan best ke tidak drama Bukan Isteri Sempurna ini. Kalau drama Ainaa tak berani jamin tapi kalau novel, apa yang Ainaa nak cakap ialah karya Tulip Ungu memang awesome! Dari novel pertamanya hingga novel terbarunya, akan dapat dilihat setiap penambahbaikan dari segi penulisan dan jalan cerita. Dan novel Bukan Isteri Sempurna pun dalam kategori novel best juga. Itu pandangan Ainaa lah. Kau orang nak tahu best ke tidak drama ni seperti novelnya, kena tunggu 5 Mei ini.


BARISAN PELAKON DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA :


Dazrin Kamaruddin sebagai Daniel Arman


Atikah Suhaime sebagai Nina



 SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA :


Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berdekatan atau beli secara online di laman KAKI NOVEL dengan diskaun RM4 dan tiada cas penghantaran dikenakan.


Bukan Isteri Sempurna - Tulip Ungu
Terbitan - Kaki Novel
Harga : RM21sem, RM24ss



SINOPSIS :


Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.


Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”



[ BACA NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA SECARA ONLINE ]

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015










Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |

4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :





Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


 Sekian Terima Kasih.


Jindrisska First Anniversary Giveaway




Ainaa nak ucapkan happy anniversary BLOG JINDRISSKA yang telah mencapai umur satu tahun. ^__^


Ayok! Kena buat slogan. Jadi kita layan je slogan Ainaa ni, 


"Saya nak menang giveaway ni sebab nak hadiah Fridge Magnet dan poskad dari Kak Ecah yang comel lagi kacak ini. Hehe"

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare


Assalamualaikum semua. Pada bulan lepas, Ainaa ada menang produk dari Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare dari blogger Mia Liana yang ditaja oleh My Beauty Herbs. Jadi sekarang, setelah sebulan pakai produk Whitening Intensive Booster, tiba masanya untuk Ainaa review produk ini.



Pakej produk ini terdapat :


MBH Whitening Booster Soap
Diperkaya dengan Marine Plant Stem Cell, Glutathione, Collagen, Pearl Powder, Vitamin C, Vitamin E, Rice Extract dan nutrisi tumbuhan laut yang berkesan mengekalkan keanjalan kulit muka serta membersihkan kulit muka.
  • Membersih, mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan kulit
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menanggalkan bintik hitam


MBH Whitening Booster Day Cream
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Kulit nampak cerah dan licin
  • Menegangkan kulit wajah
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Melembut dan melicinkan kulit wajah
  • Menganjal dan menghaluskan kulit
  • Menyerikan wajah kusam
  • Wajah lebih sihat dan lebih muda

MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream
  • Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Melembabkan dan menyegarkan wajah
  • Mengurangkan liang roma terbuka dan perbaiki tekstur kulit
  • Menjadikan tona lebih sekata, lembut dan berkilau


 # Masalah kulit Ainaa sebelum mencuba produk ini #


- tona kulit tak sekata -


# Setelah mencuba produk Whitening Intensive Booster #

-tona kulit menunjukkan perubahan sekata
- wajah lebih berseri
- mencerahkan lagi kulit


 Okey, first time tepek gambar sendiri walaupun sipi-sipi je nampak. Auuwww, malu aii. Haha Menyampah =P


SEBELUM --------- > SELEPAS



Apa yang Ainaa nak cakap, Ainaa selesa dengan menggunakan produk Whitening Intensive Booster ini. Kalau berpeluh, muka tak berminyak. Berlainan dengan produk yang Ainaa guna sebelum ni. Sekarang ni, pergi mana-mana je bawa produk dari My Beauty Herbs. 

Kau orang kena cuba sendiri. Boleh tengok hasilnya bagaimana dengan kulit kau orang. Kalau Ainaa, memang Ainaa dah selesa pakai Whitening Intensive Booster Skincare.




Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Bercuti Lagi


Assalamualaikum semua yang tersayang~ Ahakk. 




Ya, baru hujung bulan lepas pergi holiday Langkawi. Esok ni nak pergi mana pula? Tak pergi holiday mana-mana tempat best pun. Tempat biasa-biasa di tengah bandar. Hoho Tengah bandar pun boleh holiday ke? Alah, tak kiralah. Dan macam biasa, nanti balik dari holiday baru Ainaa bagitahu pergi mana.

