Fenomena Tercetus di Sekolah (20/09/12)

  JAM 10:30 a.m -11:00 a.m, PADA 20/09/12, HARI KHAMIS.

 
 
say cheese !!


   Salam semua. Fuhh! Dah beberapa hari internet rosak. Hari ni baru boleh online. Hari ni saya nak bercerita. 'Fenomena' yang tercetus di sekolah saya. Memang kelakar. 'Fenomena' ini tentu akan segar diingatan saya sampai bila-bila. 'Fenomena' yang menyebabkan satu sekolah bergegar dengan jeritan. haha hiperbola ayat!

   Macam ni ceritanya. Masa tu dalam pukul 10:30 - 11:00 , 'fenomena' ni berlaku sebelum pelajar tahap dua rehat. Masa tu matapelajarn Bahasa Melayu. Kelas saya berdekatan dengan pejabat, bilik guru perempua, bilik pengetua sekolah dan juga stor buku. Masa tu cikgu tengah imbas kembali pasal cerita Hikayat Inderaputera (prosa tradisional) ting. 3. Tengah duk mendengar tu, saya bunyi sesuatu. 

"Chipkk....Chipkk....Chipkk..."

    Haa! masa tu dah terlintas kat kepala saya ni yang tu tupai! Sebab kat situ memang banyak tupai. Terus saya tengok kat dinding atas tu ada luang-lubang untuk angin masuk dan juga ada cermin. Ada juga pintu yang tidak diguna. Pintu kebilik stor. Kat bawah tu ada lubang, sebab dulu ada orang pecah masuk ke dalam sekolah. And diorang masuk melalui pintu dalam kelas saya tu. Diorang pergi cabut kayu yang dipaku pada pintu supaya xleh dibuka. Saya dah berjaga-jaga time tu dan tengok Cik Pa tak ada pun.

  Saya pun kembali mendengar apa cikgu duk cakap tapi tak kusyuk sangat. Dang dang time tu jugak lah Cik Pa keluar. Satu kelas berteriak. Kaki dah naik dah. Tupai tu pulak boleh pulak dia pergi main berlari pusing-pusing satu kelas. Ceh! Maybe tikus tu terkejut dengar kitorang menjerit. Lepas reda sikit, tikus tu masuk ke sekelas sebelah. Fuhh! Lega sikit. Dah nak turun kaki semula. Dia datang lagi! Hamboi Cik Pa, nak bermain-main dengan kita orang ya?

   Masa tu dah tergelak, lucu pulak hanya sebab seekor tupai satu kelas menjerit sampai kelas-kelas lain mari tengok. Cikgu pun keluar tengok jugak. Dah lah dalam kelas saya ramai perempuan. Memang nyaring lah jeritan tu. Dalam ketawa-ketawa ada jugak rasa... errr takut? Tak kut. bukan takut tapi...ish! Entah! Tupai tu liar kut jadi bejaga-jaga. Saya yang selama ni tak pernah duk berteriak pun turut berteriak.Dulu, masa kucing masuk dalam kelas setengah-setengah aje yang menjerit dan ofcourse saya tak termasuk. Saya ni PENCINTA KUCING okey!! Masa tu nak marah ya jugak, yalah... Kucing, bukan harimau. Yang nak berteriak macam HARIMAU yang masuk dalam kelas tu buat apa. Kan, kan?

   Tapi hari ni saya baru tahu. Haiwan yang kita jarang 'bermain' dengannya dan tak ada kat rumah memang akan membuatkan kita rasa... geli kut? Entahlah, saya tak reti nak cakap macam mana. Nak kata takut...TAK! nak kata geli pun tak! Seram apatah lagi. lagilah TAK! Perempuan mungkin tahulah macam mana perasaan tu, kalau lelaki confirm diorang dah cop kita ni 'PENAKUT'. Okey, tak kisah. Apa guna ada lelaki kalau bukan melindungi kaum hawa. Betul tak? hihi *ayat cover

    Belakang rumah saya memang banyak tupai. Kalau buka tingkat tempat ruang komputer memang boleh say Hello lah sebab akan nampak tupai sedang bergurau senda di atas pokok limau kasturi. Hihi Jadi saya ni termasuklah dengan orang-orang yang tak 'mesra' dengan tupai. Memang....hish! Seriau rasa satu badan. Memang dah tahulah perasaan kawan saya yang selama ni menjerit plus lari lintang pukang kalau kucing datang dekat.

   Tapi siapa kata lelaki pun berani? Budak lelaki pun 2x5 dengan budak perempuan. Eleh! Cakap orang! Dia pun masa tupai berkeliaran tu kaki dah naik jugak! Eee... tak malu. tak gentleman lah! kahkah. Masa tu cikgu saya yang mengajar BM pun naik kaki jugak. Siap naik duk atas meja lagi! Haha sama dengan ada kawan saya ni. Memang dia 'riuh' sikit, naik atas kerusi sampai. Tak ada dia sunyi kelas jawabnya. Haha. Happy go lucky orangnya.

