Segmen: Teka Apakah Ini?



Hai, hai, hai!
Segmen ini saya buat secara mengejut.
Saya pun baru terfikir nak buat tadi. Jadi tak ada banner
cantik-cantik atau comel-comel. Yang ada hanya gambar yang perlu
korang teka. Hadiah tetap ada.  = )


Syarat-Syarat Join GA Ini Ialah :

1- FOLLOW blog Nik Ainaa dan LIKE fanpage INI.

2- KLIK IKLAN YANG ADA DI BLOG INI.
*sila tunggu sampai habis loading*


Cara - Cara Join GA Ini Ialah :

1- Buat entry bertajuk Segmen: Teka Apakah Ini?

 2- Letak kedua-dua gambar di bawah ini dalam entry anda dan teka.
 *jawapannya harus ada dalam entry anda*

-Backlink kan pada kedua2 gambar ini dengan link entry ini-

(Anda haruslah teka dengan namanya sekali)


3- Hantar link entry anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Hadiah & Cara Pemilihan Pemenang :

2 Hadiah misteri untuk seorang pemenang.
Pemenang dipilih berdasarkan peserta pertama yang meneka dengan betul.


( TAMAT PADA 08/10/13 JAM 11:59 MALAM )

Drop Your Link And I'll BW Yours



GOOD MORNING DARLINGS !!

 

Pada pagi hujung minggu ini, saya nak blogwalking blog
rakan-rakan blogger sekalian. Anda hanya perlu komen link blog anda 
dan saya akan BW anda. Kalau nak saya follow sekali pandai-pandai lah pujuk ya. 
muehmueh = 3

Dah gosok gigi? Dah mandi? Dah sarapan?
Kalau dah... sekarang baru boleh drop your link. hihi

#Nuffnang: Dapat CPUV Lagi

Alhamdulillah.
Rezeki lagi untuk bulan ini.


Bermurah hati betul encik Nuffnang ya. hehe
Apa-apa pun sorry u olls sebab tak dapat update blog selalu.
Maklumlah exam dah nak dekat. Tinggal lebih kurang sebulan aje lagi.

Apa-apa pun entry tentang drama-drama yang akan datang bakal menyusul.
Banyak sangat drama/filem  adaptasi novel bakal datang.
Akan saya update setelah tarikh tayangan disahkan. Tunggu.....

Drama Love You Mr.Arrogant (Adaptasi Novel)

A
ssalamualaikum!
Wah, sekali lagi kita bakal disajikan dengan
drama yang diadaptasikan dari novel. Siapa yang dah baca
novel Love You Mr.Arrogant karya Aliesha Kirana memang akan tahu
betapa bestnya novel ini.

SINOPSIS LOVE YOU MR.ARROGANT :

 Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Drama Love You Mr.Arrogant dijangka akan ditayangkan
setelah tamatnya drama Cinta Jannah iaitu pada
 25 SEPTEMBER 2013 DI SLOT AKASIA JAM 7 MALAM DI TV3.

Wah, teruja tak semua semua? hehe
Nak tahu barisan-barisan pelakon yang bakal memegang
watak-watak dalam novel ini? Jom kita saksikan....

BARISAN PELAKON DRAMA LYMA & GAMBAR DALAM LYMA :
Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah.

Hanez Suraya sebagai Sherry


Keith Foo sebagai Hadry Hakimi





























sumber : Fanpage Love You Mr.Arrogant



Amacam? Hebat-hebat tak pelakon dalam LYMA ni? 
Memang sesuailah AzleeKhairi tu pegang watak ZafrielIrham sebab
dia pun memang nampak arrogant kan? muehmueh

Lagu tema/ost drama LYMA ini pula
dinyanyikan oleh Nomad yang berjudul Tetap Menantimu.
Jom kita layan lagu dulu...


Bagi sesiapa yang belum pernah baca novel LYMA,
anda boleh baca bab awal LYMA di link bawak ini.


Dan untuk dapatkan novel LYMA, anda boleh beli secara online
untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM3 di laman web karyaseni.my

#Nuffnang: Cek Ke-Empat Sudah Sampai!

Alhamdulillah.
Sampai sahaja di rumah dari Ipoh
ahad lepas, terus pergi intai peti surat.
Banyak surat yang ada dan salah satunya surat cinta untuk saya
dari Nuffnang. muehmuehmueh. = 3


Walaupun amount kali ini sangat sedekit berbanding cek yang lepas-lepas.
Kira bersyukur dah. Tetap duit jugak. Rezeki.
Mana tahu esok lusa dapat cash out amount yang tak disangka, tak diduga. 
Kaan?  ; D

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.