Kali ini bercuti selama seminggu, seminggu itu.... Kalau line internet laju, boleh lah update blog. Kalau tak.... Mehmehmeh. Kau orang datang lah jenguk sini untuk elakkan blog Ainaa bersawang *buat muka tak malu*.  Sebabnya macam mustahil je nak update satu entry. Harapkan data internet je. T__T


APA - APA PUN, SEBENARNYA HARI-HARI AINAA ADALAH HOLIDAY. =P


Koleksi Novel Nik Ainaa & Ceritanya


Tak ada idea nak update entry apa, jadi nak kongsi lah minat Ainaa yang satu ini. Minat membaca novel. HAHA tahu, ramai yang kutuk pembaca novel. Tak kurang juga kutuk penulis dan drama adaptasi. Hado haku kesoh? Ahakk. Yang Ainaa tahu, baca sebagai hobi. Yang positif dan boleh diambil iktibar, kita simpan kemas. Yang negatif, kita tolak jauh-jauh.





[ BERMULANYA MINAT MEMBACA ]


Bermulanya Ainaa minat membaca novel ketika tingkatan satu dengan novel pertama yang Ainaa baca, Salju Sakinah. Dari penulis Zaid Akhtar. Abang Ainaa pun suka baca novel jadi novel Salju Sakinah tu Ainaa ambil yang dia punya. Tahu tak berapa lama Ainaa nak baca novel tu? Hampir setahun! Gila tak gila, tak pernah baca novel tup-tup baca yang tebal. Mana tak lama. Hahaha. Lepas dah habis baca terdetik dalam hati,

" Eh, best jugak baca novel ni."

Dan melangkah je ke tingkatan dua, bermulalah hari-hari Ainaa simpan duit poket untuk beli novel sampailah sekarang. Sekarang tak lah, sebab duit poket tak masuk. Sekarang kan dah penganggur. Uhukk. Sodihnya. Tapi nak buat macam mana. Dari kecil, memang abah Ainaa suruh usahakan sendiri kalau nak apa-apa barang atau benda yang tak patut masuk dalam list keluarkan duit. Kalau pakaian atau makanan atau buku-buku latihan lain lah. Itu memang abah Ainaa yang akan bayar.

Novel? Say sorry morry lah. =P

Tak kisahlah. Itu lebih membuatkan Ainaa lebih menghargai. Tapi.... alah. Al maklumlah, satu-satu anak perempuan abah dan anak bongsunya..... Sekali sekala abah Ainaa akan belanja juga sebab Ainaa suka beli novel online. Jadi kalau nak bank in ke, memang abah lah jadi mangsa. Muahahaha. Masa tu tak payah cakaplah, melebar je sengih. >___<



[ MINAT ORANG JANGAN PERTIKAI ]


Macam marah je? Yeah! Aku marah!! Telinga ni, dah lali dengan cemuhan orang yang hipokrit. Orang-orang yang pertikaikan minat Ainaa dan kawan yang lain. Ketika tingkatan dua, adalah seorang ni. Dia minat je baca novel. Tapi lama kelamaan, dia dah tak minat. Then, boleh dia mengata Ainaa yang masih minat dengan novel? Cis kek kau.

"Oii, kawan. Minat kawan kita, kenalah hormat. Jangan pertikaikan!"

Manusia, kalau dah tak suka. Sogok lah dengan kebaikan atau hujah, dia akan tutup telinga punya. Cakap sampai habis air liur pun, dia akan pandang sinis jugak. So untuk elakkan bermusuhan walau kami ni dah puas berdebat, Ainaa dan kawan Ainaa yang sama minat... kawal diri dari terus teruja kalau berbual pasal novel. Elak diri dari bercakap tentang novel sampai ke telinga dia. Selebihnya, lantak kaulah. Mulut kau orang. T___T



[ HAMPIR SETAHUN, JADI MALAS ]


Tahun lepas, hampir setahun Ainaa tak baca novel sebab persediaan SPM dan exam SPM. Lepas tu? Konon-konon last day, berkobar-kobar nak habiskan novel yang dah berpuluh-puluh menunggu giliran untuk dibaca. Tapi.... tamat je SPM. Habuk pun tak dak sentuh! Kuakuakua. Malas dan malasnya nak baca. Kalau dulu, novel tebal sampai 1000 muka surat pun boleh habiskan dalam masa sehari. Sekarang? Novel tak setebal mana yang hanya 600 muka surat pun makan masa berminggu-minggu. Hikk.

Yang rajinnya, beli novel. Itu yang rajin! Hadoii. Habis tu, sampai bila nak habis pending novel untuk dibaca tu?! =.=


.....................................................