   Balik pada cerita, tangan saya terketar tau! Terkejut! Lepas tu saya dah terbatuk-batuk sebab ketawa kuat sangat plus menjerit plus terkejut. Nasib baik penyakit saya tak datang, kalau tidak mana nak cilop inhaler oi? Inhaler saya ada duk kat rumah. Fuh! 

   Tulah 'fenomena' yang tercetus di sekolah saya sampai budak-budak kelas 3A menjerit. Sampai cikgu-cikgu dan murid lain mari tengok. Yalah sekolah saya kecil aje, jadi memang satu sekolah lah dengar. Haha memang kenangan yang akan segar sampai bila-bila. Boleh cerita ni kat anak cucu besok-besok. Kiukiu *gatai tak sudah noh.



* PMR 19 HARI LAGI *

Fesyen Terkini



First...
      Pakaian. Kalau nak keluar rumah, tentu gadis-gadis remaja zaman sekarang akan bingung kan nak pakai apa? Sudah tentu kita mahu kelihatan cantik, comel dan bergaya. Sudah jadi tabiat untuk gadis remaja akan bingung dalam memilih pakaian yang sesuai dan menampakkan kita cantik. Lebih-lebih semasa hendak keluar dengan pakwe atau reunion dengan kawan-kawan kan? Sudah menjadi tabiat bagi gadis remaja akan keluarkan baju diorang dari dalam almari dan diletakkan di atas katil. Dan akan mencubanya satu persatu sehingga ada baju yang sesuai untuk kita pakai.

Second....
      Shawl. Bagi gadis remaja yang bertudung juga mahu bergaya walaupun bertudung kan? Macam zaman sekarang terkenal dengan selendang dan tudung bawal dua tone. Cara pakai pula tentulah yang tidak nampak serabut tetapi kelihatan cantik dan kemas. Gadis remaja akan mengikut gaya artis-artis atau pereka fesyen terkenal. Contohnya, digayakan seperti Heliza Helmi, Diana Amir, Najwa Latif, Hana Tajima, Yuna dan ramai lagi.

Third....
      Beg. Pergi kemana saja pasti gadis remaja akan membawa beg disisi mereka. Apa yang diisi kat dalam? Ada yang hanya diisi dengan handphone dan purse dan ada juga yang diisi dengan alat-alat makeup. Beg adalah satu fesyen kepada gadis remaja. Terasa janggal kalau tidak ada beg. Bukan beg tangan yang dipakai makcik-makcik atau perempuan yang sudah bekerja itu. Gadis remaja sekarang kebanyakkannya akan memakai beg yang diimport dari korea. Ada juga hanya tiruan tetapi itu semua tidak dikisahkan asalkan dapat digayakan beg seperti itu.

Fourth....
     Kasut. Sesetengah remaja sukakan kasut yang ada tali berlilit diketingnya dan ada juga yang menutup di bahagian depan, belakang kaki dan sekeliling bahagian tapak kaki kita. Ketinggian tumit kasut itu juga akan diambil kira kerana bagi remaja yang rendah tentu sesuai memakai kasut bertumit tinggi tetapi haruslah berpada-pada kerana ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita. Bagi gadis yang tinggi lampai pula tentu tidak sesuai kalau memakai kasut bertumit tinggi kerana ini akan menyebabkan diorang kelihatan seperti 'galah' dan mungkin akan kelihatan diorang lebih tinggi daripada lelaki.

Last.....
     Aksesori. Rantai, gelang, anting-anting dan cincin tentulah akan dipakai para gadis remaja. Tak lengkap rasanya kalau tidak memakai benda-benda ni semua. Pada zaman sekarang ini jarang dah yang memakai rantai bentuknya seperti guli besar dan labuh sampai ke bawah dada. dan memakai anting-anting. Remaja zaman sekarang hanya tertumpu kepada gelang dan lebih-lebih lagi cincin. Ini kerana sudah ramai yang bertudung dan tentulah orang lain tidak akan nampak kalau kita memakai rantai atau anting-anting. Mereka lebih gemar bergaya dengan gelang dan cincin. Tetapi remaja sekarang lebih ramai yang memakai cincin dan gelang pula digantikan dengan jam tangan. Ada yang memakai cincin couple dan ada juga yang memakai cincin biasa. Kenapa sudah jarang remaja memakai gelang. Gadis sekarang lebih suka memakai jam tangan kerana mungkin diorang rasa berbahaya kerana sekarang ragut-meragut terjadi dimana sahaja dan kalaupun yang tiruan ada tetapi mungkin kulit diorang tidak boleh memakai aksesori tiruan. Lagipun, kalau jam senang kita nak tahu waktu.


BLOGSHOP

















DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.