Habis cerita. Panjang tak panjang, dah nama pun cerita. Mana boleh pendekkan. Haha

Sekarang, koleksi novel Ainaa satu almari dah penuh. selebihnya terpaksa letak kat luar almari. Tak muat dah. Banyak sangat ke? Banyak ke? Peminat tegar novel yang lain, lagi banyak. Ada yang sampai beribu- beriban koleksi novel. Pergh. Dasyat. Hebat.


[ KOLEKSI NOVEL NIK AINAA ]
















Lengkap 170 buah novel! Agak-agak, dapat capai 200 tak untuk tahun 2015? Erm.... kalau minat tu sampai ke universiti. Mungkin boleh. Kalau minat dah berkurang........


KITA SENYUM JE LAH ERK. = )

Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah

Klik banner untuk join




Fuhhh! Nasib baik sempat nak join contest yang Mommy Ira buat. Malam ni sambil-sambil BW ahli EFG guna laptop, boleh lah join. Asyik BW pakai handphone je. Tergendala semua kerja. Huuu.


Ainaa nak teka, berat baby Amal adalah 2.86kg


.............................................



Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:


1. Follow blog www.irrayyan.com dan

           instagr.am/rayyankata


3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com


Budi Seorang Sahabat


Ya Allah.... Terharunya dengan kawan aku yang seorang ni! 


emoticon pun lawak lah. hahahaha


Ceritanya, petang tadi Ainaa sekeluarga keluar ke pantai PCB, Pantai Cahaya Bulan. Saja-saja nak ambil angin pantai sambil makan keropok. Otw kesana, seorang kawanku ini whatsapp kata nak datang ke rumah. Nak hantar novel yang dia pinjam. Sebab Ainaa tak ada kat rumah, dia mintak izin nak tinggalkan dalam bakul motor.

Dan, balik je.... Sampai rumah tu. Mula-mula tak nampak pun novel Ainaa tu, tapi ternampak satu kotak warna putih. Turun je dari kereta terus pergi dekat motor dan tengok-tengok,


my fevret!! >___<


TERHARUNYA DENGAN KAWANKU INI!!! Dahlah haritu, dia pulangkan novel siap bagi oreo. Kali ni bagi big apple donut pula. Ya Allah.... Thank you very much, sahabat! = )


Kenapa Ainaa buat entry ini? Mungkin bagi kau orang, biasa-biasa saja. Tapi bagi Ainaa, sangat-sangat terharu masih ada kawan yang pandai berbudi! Sebabnya, zaman sekarang memang susah nak jumpa remaja yang pandai berbudi macam ni. 


Ada remaja pergi rumah kawan bawa buah tangan? 

Ada remaja pinjam barang kawan, then pulangkan sekali dengan sesuatu tanda terima kasih?


Kalau ya ada, tak ramai! Tahu sangat dengan perangai remaja sekarang. Ainaa sendiri jarang-jarang buat macam ni. Tapi kau orang jangan salah faham. Bukanlah kita mengharapkan sesuatu daripada rakan kita. Ainaa sendiri terkejut masa kawan Ainaa bagi ini semua dan langsung tak pernah terfikir nak dapatkan balasan daripada diorang. Langsung tak!


Cukup sekadar berterima kasih dah buat kita tersenyum. 


Yang Ainaa nak tegur. Jenis yang pinjam barang orang, tak pulangkan. Takpun barang rosak then langsung tak berusaha nak ganti! Grrr..... Sabor jelah. Tapi setakat ni, alhamdulillah. Kawan-kawan semua bertanggungjawab jaga dengan sempurna. Kotor sikit atau berlipat hujung-hujung tu kita tutup mata jelah. Hal kecil je tu. 

Ingat ya wahai sahabat-sahabatku dan diriku sendiri. Dengan orang, kita kena pandai berbudi. Tak kira dari tutur kata atau tingkah laku. Lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua daripada kita.


BERBUDI BAHASA AMALAN KITA : )

#Nuffnang: Status On Going Mac - April


Aku tanya apa khabar..... Aku tanya apa khabar...... Nuffnang.

Yeah! Lama tak buka Nuffnang. Asyik online guna handphone, jadi banyak yang terbatas. Nak buka laptop memang malas. Itu sebab blog pun jarang berupdate. Ahakk.



yang diconteng tu, blog Ainaa yang lain. So abaikan je.


Sejak akhir tahun lepas, baik hati betul Nuffnang bagi iklan CPUV ni banyak-banyak. Tapi..... kenapa sejak akhir-akhir ni jugak earning susah nak naik??!! Argh, sodihnya..... ='(

Tempat Murah Jual Coklat di Langkawi


Assalamualaikum uolls! Entry yang INI ada Ainaa tulis kata nak pergi makan angin. Dan makan anginnya di Langkawi..... Hik. Dah lama kut tak jejak kaki kat sana. Haritu, pergi sana pun semata-mata nak beli coklat sebab dah lama tak makan coklat-coklat. Asyik makan cadbury yang kejap halal, kejap haram kemudian halal balik. T__T

Tapi entry ni tak ada nak cerita tempat-tempat cantik kat sana ke tempat yang syokk ke..... Hanya nak cerita kedai mana yang paling murah jual coklat di Langkawi! 




Orang kita, kalau sebut je nak beli coklat di Langkawi.... H.I.G atau Haji Ismail Group lah yang akan dicari, kan. Sama dengan family Ainaa. Jadi sebelum pergi shopping coklat dan benda lain, konon-kononnya dah berpakat dengan parents nak survey harga je dulu. Tapi biasalah. Kalau dah rambang mata akhirnya tumpas jua. HAHA Dengan rakus Ainaa and my mum ambil coklat tu, ambil coklat ni, ambil tu ambil ni. Tapi bukan kat HIG!


 

 ps: gambar tak clear sebab snap curi-curi. nak snap depan-depan, malu pulak. muahaha


Memang AGAK MAHAL lah bagi kami mula-mula tengok harga kat HIG. Macam tak percaya je. Harga dia... makk aihh. Mencekik! Masa pergi HIG ni, tahan lagi godaan. Beli sikit-sikit untuk bekal makan dalam hotel je. Lepas tu kita orang pergi lah ke Coco Valley di Pantai Chenang sebab ada terbaca yang orang kata beli kat Coco Valley lagi murah. Tapi pergi je, harga lebih kurang walau ada yang murah sikit dan ada yang mahal sikit. =__="

Kat bawah ni, Ainaa catat perbezaan harga, tempat berlainan yang Ainaa beli. Tapi yang mana harga ketara je catat kat sini.


BELIAN DI COCO VALLEY, PANTAI CHENANG :

 Ferrero Rocher = RM70 (3x)
Kinder Bueno = RM20.90 (Big Box)
Pepero Almond, Nude, Oreo = RM20.90 (Big Box)


Masa nilah, kita orang satu family rakus membeli. Tak toleh kiri kanan dah terus rembat bawak pergi kaunter. Tapi, esoknya.... Kami pergi jalan-jalan ke Pekan Pandak Mayah, Kuah. Dan.... serius, haku rasa nak hantuk kepala ke bantal je!! Ya Allah!! Geram gilos tengok harga kat sana!


BELIAN DI COCO VALLEY, PANDAK MAYAH :

Ferrero Rocher = RM63.90 (3x)
Kinder Bueno = RM19.90 (Big Box)

*Pepero lupa pula kedai mana yang harga murah sikit berbanding HIG & Coco Valley*


 Coco Valley di Pekan Pandak Mayah


Ayoyo. Manyak murah maaaa!! Manyak beza harganya. Lebih-lebih lagi FR yang menjadi kegemaran Ainaa. Hisy! Geram betul. Banyak pulak tu beza. Kalau kinder bueno tu, beza seringgit pun... Tetap duit. Kedekut tak kedukut dengan sehinggit haku dah boleh beli gula-gula kat anak saudara, tahu!

Natijahnya, sebelum nak borong apa-apa benda tu.... kena survey harga kat banyak tempat. Kalau tak, meroyan macam kami sekeluarga. Eh, Ainaa sorang je sebenarnya. Hukhuk. Itu nasib baik berjaya pujuk abah Ainaa borong jugak kat Pekan Pandak Mayah tu. Rasanya kalau tak borong kat sana, ada juga yang balik Kelantan dengan tak puas hati dan terus boikot tak nak pergi sana lagi. huhu


Nota ikhlas lagi tulus daripada Ainaa, kalau pergi Langkawi lebih baik beli atau borong coklat-coklat kat kedai kecil-kecil. Bukan kedai besar-besar yang dah famous seperti H.I.G atau Coco Valley di Pantai Chenang. Itu bagi kau orang yang nak harga lebih murah lah walau beza beberapa hinggit je. Yang banyak pulus tu boleh lah teruskan pembelian di HIG dan lain-lain tempat. ^__^

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.